Pages

Thursday, 22 September 2011

PERSIAPAN kahwin.

Salam uolls.

Owhh.
Pergi kerja-balik kerja-masak-kemas rumah-tengok tv-tido.(ok fine.Kadang2 online). Itulah. Sampai saya tak sedar rupanya saya adalah b2b. Yang majlisnya akan berlangsung SANGAT tak lama lagi. Tapi saya masih rileks macam tiada apa-apa berlaku. Ewah-ewah. Rileks kau yerp!

Sehingga kakak ipar call mak tanya pasal persiapan saya.
PERSIAPAN??PERSIAPAN HAPE WEI? (pertanyaan nak mintak penampo patbelas kali)

Pastu sambil tangan duk kacau-kacau gulai ayam kampung (psst.kacau dengan senduk ok.bukan dengan tangan). Mula la kepala duk tercongak-congak hitung mengira. Yer.
Wahai penduduk sekalian !! Saya akan naik pelamin lebih kurang LIMA BULAN lagi!!
Ulangan !! LIMA BULAN wei.
Errrrr..dan persiapannya adalah ZERO. (perlu ke ulangan?)

Ok fine. Kakak ipar sila baca entri kali ini hokeh.

Baju Nikah
Kain untuk baju nikah dah ada. Kitorang beli dan jadikan hantaran tunang itu hari.
Eh? belum tengok ke? Jap saya godek-godek cari gambar ituhari.


Tak yah clear sangatla. Nanti tak suprise. (bajet Norman Hakim & Memey).
Kain tu kitorang beli sebab ada promosi. Kain lace + kain plain untuk saya + baju melayu en.beliau. Harga RM150. Murah ke? Ntahla. Sebab saya dah ushar-ushar banyak kedai tu yang paling murah. Warna cream. Mula-mula ingat nak beli warna putih. Then en.beliau pulak taknak. Katanya nanti kalau buat baju melayu mesti dia dah tak pakai dah kaler putih lepas pakai masa majlis akad nikah.
U kalau kaler cream ni pun tak pakai jugak siapla. Haha.

Tempah baju nikah : Ada satu kedai ni yang saya memang selalu tempah baju situ. Biasanya saya tempah baju kurung moden. Jadi pelanggan tetapla. Untuk design baju nikah mungkin baju kurung moden. Atau baju kebaya. Belum diputuskan lagi. Nanti saya bincang dengan tailor (ceh.tulis tailor bajet macam kau tempah dengan Rizalman kan. Awwww)

Baju sanding + Pelamin (dan seantero dengannya)


Baju sanding : Gilak la. Tema belum diputuskan lagi. Sekarang duk gaduh-gaduh dengan en.beliau. Sebab beliau nak kaler PINK. PINK hokeh! Saya pun tak tahu siapa yang inspirasikan beliau kaler PINK. Ahad nanti cuti. Jadi kami akan menerjah butik. Try match in dulu kaler PINK tengok sesuai ke tak yer darls. (eh. apesal asyik tercapslock je perkataan PINK?)

Ok.Ok.Fine.
Kita pilih kaler pink. Pink gelap? pink lembut? pink belacan?

Pelamin : Saya sebenarnya tak nak duk atas kerusi yang gedabak besar macam kerusi raja-raja tuh. Kalau boleh nak bangku yang sooo sweet. Boleh empat orang muat-muat duk atas tu. Atau tengah-tengah menyelit anak buah chomellness. Errr. Macam kerusi bawah.

Duk atas tu takla rasa macam persandingan yang skema. Itu gambar masa ada pameran pengantin. Tapi saya lupa nak terjah owner mintak bisnes card. Sekarang saya kehilangan punca kat mana nak cari pelamin seperti itu? Sob!!Sesiapa yang tahu sila inform saya!!

Tapi mak dah pesan awal-awal. Pelamin akan dipasang di luar rumah (outdoor). Sebab rumah saya kecil dan bajet konon-konon orang ramai datang pastu rumahku runtuh. Tetiba terbayang pelamin runtuh macam cerita Erra Fazira berlakon tuh? Cinta Kolestrol eh? Ke hape? Owhh. Mintak jauh. Dan rasanya kalau pelamin outdoor sesuai kerusi gedabak-gedabak. Macam kerusi bawah. Pengsan!

Pelamin outdoor
Hantaran
Persiapan hantaran adalah zero. Tapi jangkaannya paling lewat bulan Disember semua persiapan hantaran akan dilaksanakan. Hantaran tu saya lipat gulung sendiri jer. Macam tunang itu hari. =) Eh. Senarai hantaran pun belum finalised lagi owhh.

Kad kawin
Saya ada ushar-ushar banyak tempat jugak. Ada online shop dan kedai-kedai printing. Kalau boleh nak cari yang berkualiti dengan harga mampu beli. Kata orang buat yang mahal-mahal tip top pun tak guna jugak. At the end dalam tong sampah jugak. Cuma untuk vip harusla bling-bling skit. Atau sembur selori perfume. Sebab kawan-kawan atau sedara mara rapat selalu cakap 'Nanti nak kad wangi tau'. Haaa. I akan kotakan u. Tumpahkan lori perfume kat kad kawin untuk korang. Ahakz.

Doorgift (dan seantero dengannya)
Ramai kawan-kawan cakap kat Terengganu mahal. KL jauh lebih murah. Yer ke? Lepas tu ada lagi duk bahas, kalau pergi KL tolak campur duit tambang minyak makan semua lebih kurang jugak. Tapi alang-alang nak pergi shopping hantaran di sana maybe saya beli sana terus. Lagipun ada kakak yang sudi nak promote i kedai yang harganya murah gitu. Thanks akak sayam. Winkwink..=)

Photographer
Photograper dah tempah. Opismate saya jugak. Senang tak payah nak roger jauh-jauh.=)

Apa lagi yer??

Ok. Malas dah nak fikir yang lain-lain lagi. Nanti ada masa terluang baru saya update lagi. Wakaka.



7 comments:

  1. WAAOW!!mmg ptot bemula skang fizahh ..klu x siang malam duk pikir yg oii..feninnn..

    ReplyDelete
  2. shaYazz : tahu takpe!!tetiba semangat.haha..

    ReplyDelete
  3. wowwwwwwwwwwwww!!! cepat jah!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. jahh...happy preparing!! 5 bulan lagi..sempat sgt2...i dulu less than 3 months okehhh...sempat jek..geggegee!

    ReplyDelete
  5. mama iqy : heee...sabor kak na..

    Sis mieyza : tq sis!agaga..=)

    ReplyDelete
  6. nati share2 la mane tempah all the persiapan tu ea? heeee..btw, baju sanding tu vogue! suke!

    ReplyDelete
  7. Dida : heee..nti dh tempah org share deh..=)

    ReplyDelete