Pages

Sunday, 13 March 2011

Surat dari seorang bukan cikgu.

Assalamualaikum.

Saya bukan cikgu. Namun saya juga seorang pendidik macam awak. Saya tak pernah terfikir untuk menjadi seorang pendidik. Tapi Tuhan ada rencana untuk setiap hambaNya. Jadi saya terima rezeki kurniaanNya dengan kesyukuran berpanjangan.

Sebenarnya saya hanya mahu ceritakan tentang seorang pelajar didikan saya. Bukan mahu mengaibkan dia atau mahu semua orang tahu tentang dia, cuma saya mahu berkongsi dengan awak. Eloklah saya kenalkan dia dengan panggilan Zack sahaja.

Hari pertama Zack datang mendaftar first impression saya ialah 'budak nie pemalu, penyegan, pro-aktif, dan mesti seorang yang perahsia'. Dia tak cakap banyak. Tanya sepatah, setengah patah dia jawab. Tekaan saya tepat. Dalam kelas dia suka duduk belakang. Jarang pandang saya. Tunduk jer tengok buku. Jadi saya tak pedulikan dia sangat. Tapi dalam pada itu sebagai seorang pendidik saya memang sayangkan dia, mahu dia terus berjaya dapatkan segulung ijazah dan saya anggap dia macam anak saya sendiri.

 Tiada pilih kasih sepanjang mendidik dia dan pelajar-pelajar lain. Dan tanggapan saya dia pun tak kisah tentang saya. Agaknya kalau saya mc dia mesti tak mesej tanya 'puan sakit ke?' seperti pelajar-pelajar lain buat.

Suatu hari saya dikejutkan dengan panggilan dari seorang inspektor.
'Puan Iffa ke?'
'Yer saya. Kenapa? Ni siapa?'
'Saya inspektor (apentah nama dia saya lupa). Pelajar puan ada nama Zack kan. Dia yang bagi nombor puan. Dia sekarang kat balai'

Bagai tsunami menghentam jalanraya. Retak hati saya. Hancur lebur rasa sayang pada dia. Sampaikan saya rasa terus mahu berenti mendidik. Inikah balasan dia pada saya setelah saya mendidik dia, curahkan ilmu, bagi kata-kata nasihat untuk mendapat kecemerlangan (walaupun saya tahu dia tak ambil peduli itu semua).

Saya tak berkata-apa. Terkedu.

Saya teringatkan mak Zack. Terus saya call mak dia. Sebak saya bila mak dia minta maaf berkali-kali kerana kelakuan anaknya. Ia. Saya sensitif. Dan ya jugak. Saya menangis selepas menyambut salam mak Zack sebelum memutuskan talian.

Saya tak tahu harus buat apa. Tapi mak dia bersungguh-sungguh cakap jangan berhentikan anak dia.

Selepas dibebaskan Zack ada msg saya. 'Saya minta maaf puan, saya janji tak kan ulangi lagi....' Panjang msg dia. Saya dengan hati yang masih retak hanya menjawab 'Saya kecewa dengan awak'.

Saya ceritakan pada seorang kawan. Dia nasihatkan saya supaya ikhlaskan hati untuk terima Zack semula. Dan kawan saya bagitahu..
'Sepatutnya awak bangga bila awak orang yang pertama dalam fikiran dia saat dia perlukan'. yer betul. Inspektor tu ada bagitahu dia minta nombor sesiapa untuk dihubungi, tapi Zack bagi nombor saya.

Ya. Mungkin ada hikmah peristiwa ni berlaku.

                                                                              ****

Sebulan lepas kejadian tu saya tengok dia memang betul-betul berubah. Dia dah rajin datang kelas. Dah semakin peramah. Hormat saya. Perkara yang paling buat hati saya terubat setelah retak dulu adalah apabila dia mendapat keputusan yang sungguh membanggakan dalam exam. Markah dua kali ganda berbanding semester dulu. Saya msg mak dia bagitahu perkembangan pelajaran dia. Berjuta-juta terima kasih dihulurkan buat saya. Saya menangis sekali lagi. Tapi ini airmata kebanggaan.

Dan sekarang dia bukan lagi Zack yang dulu. Saya bangga dengan dia. Dan saya tahu penyakit jantung saya bila-bila saja boleh meragut nyawa saya. Cuma harapan saya semoga sempat melihat Zack memakai jubah ketika konvokesyen.

Puan Iffa
Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment