Pages

Monday, 8 August 2011

Resepi air asam jawa

Errrr....
Sebenarnya...
saya takde pun resepi air asam jawa tu.
Sebab ramai sangat duk post pasal resepi masing-masing tiap-tiap hari berbuka itu ini.
Haha.

Dua hari suda. Bukak puasa dengan air asam jawa. Bukan saya buat. Kerana saya tak rajin untuk beria-ia buat air asam jawa. Beli dalam botol suda. Pastu nak minum air paksa diri minum air suam. Yer. Paksa diri. Selamat tinggal ais untuk minggu ini.

Dah tiga hari saya selsema dan batuk. Mula-mula tekak sakit. Nak telan liur pun sakit. Akhirnya hari kedua terus batuk. Hari ketiga selsema dan hari ini semua pakej dia sapu. Selsema-batuk-pening kepala-lenguh badan. Owhhh. Rasa nak pitam.

Opis mate dah syorkan saya resepi gula batu +asam jawa yang katanya mujarab untuk batuk.
Tapi saya asyik terlupa untuk singgah kedai mini depan opis untuk beli gula batu.
Tipula. Sebenarnya saya malas.

En.beliau a.k.a doktor tak btauliah membebel suruh pergi klinik. Tapi saya beria-ria cakap dah makan ubat dan makin pulih. Tipu jugak. Panadol pun tak jamah. Inikan pula ubat klinik. Yer. Malam ni mesti kena marah kerana suara ni tak dapat menipu..suara orang selsema sumpah memang senang nak cam.huhu. Owh..pura-pura tido sambil silent hp.

Bye isi donia.








No comments:

Post a Comment