Pages

Wednesday, 10 November 2010

Lagi kisah tragis - Anak BUNUH ibu dengan KAPAK-

Entri sedih untuk hari ini.

Hari ni seperti biasa musim tengkujuh di pantai timur seperti hari-hari sebelumnya, hujan turun tak menentu. Dan balik kerja hari ini hujan turun agak lebat. Nasib baik dah separuh jalan. Semoga Tuhan jauhkan saya dari segala bahaya kerana saya kurang mampu drive dalam keadaan hujan maha lebat. Amin (Ini mukadimmah tiada kena mengena dengan entri).

Sampai rumah terus bukak tv tengok Cinta dan Anugerah. Wahh! cantik betul Nabila Syakieb. (ok.ini pun masih tiada mengena dengan tajuk entri). Time iklan promote pelbagai barangan perkhidmatan saya capai paper kosmo dengan tajuk muka depan begitu menyayat hati seperti saya sudah taip pada tajuk entri :

BUNUH IBU DENGAN KAPAK

Jadi mari saya ceritakan pada kalian yang belum mengetahuinya. Kisah ni berlaku di Felda Chini Timur 1, Pekan. Si emak baru pulang dari berniaga di kedai runcit miliknya bersama anak dan cucunya. Arwah terkejut dengan kehadiran anak lelakinya meluru ke arahnya dengan membawa sebilah kapak yang merupakan senjata buatan sendiri bertujuan untuk menoreh getah. 

Bimbang sesuatu yang buruk bakal terjadi, arwah merayu anaknya 'Jangan buat mak macam ni' dan arwah hanya sempat bertakbir 'Allahuakbar' dua kali sebelum ditetak diatas kepala hingga sebahagian otaknya terkeluar. Suspek yang berumur 23 tahun lari menyembunyikan diri dalam reban jiran 50m dari rumah mereka dan berjaya ditahan oleh penduduk kampung.

Siasatan awal mendapati suspek positif ganja dan dipercayai menuntut ilmu yang salah juga sering membaca buku berkaitan agama dan makhluk halus tanpa berguru dengan yang lebih arif.

Ihsan: Gooooooogle
Begitulah. Banyak dah kita dengar macam-macam kisah anak bunuh ibu atau ayah, ayah bunuh anak, ibu bunuh (buang) anak dan sesama saudara saling mencederakan hanya kerana perkara kecil dan pada ketika itu semestinya syaiton yang direjam bergelak tawa kerana berjaya memperdayakan umat Muhammad.


Ps: Ya Allah, jauhkanlah pembaca entri ini dari bisikan syaiton. Amin.

2 comments:

  1. kisah tu kat tempat sayala...

    ReplyDelete
  2. lynn: yeke?cian mak dorg kn.tgamak wat mcm 2.huhu.

    ReplyDelete