Pages

Sunday, 14 August 2011

Dugaan dalam alam pertunangan-Part 1

Tak tahu kenapa tajuk tu begitu skema. Okeh. Anggap saja tu tajuk tesis.

Korang yang biasa ikut blog saya memang sedia maklum la berkali-kali saya bgtahu saya seorang sensitif. ( bajet ada pembaca setia). Ini cerita tentang sensitif. Yang kalo tak dibendung boleh membunuh perhubungan. Hai cucu cicit akan datang, nenek cerita ni untuk dijadikan pengajaran yer.

Alkisah Jumaat (kelmarin). En.beliau a.k.a en.tunang datang kemari. Konon nak berbuka puasa bersama. Dahla dia datang lambat. Pastu kami dah tak tahu nak terjah kedai mana.. Akhirnya jumpa Mama Tom Yam. Order je la lauk-lauk peberet beliau. Ok. Ni baru mukadimah. Kemudian lepas Isyak en.beliau pun nak berangkat pulang. Maklumlah perjalanan beliau jauh lagi. Dalam 1 jam jugak nak sampai rumah beliau. Peel en.beliau ni satu dia agak pelupa. Hari tu pernah dia datang sampai rumah saya baru perasan tak bawak wallet. Segala ic mak nenek semua dalam tu. Kira bagi saya kalau tahap tak bawak wallet tu pelupa tahap maksima la.

Nak dijadikan cerita dia suruh saya pegang hp dia..senyap-senyap dalam poket sampai saya pun terlupa. Ok.dia pun lagi la tak ingat langsung pasal hp. Dahla masing-masing ada satu hp je. Saya tunggu jugak kot dia patah balik takde pulak. Jadi malam tu cik tunang pun menggeledah la hp encik tunangnya. Terkejut yang amat. Tengok gambar beliau dengan sorang perempuan. Cantik, seksi. Terpancar kegembiraan pada wajah keduanya. Terus mengalir air mata seorang saya..

Bersambung..





No comments:

Post a Comment