Pages

Sunday, 27 March 2011

Desperate sangat la kau!!


Hye kacak-kacak sekalian. Hari nie nak cerita kisah seorang pemuda yang desperate. SANGAT! Harap korang dapat jadikan tauladan. Cheewah.

Semalam waktu keluar terjah kedai pelamin pengantin what so ever. Perut berdendang irama memori daun pisang. Tak tahu nak makan kat mana. Pastu terfikir ada satu gerai makan mee sup yang enak lazat kat pekan batu 6. Hujan-hujan makan mee sup best jugak. terus menerjah ke sana.

Malangnya mee sup habis dan terpaksa tunggu setengah jam diorang masak yang baru. Sebab malas menunggu kami terus order laksa penang. Boleh la tahan rasanya.

*******
Tengah-tengah syok menghirup tiba-tiba akak pelayan datang bawak pen dan kertas. Ingatkan datang nak kira order. baru jer nak kasitau 'kami tak siap lagi'
Tup tup akak tu bagitahu..

"Nie, ada orang kat dalam tu nak nombor hp."
Ok. Tersedak kuah laksa penang.
Saya geram jugakla kat mamat tu..
Terus sound kat akak tu " Jangan kak, tunang orang ni"
Bleh plak dia menjawab " Tak kisahla yang mana-mana yang tak berpunya"

*******

Agak-agakla. Dahla ramai customer. Ingat nie rancangan cari jodoh ke. Nasib baik dah nak habis makan. Kalau tak terus hilang selera makan.

Lepas tu kitorang diam je la. Malas nak sound lebih-lebih. Lagipun esok lusa nak datang makan lagi. Kot-kot dia buat pedajal susah plak.

*******

Pesanan kepada encik kacak-kacak sekalian.

"Tak perlu la berperangai macam nie, tak elok tau"

Ok. Babai.

Pelamin oh pelamin!

Sepanjang hari ini menerjah butik pengantin menemani Ila si adik angkat yang akan bertunang 23 April nanti.

Jadi sambil-sambil tu boleh la saya turut ushar-ushar untuk majlis saya nanti (ok. mood berangan). Ila punya tema baju tunang kaler pink. Baju dah ada dua pasang cuma tinggal dia dalam proses membulatkan tekad untuk pakai yang mana.

Make up pulak akak dia jer yang make up kan. Save budjet you. Lagipun nie tunang jer. Tak perlu la kot berhabisan ribuan ringgit.

Mula-mula pergi kedai atas tu.
Sebab ada kawan-kawan cakap cantik. Tak tahu apa yang cantik. Jadi terjah saja dulu. Wah. Bukan saja cantik malah baik. Saya paling respek bila masuk kedai di layan bagai permaisuri. Terus rasa nak berurusniaga dengan akak tu. Baju pengantin cantik mungkin sebab kedai baru jadi bajunya baru-baru dan up too date. Tengok harga pun cantik jugak.
'Akak, biasa orang tempah berapa lama sebelum majlis langsung?'
'Tak tentu jugak. Kadang-kadang 3 bulan sebelum dah tempah. Yang bulan 6 (school holiday) nanti pun dah penuh customer booked'


'Bulan 6???!!'

Gulp!!Telan liur.

Ok. Means saya pun kena tempah sekarang!!

Yang nie cantik kan. Simple je. Kaler putih suci murni jer kan.

Ok. Pakai gaun wedding nanti agak-agak ayah kasi penampo tak?

Wah. Kaler pink + biru. Sangat santek!

Kaler hijau!!
Yang kebanyakkan teman-teman cadangkan kaler ni kerana ini kaler kecintaan saya!!

Kaler hijau lagi.

Kaler grey pun santek kan.

Pink + putih pun cantik. Suka jugak!!

Ok. Biru nie pun santek jugak. Saya suka jugak!!

Akhirnya..
Keputusan selepas beberapa kedai diterjah..
Saya terus buta warna tak tahu kaler apa harus dipilih.
KERANA SEMUANYA SANTEK-SANTEK!!!!!





Friday, 25 March 2011

Berapa minit sehari korang keluarkan peluh?

Siapa malas sangat bersenam keluar peluh tu meh sini nak membebel seguni.

Korang nie pemalas betul nak bersenam yer. Dah la pergi kerja naik kereta pasang aircond, dalam opis pun pasang aircond. Kesianla peluh cari jalan keluar tak jumpa. Saya tahu la korang sibuk mengadap kerja menimbun-nimbun di opis, tapi kena excersice jugak biar keluar peluh. Biar keluar toksin-toksin yang tak diperlukan dalam badan korang.

Okes.
Khas buat yang buat-buat sibuk di opis mari kita sama-sama keluarkan peluh yang tak diperlukan!

PERTAMA Kalau biasa pergi opis naik kereta pasang aircond cuba sekali sekala bukak tingkap ambil angin semulajadi. Lagipun sebelum jam 9 matahari bekalkan vitamin D.

KEDUA Kalau biasa naik opis dengan lif. Apa kata sekali sekala korang naik tangga. Agak-agakla nak naik tangga sampai level 20. Tak pasal-pasal pitam kehabisan oksigen.

KETIGA Ada sesetengah perangai suka sangat mengarah :
 'tolong switch on lampu jap',
 'telefon tu wei, ko angkat la wei'
'customer datang tu, kau pergi bukakkan pintu jap'
..dan arahan sewaktu dengannya.
Apa kata lepas ni jangan sibuk mengarah-arah orang lain. Apa kata korang sendiri bangun pergi switch on lampu, angkat telefon atau bukakkan pintu. Sekurang-kurangnya keluarla jugak peluh setitik.

KEEMPAT Kalau korang berperangai suka jer mintak opismate tapaukan nasi, pisang goreng atau apa-apa jer, apa kata lepas nie korang pergi beli sendiri. Boleh jugak keluarkan peluh. 

Ok. Dah. Sekarang ada berani keluarkan toksin dalam badan tuh?? 

JOIN BLOGLIST MISZLULLABY


SAYE NAK JOIN BLOGLIST MISZLULLABY!!!!

Sesiapa mau join jom klik bawah.=)




Thursday, 24 March 2011

Tips bagi sesiapa yang susah makan ubat

Selamat hari hujan semua.

***Menaip entri sambil bertoto-an (Bukan toto 4D yer. Tapi sebuah jenama comforter)

Malam ni nak cerita tentang kesukaran saya untuk menelan ubat. Korang macam mana yer? senang ke nak telan ubat? Dalam keluarga sayalah kot yang paling susah untuk telan ubat. Bukan takut ubat atau fobia cuma kadang-kadang saya rasa ubat tu anti dengan saya. Yela. Tiap kali nak telan jer mesti tak masuk. Tension!

Mungkin sejak kecil mak ayah tak biasakan hantar ke klinik kalau demam suam-suam air suam. Cuma amalkan petua orang tua-tua sapukan air ramasan daun bunga raya kat ubun-ubun. Tak sampai subuh dah baik demam. Jadi sebab tu la kot saya memang sangat jarang makan ubat tambah-tambah panadol hingga akhirnya ubat dah mula tak nak jadi kawan baik saya. Huh.

Kenangan tak boleh lupa masa form 5 saya duk hostel. Suatu hari tu saya demam teruk. Badan panas sampai tahap vomit. Kalau dah tahap vomit tu demam paling mengerunkan la tu. Malam tu kawan-kawan yang tahu saya nie susah telan ubat telah bahagikan sebiji panadol tu kepada pecahan maha halus. Dapatla saya telan. Haha. Bila diingat semula rasa malu kat panadol tu.

Saya tahu saya tak boleh mengelak untuk terus bermusuhan dengan ubat. Bila saya diserang penyakit dan terpaksa makan ubat berterusan seperti sekarang saya harus jadikan ubat teman baik saya. Ok. Jom kita berbaik. Ceh!

Itu hari ayah mertua akan datang belikan saya 3 botol ubat. Huh. Pengsan nak kena habiskan 6 biji kapsul sehari. Ok. Boleh tak saya nak pengsan sekarang?

Nak tak nak terpaksa telan jugak. Yela. Ubat tu bukan 2-3 kupang harganya. Tapi dah dua hari saya masih tak berjaya telan ubat seperti orang lain. Orang lain mungkin telan ubat bersama seteguk air berbeza dengan saya telan ubat bersama dua gelas air akhirnya ubat masih ada dalam mulut. Demmm. Kerana itu saya tak segan silu nyatakan ubat memang anti dengan saya.

Dan kesudahannya tips saya hari ini ialah hancurkan kapsul dengan rasa geram bersama-sama air. Pastu perlahan-lahan teguk air ubat yang maha pahit dan rasa entah apa-apa itu. Lepastu minum tea panas yang penuh dengan rasa krim susu hingga rasa ubat hilang. Ok. Semoga tips ini membantu anda yang susah telan ubat seperti saya.

Haha..


Tuesday, 22 March 2011

Nikah di masjid tak sah?


Terkedu sekejap bila seorang anggota Majlis Fatwa berkata ‘menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah’. Lagi beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka dan beliau berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.


Betul ke? Baru jer berangan nak nikah kat masjid. Theee.

Pastu hari nie keluar lagi dalam paper..

Penggunaan masjid sebagai tempat untuk upacara akad nikah tidak bertentangan dengan Islam dan boleh diamalkan selagi ia mengikut peraturan ditetapkan agama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata ia juga memudahkan imam masjid menjalankan upacara itu selain menjadi perantara untuk menyebarkan dakwah apabila ramai yang datang ke masjid untuk menjalani akad nikah.

“Ia memudahkan kerja imam kerana kerana mereka mungkin perlu menikahkan lebih dari satu pasangan dalam sehari. Jadi lebih mudah ia diatur di masjid kerana imam tidak perlu membuang masa untuk pergi ke banyak lokasi perkahwinan"

(copy paste from BeritaHarian online)

okai. Lega. Heee.



Wednesday, 16 March 2011

Pertanyaan tak bleh blah

Salam uolls..

Korang perasan tak. Manusia a.k.a masyarakat atau lebih tepat lagi masyarakat setempat selalu jer bagi pertanyaan tak bleh blah ni. Tak tahu la apa maksud tersirat di sebaliknya. Mungkin cuba bersikap peramah, atau memang semulajadi peramah, atau suka jaga tepi kain orang, atau juga dah memang hobi suka menanya. Ok. Sebenarnya tak tahu la korang alami ke tak. Tapi saya macam tu la...

1. Masa sekolah rendah saya kecik je. (memang la. dah nama sekolah rendah kan). Bila dah masuk sekolah menengah masih kecik jugak. Bila hari raya jumpa sepupu yang dah kawin yang lama tak jumpa diorang selalu tanya "UPSR itu hari dapat berapa A?" atau "Darjah berapa sekolah?"..Padahal masa tu saya dah nak ambil PMR.Uwaaaaa....

2. Bila dah habis SPM pulak saya kerja part time sementara tunggu result SPM. Kerja kedai buku n alat tulis. Jumpa sedara datang kedai tu boleh plak dia tanya saya "Buat apa sini ,tak sekolah ke?" sob sob..

3. Bila dah masuk u pulak, jiran-jiran (mak cik-mak cik) suka sangat tanya " Ambil jurusan apa? cikgu ke?". Okeh. Empat belas ratus tanya nak jadi cikgu ke? akhirnya betul-betul jadi cikgu. Haih!. Ikutkan hati nak jer bagitahu nama penuh Bachelor in New Media Design & Technology. Pastu tanya balik mak cik tu "mak cik tahu ke?"-->sambil buat muka tak bersalah.

4. Bila dah habis belajar pulak sementara tunggu konvocation saya kerja jugak jadi sales girl. Ada pulak beberapa manusia peramah bertanya " lulusan u kerja sales girl je ke?rugi bertahun-tahun belajar" Telan liur sambil senyum bangga menjawab "kenapa? awak nak tolong bayar loan PTPTN saya ke?"

5. Dah konvocation dengan jayanya akhirnya dapat jadi seorang pendidik. Alhamdulilah masin mulut mak cik-makcik atas tadi. Kemudian mak-cik terus bertanya " Kerja apa? kerja sama macam yang belajar dulu ke?" agaknya kalau belajar perakaunan wajib jadi akauntan, belajar grafik wajib jadi pereka grafik, belajar bussines wajib bukak kedai sendiri. owwhhh please. Rasa mahu jer jawab " jadi guard je mak cik"

6. Dah kerja setahun lagi orang mahu tanya " kerja pagi balik malam. kereta tak boleh beli ke?beli yang 2nd hand pun takpe" okes. kalau kau nak bayar ansurans bulanan sekarang jugak haku beli kereta.

7. Ada jugak suara-suara tikus berbunyi " sampai bila nak kerja swasta. cari la kerja kerajaan terjamin sikit masa depan " Hape kerajaan ke bagi jaminan masa depan yang kukuh? Tuhan kan ada. Tu semua Tuhan tentukan dah.

8. Persoalan tak bleh blah " Bila nak kawin ntah dia. Umur dah nak dekat 30an dah. Keja sibuk memanjang. agaknya takde orang nak kot" okes. mak cik ada anak teruna????

9. Bila dah kawin plak sibuk duk tanya "Berapa hantaran dia tu?RM200000???? Mahalnya..jual anak ke?" tak pun sebaliknya la "RM1000????, ni mesti kawin dengan penggangur ni" !!Ada saya mintak duit mak cik untuk hantaran????

10. Dah kahwin 5-6 bulan mesti tanya "Bila nak bertiga pulak nie?"..Kalau 1-2 tahun tiada rezeki mesti duk kecoh-kecoh "Aku rasa dia memang tak mahu anak lagi. Yela. Sibuk duk kumpul harta. Takpun dia tak subur"..Astarfirullah.. Bukannya nak mendoakan "InsyaAllah nanti Tuhan bagi la rezeki. Semua atas kekuasaan Tuhan.

11. Dah dapat anak sorang plak sibuk duk tanya bila nak tambah anak, pastu duk tanya rumah kat mana, umah sendiri ke rumah sewa, bla bla bla bla...(sebenarnya saya dah malas nak menaip. Haha)

Tulah adat dunia. Ada saja yang tak kena. Sebaik-baiknya kita mendoakan sesama Islam barulah setiap pertuturan yang dikeluarkan mendapat ganjaran pahala. Amin.



Tuesday, 15 March 2011

JANGAN pandang camera!!!

Halamak. Betul-betul tak perasan saya ditag oleh Hafiz Hafizol untuk join contest ni. Tak kira. Ada 15 minit lagi tetap nak join jugak.!!

Okes. Sapa nak join boleh KLIK SINI tau.

 Tapi tarikh tutup hari ini 15 mac 2011.

Gambar yang dipertaruhkan..


Okes. Tak sempat tag beberapa orang kerana dah nak tutup tarikh lagi 5 minit. Adeh!!



Sunday, 13 March 2011

S9MBILAN BAND - HAFIZAH



Haha..Buat para Hafizah. Mari tujukan lagu nie buat diri sendiri.

Siapa tonton Kartun Animasi Boboi Boy??


Best citer nie. Berbaloi la kalau tengok. Kartun nie mengisahkan super hero kanak-kanak diketuai BoBoiBoy yang boleh mengawal elemen seperti angin, tanah dan petir untuk mengaktifkan kuasanya namun sering lupa kaedah memulakan kuasanya. Hee..Comel jer.

Yaya pula seorang budak perempuan bertudung yang mempunyai kekuatan seperti Superman, tetapi tidak suka berlawan. Suara si Yaya yang comel ni adalah suara Alisya adik Hanis Zalikha.
Karakter Ying plak mempunyai kuasa berlari laju sepantas kilat, tapi akan kehilangan kuasanya apabila bersin dan memperoleh kuasanya semula selepas bersin semula. Haha.

Gopal plak boleh menukar objek kepada makanan. Nak buat macam mana dah dia kuat makan. Hee.

Citer nier bersiaran hari AHAD pada jam 7.00 malam.

Hari ni episod pertama. 
Awal-awal citer dah buat saya gelak. Sumpah lawak. Sampai akhir cerita tak henti-henti gelak. Ok. 

p/s: tak sabar mau tengok next episode..=D


Surat dari seorang bukan cikgu.

Assalamualaikum.

Saya bukan cikgu. Namun saya juga seorang pendidik macam awak. Saya tak pernah terfikir untuk menjadi seorang pendidik. Tapi Tuhan ada rencana untuk setiap hambaNya. Jadi saya terima rezeki kurniaanNya dengan kesyukuran berpanjangan.

Sebenarnya saya hanya mahu ceritakan tentang seorang pelajar didikan saya. Bukan mahu mengaibkan dia atau mahu semua orang tahu tentang dia, cuma saya mahu berkongsi dengan awak. Eloklah saya kenalkan dia dengan panggilan Zack sahaja.

Hari pertama Zack datang mendaftar first impression saya ialah 'budak nie pemalu, penyegan, pro-aktif, dan mesti seorang yang perahsia'. Dia tak cakap banyak. Tanya sepatah, setengah patah dia jawab. Tekaan saya tepat. Dalam kelas dia suka duduk belakang. Jarang pandang saya. Tunduk jer tengok buku. Jadi saya tak pedulikan dia sangat. Tapi dalam pada itu sebagai seorang pendidik saya memang sayangkan dia, mahu dia terus berjaya dapatkan segulung ijazah dan saya anggap dia macam anak saya sendiri.

 Tiada pilih kasih sepanjang mendidik dia dan pelajar-pelajar lain. Dan tanggapan saya dia pun tak kisah tentang saya. Agaknya kalau saya mc dia mesti tak mesej tanya 'puan sakit ke?' seperti pelajar-pelajar lain buat.

Suatu hari saya dikejutkan dengan panggilan dari seorang inspektor.
'Puan Iffa ke?'
'Yer saya. Kenapa? Ni siapa?'
'Saya inspektor (apentah nama dia saya lupa). Pelajar puan ada nama Zack kan. Dia yang bagi nombor puan. Dia sekarang kat balai'

Bagai tsunami menghentam jalanraya. Retak hati saya. Hancur lebur rasa sayang pada dia. Sampaikan saya rasa terus mahu berenti mendidik. Inikah balasan dia pada saya setelah saya mendidik dia, curahkan ilmu, bagi kata-kata nasihat untuk mendapat kecemerlangan (walaupun saya tahu dia tak ambil peduli itu semua).

Saya tak berkata-apa. Terkedu.

Saya teringatkan mak Zack. Terus saya call mak dia. Sebak saya bila mak dia minta maaf berkali-kali kerana kelakuan anaknya. Ia. Saya sensitif. Dan ya jugak. Saya menangis selepas menyambut salam mak Zack sebelum memutuskan talian.

Saya tak tahu harus buat apa. Tapi mak dia bersungguh-sungguh cakap jangan berhentikan anak dia.

Selepas dibebaskan Zack ada msg saya. 'Saya minta maaf puan, saya janji tak kan ulangi lagi....' Panjang msg dia. Saya dengan hati yang masih retak hanya menjawab 'Saya kecewa dengan awak'.

Saya ceritakan pada seorang kawan. Dia nasihatkan saya supaya ikhlaskan hati untuk terima Zack semula. Dan kawan saya bagitahu..
'Sepatutnya awak bangga bila awak orang yang pertama dalam fikiran dia saat dia perlukan'. yer betul. Inspektor tu ada bagitahu dia minta nombor sesiapa untuk dihubungi, tapi Zack bagi nombor saya.

Ya. Mungkin ada hikmah peristiwa ni berlaku.

                                                                              ****

Sebulan lepas kejadian tu saya tengok dia memang betul-betul berubah. Dia dah rajin datang kelas. Dah semakin peramah. Hormat saya. Perkara yang paling buat hati saya terubat setelah retak dulu adalah apabila dia mendapat keputusan yang sungguh membanggakan dalam exam. Markah dua kali ganda berbanding semester dulu. Saya msg mak dia bagitahu perkembangan pelajaran dia. Berjuta-juta terima kasih dihulurkan buat saya. Saya menangis sekali lagi. Tapi ini airmata kebanggaan.

Dan sekarang dia bukan lagi Zack yang dulu. Saya bangga dengan dia. Dan saya tahu penyakit jantung saya bila-bila saja boleh meragut nyawa saya. Cuma harapan saya semoga sempat melihat Zack memakai jubah ketika konvokesyen.

Puan Iffa
Kuala Lumpur

Thursday, 10 March 2011

Tips untuk kurus.

Tips untuk kurus ialah makan eskrem, burger dan makanan bergoreng yang lain. Semuanya dengan mudah boleh didapati di McD. Maaf. Tu kurus versi saya lah. Kerana mahu gemuk. Jadi kawan-kawan syorkan makan burger dan eskrem. Tapi hasilnya sama sahaja. Berat tidak naik-naik jugak. Terima kasih kawan berjaya buat saya terpedaya.

Seperti biasa keluar dating bersama teman terchenta Cik Yati.
'Awak, jom keluar makan'
'Jom. Saya teringin nak makan eskrem la'
Ish. Bukan ke Cik Yati yang ajak  saya. Tiba-tiba saya plak yang beria-ria mahu makan eskrem. Jadi pergi McD penuhi perut orang mengidam.


Ni adalah feveret. Nyum. Nyum. Hari-hari kena paksa makan eskrem ni pun saya tak kesah. Adakah??
Ni juga makanan wajib ke McD. Spicy Chic Mc Deluxe. Tak heran langsung McD keluarkan resepi baru lima layer burger whatsoever namun saya tetap makan ini sahaja.

Ini eskrem baru perisa mango. Cik Yati yang makan. Katanya sedap.

Biasalah kalau pergi McD. Ini sajian enak sambil borak-borak gosip-gosip.

p/s : haa..sekarang siapa cakap makan makanan nie mengemukkan? Tengok saya makan tak gemuk pun. Heh.

Wednesday, 9 March 2011

Trailer Hikayat Merong Mahawangsa

Owhh.. Kenapa saya begitu teruja walaupun baru tonton trailer??



Ada sesiapa mahu belanja saya tengok wayang??

Monday, 7 March 2011

Belajar cakap ganu bersama cikgu stopa

Haha..Jom gelak sama-sama. Lawak gila cikgu Stopa. Cayalah!!

Wednesday, 2 March 2011

Bbq time at Kuala Ibai.

Salam semua.

Okeh. Dah nak masuk seminggu baru post gambar-gambar kejadian. Hape kau fikir kau isteri Ketua Menteri ke sibuk sangat??!!.

Itu hari pelajar-pelajar ajak join bbq. Maklumlah dah habis minggu belajar untuk semester ini. Saat-saat genting menunggu final exam diorang mau release tension la kunun pegi bbq tepi tasik kat Kuala Ibai.
 Santek. I like!

Gambar-gambar yang di tag oleh mereka di fb. Tq Korang.

Ramai yer paparazi snap our pics. Kan Cik Yatie..Hahaha

Kaum-kaum Adam bertungkus lumus hidupkan api. Fuh!!fuhhh..

Hape. Ingat saya tak pandai yer bakar ayam. Nanti dah hitam tu masakla.-->Pang!!

Okeh. Lagi snap by paparazi.
Ayam dan siap. Jom makan dengan mihun goreng. Best!!

Okeh. Ni adalah mereka-mereka. Sebilangan sahaja daripada keseluruhan mereka.

Kek berkat. Semoga kalian lulus cemerlang dapat anugerah presiden semester ini. Yeayy!!!


*Perasan tak gambar-gambar tu kelilingnya dark skit kan. Itu hari saya pernah tulis tutorial pasal editing untuk gambar begitu. Nak tahu sila klik bawah..=)

 Tutorial Photoshop : Gambar kasi cun skit berbanding asal.