Pages

Tuesday, 7 December 2010

Tutorial Photoshop : Gambar kasi cun skit berbanding asal.

Nie 1st time saya kongsi ini tutorial. Editing pics menggunakan software Adobe Photoshop. Kali ni kita nak edit gambar yang ada objek fokus ditengah. Kiranya editing ini sesuai untuk gambo yang ala-ala macam tu la. Nak ajar edit yang bombastik saya tak reti. Jadi kita edit simple aje eh.

[Double click untuk gambar lebih terang jelas]
Mula-mula korang open la gambar yang nak edit tu. Godek-godek mana yang berkenan mana yang sesuai.


Ha. Dah jumpa. Terliur plak tengok jus watermelon neh. Korang akan perasan dekat bawah kanan tu keluar layer yang tulis Background. Ada kan.

Jadi kat layer Background tu korang Double klik hingga keluar palet (box) tu, tak yah ubah apa-apa setting, korang klik je ok. Ni untuk memudahkan kerja korang edit-mengedit.

Hah? Tak jumpa kat mana? Ni la saya tengah mengajar korang duk main msg. Tu FB la tu. Mentang-mentang hp canggih main update status FB guna hp yer. Tengok betul-betul gambar bawah nie. Bukak anak mata luas-luas. Jangan kasi terkeluar pulak anak mata tu.

Tengok besar anak panah hijau tu. Kat situ la korang double klik hingga keluar kotak kat tengah tu. Pastu korang klik jer ok. Dah. Pandai pun.

Ok. Pastu korang klik kat anak panah hijau tu. Tu untuk create a new layer. Nampak tak atas layer Background tu ada Layer 1.

Kemudian korang pilih icon Paint Bucket. Yang iconnya macam tin cat nak tumpah tu atau tekan G kat keyboard. Yang saya dah panahkan hijau itu. Kemudian pilih kaler hitam. Kaler tengok kat icon yang paling bawah yang ada kotak berwarna tu. Lepas tu tanpa segan silu korang klik la tengah-tengah document tu. Tengok! Terus bertukar kaler hitam. Jadi jangan takut yer. Laptop korang belum rosak lagi..

Kemudian korang klik kat icon sebelah kiri yang bernama Rectangular Marquee Tool atau nak jimat masa korang klik je M kat keyboard tu. Kat atas tu korang akan perasan ada tulis Feather. Ubah jadikan 80px. Seterusnya korang klik sambil drag cik tikus mengikut ruang atau saiz pilihan korang pada dokumen tu. Bergantung pada gambar la.

Dah dapat ruang pilihan tu korang klik Delete pada keyboard. Kemudian dekat layer tadi yang ada tulis Opacity, korang ubah la berapa pun mengikut kesesuaian dan tahap kecomelan gambar korang.

Haa tengok gambar atas tu..nampak tak garis putus-putus tu. Tulah kawasan yang dah korang pilih dan delete. Disebabkan Feather tadi la rectangular tu berubah. Paham tak nie korang? Saya anggap korang paham la yer.
Dah siap. Ni hasil akhir yang jadi. Saya ubah Opacity sebanyak 70 %. Nampak tak di keliling gambar tu dah jadik gelap sikit. Jadi gambar korang tak la nampak flat sangat.


Yang bawah ni pun menggunakan style editing yang sama.

[Gambar asal]

[Setelah edit-mengedit]

Ok. Semudah mengeja B.U.K.U kan. Selamat mencuba yer. Kalau blur lagi boleh terus emel saya nanti saya ajar lebih detail. =)


6 comments:

  1. Wah akak!

    rajinnya KONGSI, tak macam anem.:)

    p/s: tau je org ramai google ,
    'tutorial photoshop'.:-P

    ReplyDelete
  2. Heh!
    Wah, pndai kamu. Akak pun tak perasan. Lor. Setakat kongsi benda tecit je. Tak reti nak kongsi benda yang hangat2..=p

    ReplyDelete
  3. Slm ziarah & slm kenal .....AZZEY.....

    ReplyDelete
  4. azzey : salam sweet..=)

    ReplyDelete
  5. much much much better kalau buat desktop recording :)

    ReplyDelete
  6. eddy : thankz..next tyme i'll try..=)

    ReplyDelete