Pages

Thursday, 23 December 2010

Touch N Go at SOGO

Boleh tak nak publish gambar dulu. Pastu bila tulang dah ringan baru nak story. Hee.

*Tulang dah ringan dah. Mari story panjang lebar.*

Jadi setelah bertolak pada jam 10pm kami selamat sampai KL dalam jam 6am. Menginap di Hotel Sima seperti tahun lepas juga. Check in je, kemas-kemas baju skit, rehat-rehat terus iron baju. Nasib baik Kak Siti comey bawak iron. Dapatla kami berebut-rebut iron yang satu itu. Terus iron baju dinner supaya tak kalut sangat balik menderap nanti. Janji untuk keluar 9.30am. Jadi nak tidur takut terlajak pula. Baring-baring jer la. Tapi last-last terlelap juga barang setengah jam. Owhh. Bawah nie hotel kami menginap. Berbaloi la dengan bayaran.

Ni sambil tunggu kengkawan lain. Mari snap gambar enterprem.=D

Teruja di SOGO. Sales gilak. Dah nama pun YES. Memang konpem YES la duit ku melayang. Mari kita shopping kasut Sis Ina dulu.  tengok saya punyalah garang. Macam maksa Sis Ina beli itu kasut. Tapi seyes chantek. Jeles i tau. Dah la kaler kecintaan i..

Haa..Tengok! Punyalah teruja dapat yang baru. Terus dipakainya. Yang lama simpan dalam kotak.

Nak try jugak la. Berlagak macam mahu beli. Tapi akhirnya letak balik kat ruang display tuh. Kasut pegi kerja semua dah buruk. En.Beliau tolong belikan soploh pasang boley? Tengok! rileks jer saya pakai sandal merah tu. Senang skit kalo tersesat, dari jauh kawan-kawan dah dapat detect saya. Haha.

Nie bukan enterprem. Ini betul-betul candid. Khusyuk sangat duk sembang ngan Kak Siti pasal ape ntah. Dah henfon duk tangan Cik Yati. Habis di snapnya. Err..rasanya mata saya takla sebulat tu. Hee.

Naik kat bahagian pakaian lelaki pulak. Mari beli baju untuk en.Beliau masing-masing.

Finally..jumpa jugak tempat untuk mengeringkan wallet. Hbeg itu harganya cuma RM68 setelah mengalami sales yang gilak runtuh. I like! Boleh pakai pegi dinner pastu guna pulak untuk agenda lain.

Baiklah. perlu ke bergambar dengan pokok yang serabut dengan macam-macam aksesori itu.

Dah habis jelajah SOGO terus bergegas lintas jalan ke Jalan Tar. Terbeli la jugak selendang, anak tudung, kerongsang dan apentah lagi. Setelah dihitung kira dalam dua ratus jugak duit keluar. Tak bergambar sangat kat Jalan Tar. Coz masa tu dah ramai orang, bersesak-sesak dengan kereta-van penjual lagi . Naik balik SOGO untuk makan-makan kat food court sana. Mee sup tak best langsung. Terima kasih.

Kami pulang ke hotel dengan cab. Jam 3.30 sampai hotel. Berehat-rehat, kemas-kemas barang semua. Kul 6.30 bertolak ke PWTC untuk dinner. Wait for the next entry..=D
-end-

No comments:

Post a Comment