Pages

Saturday, 2 April 2011

Tips membeli kain untuk akad nikah yang cantik dan murah!

Haha..Skema tajuk entri dengan niat bakal-bakal pengantin search tajuk itu dengan result yang hampa.

Semalam keluar belikan kain untuk nikah. (berangan lagi). Tentu korang ingat saya akan nikah dalam masa terdekat kan. Salah semuanya. Kami beli untuk jadikan hantaran tunang nanti. Pewiittt. Betul jugak cadangan mak en.beliau. Beli siap-siap kain untuk akad  nikah. Nanti dah tak payah beli. Jimat kan. Errrr...Tapi nak nikah bila ha???. Ok. Sila jangan jawab soalan saya.


Amaran : Ini adalah tips dari saya. Kalau rasa meragukan jangan sekali-kali ikuti. (tak tahan tu, siap ada amaran)

Kain untuk akad nikah biasanya kaler-kaler yang soft kan. Jarang kot pakai kaler hitam atau kaler-kaler terang untuk akad nikah. Tapi bergantung pada kalian la. Asal suka, sedap pandang. Tapi yang sedap pandang masa akad nikah kaler soft je la kan.
Ok. Berbalik kepada tips hari ini.

Pertama. Sebelum betul-betul muktamad membeli kain tu, cuba la survey banyak kedai. Kalau tiada masa nak keluar cuba survey online saja. Follow la seberapa banyak butik-butik pengantin kat blogshop atau add kat fb. Tengok kain-kain diorang lagi segi harga, kaler atau design. (maksud saya up too date)

Kedua. Sesibuk manapun korang tetap harus survey kat kedai jugak. Cuba survey lebih dari tiga kedai dan bergantung pada korang la nak compare dari segi apa. Kalau korang nak save budjet mungkin tengok pada harga, kalau korang lebih pentingkan design tengok la pada design.

Ketiga. Kalau ada kedai yang tawarkan promosi lagi bagus. Contohnya beli sepasang kain untuk perempuan dapat sepasang kain untuk baju melayu lelaki dengan less 50%. Contoh je la kan. Ataupun ada sesetengah kedai customer boleh tawar-menawar. Boleh dapat murah sikit berbanding harga asal.

Keempat. Seelok-eloknya kalau beli baju nikah (biasanya untuk kaler soft), pastikan korang yakin akan tetap memakai baju tersebut walaupun selepas nikah. Pakai masa raya atau event apa-apa. Secara tak langsung baju tu tak jadi hiasan dalam almari. Ataupun sedekah pada adik atau kawan-kawan lain yang akan nikah kelak.

Ok. Ada lagi ke? kalau ada lagi korang sambung kat entri korang plak yer. Babai.




5 comments:

  1. Bookmark ! Okeh, anem simpan dah tips neh.hehe

    ReplyDelete
  2. YUHUUU..kamu beli kain itu kat mana?? i blom beli lg..sobsobsob..

    ReplyDelete
  3. anem : gulp!malunya saya..
    sis mieyza : haha..semangat tak sy..keke..sok i story morry..=)

    ReplyDelete
  4. abg i akad nikoh, bj kaler merah menyale u..haha..bulat mte tok kadi

    ReplyDelete
  5. haha..juling la mate tok kadi..hee..

    ReplyDelete