Pages

Saturday, 6 November 2010

Semalam dan ini hari.

Salam semua...


Dua hari bercuti yakni semalam dan ini hari. Berehat di rumah sangat HEAVEN. Siapa bersetuju sila angkat tangan. Haha. Macamla saya nampak kalian angkat tangan.

Dan dua hari juga wallet tiba-tiba menipis. Eh? perlu ke tambah tiba-tiba sedangkan ia disengajakan? Dalam masa dua hari saja berjaya menipiskan wallet sebanyak RM200++. Syabas. Esok pergi opis ambil upah cuci kereta kat parking sana. Bukan menyesal ok. Seperti kata kebanyakkan kawan-kawan saya tika diajak soping.
'Baik beli kalau berkenan, nanti balik rumah teringat pastu nak kena datang balik..kan dah rugi minyak kereta, tenaga juga' ok. yang belakang tu saya tambah saja. Hee. Jadi setelah bercuti Diwali selama dua hari saya berjaya membeli dan blah barangan berikut. Ia keperluan, bukan kehendak. Iyakah?

-Blouse ala-ala kimono
-Seluar slack kecoklatan
-Kain pasang bercorak ala-ala abstrak
-Comfort sandal untuk drive
-Tudung yang kekuning-kuningan

Ok. Itu saja. Terpaksa tunda hasrat untuk tempah baju kurung moden memandangkan kedai tempahan kesukaan tutup ini hari.

Entri belum tamat lagi okey.

Seterusnya saya dengan tiba-tiba lagi menjadi kental untuk berkongsi resepi simple versi saya. Ini kerana selalu teruja tengok Sis Ina masak.

Hari ini memandangkan encik-encik tukang datang untuk renovate rumah jadi harus masak lauk lebih untuk ajak mereka lunch disini. Menu hari ini ialah Ikan Patin Masak Singgang Pedas Tempoyak, Sambal Petai + Bilis juga Cendawan Sos Tiram ( nama tak komersial langsung okey).

Ikan Patin Masak Singgang Pedas Tempoyak


Cara-caranya adalah semudah ABC :
Lengkuas, halia, bawang kecil, bawang putih, kunyit, lada besar, lada kecil (bagi yang suka pedas). Semua bahan-bahan ini ditumbuk (jangan sampai lumat) dan dimasukkan dalam periuk yang dah berisi air. (versi saya tak perlu tumis dengan minyak). Kemudian masukkan perkara wajib yaitu garam dan perasa yang dibenarkan. Ceewah! Pastu masukkan tempoyak atau boleh digantikan dengan asam gelugur/asam keping. Tunggu hingga mendidih kemudian masukkan ikan. Kemudian dah agak-agak sedap tutup api ( begitu teliti yer chef ini) . Pastu masukkan daun kesom. Sukatan tu agak-agak je la bergantung pada kuantiti ikan dan air. Paham yer puan-puan. Chef palsu nak pegi kepada resepi kedua pulak. 

Sambal Petai + Bilis

Cara-caranya juga simple. Pejam mata 2 minit buka mata dah terhidang ( eh eh, berlagak yer)
Bawang kecil / besar dan bawang putih dihiris. Juga hiriskan lada besar bagi pedas sikit. Tumiskan cili boh hingga bau aroma kemudian masukkan bawang2 tadi hingga naik bau seterusnya sedikit kicap dan sos tiram dan lada hirisan tadi (agak-agak kering tambah le air skit, tu pun chef nak kena bagitahu ke?). Seterusnya perasa (garam) dan akhirnya masukkan bilis dan petai. Sos tiram tu kerana saya memang suka letak. Terpulang la pada individu. Nak letak sos cili pun boleh rasanya.

Cendawan Sos Tiram

 Setelah saya meninjau-ninjau pasar pagi tadi terlihat la cendawan ini. Terus beli tanpa prejudis (kenapakah ada perkataan ini?) Ini pun mudah saya. Lempar jer bahan-bahan terus siap.
Lada besar + bawang kecil / besar + bawang putih ditumbuk jangan sampai lumat. Kemudian ditumis hingga naik aroma menyelerakan. Kemudian masukkan bilis, perasa, sos tiram dan kicap. Akhirnya masukkan cendawan. Nyummy! Saya suka bilis untuk goreng sayur kerana ia dah sedia masin jadi letak garam sedikit saja. Hehe. Juga saya suka sos tiram berbanding sos cili..=)




Snifff. Sniff. Sedapnya bau dari dapur. Mak masak bubur kacang. Yeayy!!!





No comments:

Post a Comment