Pages

Saturday, 27 November 2010

Tag dari Cik Na - Mari kenali saya dari 25 check list ini (pandai2 jer bagi tajuk)

Salam kalian..

Wah. Pertama kali saya di tag oleh Cik Na. Suka suka suka. Jadi perlu check list 25 perkara apa-apa tentang saya. Yerp. Apa saja. Kejap nak pikir yerpp.

1. Nama saya dalam ic Noor'Hafizah binti Musa.
2. Orang panggil Fiza, Fizah, Iza, Zah, Jah dan nama yang orang tak pernah panggil ialah Nor.
3. Saya dilahirkan 19 Januari (dekat dah yer. Sila sediakan hadiah) di Kuala Terengganu.
4. dan sekarang sebab tak nak berpisah jauh dengan mak ayah saya kembali ke Terengganu. Bekerja disini. Mengajar budak-budak besar. Tapi saya bukan anak manja yang nak duk bawah ketiak mak ayah yer Harap maklum. Theee.
5. Apa lagi yer? Yer. Saya belum kawin. Bertunang pun belum. Tapi berpacaran sudah. Heee.
6. Saya dah bosan bila mak asyik tanya bila nak kahwin. Sabar yer mak. Belum sampai seru lagi. Huhu. En.beliau sila menjawab bagi pihak saya. Uhh!
7. En.beliau yang dimaksudkan ialah future hb . Doakan kami berkekalan setelah menempuh kecintaan selama seperti tercatat di Daisypath. (rujuk sebelah)
8. Saya suka makan makanan berkuah macam kuey tiaw tom yam, mee sup, laksa penang dan saya kureng terhadap mihun goreng.
9. Minuman kecintaan ialah tea 0 panas.
10. Warna kegemaran saya sentiasa berubah-ubah mengikut tahun. Saya pernah suka kaler purple, biru dan sudah 2 tahun saya minat hijau. Mungkin untuk tahun ke-3 saya akan minat hijau lagi. Kerana ia sumpah mendamaikan. Kan?
11. Saya suka jugak memasak. Tapi jarang dapat masak kerana dirumah sekarang yang selalu masak ialah kakak saya. Bangun tidur makanan dah siap, balik kerja semua dah atas dapur. Cuma saya akan pastikan dapur milik saya di hari Jumaat.
12. Saya suka tengok pantai. Mendamaikan. Jadi dalam sebulan saya akan beberapa kali ke pantai. Biasa akan ditemani en.beliau yang terpaksa mengikut jejak saya sukakan pantai.
13. Juga saya suka menghabiskan masa berejam-jam melihat drift. Jangan terkejut ok. Kerana diajar oleh en.beliau untuk menonton drift. Tapi betul. Sangat melegakan dengar tayar kereta bergesel dengan jalan. Tapi saya tengok drift yang selamat la. Bukan yang drift atas jalanraya itu okey.
14. Dulu saya hantu mempelam. Tapi sekarang makan 2,3 ulas jer gigi dah ngilu. Kena beli Sensodyne jugak ni. Hee.
15. Saya seorang yang kurus. Makan banyak pun berat susah nak naik. Tapi senang pulak turun.
16. Saya tak pernah derma darah seusia hidup. Dulu 2 kali nak derma berat tak mencukupi. Sekarang tak pernah-pernah cuba lagi.
17. Saya suka drama cinta, thriller, seram.
18. Saya seorang sensitif. Tengok cerita sedih kena duk depan-depan supaya orang tak nampak saya nangis. Thee.
19. Bukan setakat cerita sedih, tengok Bersamamu pun dah termengalir ayak mata. Gila sensitif tak bertempat.
20. Saya teringin la nak pergi pulau. Takde ke sesiapa nak buat contest hadiah percutian ke pulau?
21. Dalam sehari-harian, saya lebih banyak mengadap laptop berbanding tv.
22. Saya berblog dah lama. Sejak Ogos 2006 lagi. Cuma bila sibuk terus jadi blogger pasif. Sekarang ada masa terluang dapatla kembali aktif. Blog nie untuk dijadikan kenang-kenangan masa hadapan. Kira diari versi digital lor.
23. Saya bangga dilahirkan di Terengganu. Dan berharap akan terus menetap di sini.
24. Saya suka kumpulan Spider. Dulu pernah sampai simpan duit beli cd filem Gosok semata-mata nak tengok Tam berlakon.
25. Saya dah sampai list 25. Penat owhh nak pikir. Cik Na yang tag saya adalah opismate saya.

If I tag you, its because i want to know more about you. Jadi saya mahu tag............



No comments:

Post a Comment