Pages

Friday, 3 December 2010

Senjata paling kuat bukan meriam atau bom tapi ialah KESABARAN..=)

Entri dengan tajuk terpanjang.

Minggu ni penuh dengan kejutan. Kejutan yang memeranjatkan. Yang buat saya menitiskan air mata.

Rabu.
Tengahhari sementara menunggu Sis Ina habis kelas untuk lunch bersama. Betullah perasaan saya kurang menyenangkan dari pagi. Dan ada suatu ketika saat sedang mengajar tiba-tiba dada berdegup kencang. Petanda sesuatu kurang enak berlaku. Saya mendapat text dari abang mengatakan ayah jatuh dan patah kaki. Masa tu mereka (dua abang, adik lelaki dan cousin ) otw bawak ayah ke hospital. Kawan-kawan opis semua suruh saya ambil excuse. Saya turun jumpa bos maklumkan hal cemas itu. Sebak saya ceritakan nak mitak excuse nak g hospital. Bos yang baik hati suruh saya cepat-cepat ke hospital.

Di hospital ayah terus dibawa ke ICU. Lama jugak saya dan abang menunggu diluar. Kemudian kami keluar makan & solat. Balik ke hospital ayah dah dibawa naik ke tingkat 4 bahagian ortopedik (macam ni ke eja?). Abang balik rumah ambil mak. Saya menunggu ayah diluar bilik rawatan. Start jam 3 sampai 6.40 Saya tunggu diluar tu barulah ayah keluar dari bilik rawatan dengan kaki yang dah disimen.

Saya ngan nurse bawak ayah turun untuk x-ray 2nd time. Tapi keputusan kurang memuaskan. Ayah terpaksa warded. Malam itu mak yang jaga ayah. Sebenarnya menurut doktor kalau rawatan pertama tu result ok ayah dah boleh balik lepas rawatan. Tapi result x-ray kurang ok jadi pagi esok doktor akan buat rawatan lagi.

Khamis.
Lepas hantar saya ke opis abang ke hospital. Kalau tak silap saya tengahhari jugak baru ayah start rawatan. Petang jugak la ayah selamat sampai rumah. Alhamdulillah ayah dah boleh rehat dirumah. Saya tahu ayah tak selesa di hospital. Dikelilingi ramai pesakit dengan bermacam-macam sakit berbalut sana-sini sebenarnya akan buatkan ayah tambah stress. Tu menurut saya la. Lewat petang baru abang datang amik saya di opis. Dan lagi bertambah luruh jantung tengok baby tercalar. Banyak pulak tu. Abang kata kat roundabout tergesel dengan kereta sorang pak cik tu.

Tapi yang hangin bini dia pulak yang marah-marah mintak ganti rugi. Hoi mak cik! kau yang tak sabar-sabar memotong cakap orang pulak tergesa-gesa. Dah la mintak ganti rugi. Ingat kereta kau jer tercalar. Dasar perempuan kampungan! (Hah, Tak pasal-pasal aku pulak yang hangin)

Sabar. Sabar. Tajuk entri pun dah sabar. yer. Wajarlah saya panas hati. Tapi harus sabar. Kereta rosak boleh baiki. Nasib baik ayah takde apa-apa. Bayangkan abang bawak ayah balik dengan kaki bersimen tiba-tiba eksiden pulak. Nasib baik masa tu mak dah balik dulu. Mak dahla tak boleh terkejut-kejut macam tu. Abang pulak terus trauma tak nak drive dah. Bayangkan asal saya brek dekat jer terus dia jerit. Okes. Sabar je la abang.

Saya tahu Allah Maha Penyayang. Di turunkan ujian supaya saya terus tabah menjalani hidup ni. Semoga Allah kuatkan semangat saya dan kuatkan lagi KESABARAN ini. Yer. Benarlah bom dan meriam itu kuat. Tapi KESABARAN itu lebih kuat dari bom dan meriam.

p/s : Pasni mesti kat jalanraya orang akan pandang saya lama-lama kerana baby yang tercalar balar (pang!)

No comments:

Post a Comment