Pages

Tuesday, 11 October 2011

Kategori pemilihan pengapit majlis kawen.

Salam uolls..

[Tajuk skema tak hengat]

Pemilihan pengapit. Pengapit korang sape ha?Adik beradik?Kekawan?Bos tempat kerja?Rakan sekampung atau kekawan blogger?Errrr..

Saya rasa pengapit memang memainkan peranan maha penting. Sebab selain tengok pengantin tetamu secara otomatik akan terpandang jugak korang yang duk menempek sebelah pengantin kan. Jadi mari kita diskusi macam mana pemilihan pengapit yang patut dan tak patut dipilih.

PATUT pilih pengapit yang photogenik. Sebabnya akan banyak la gambar yang korang akan menyelit sekali bersama pengantin. Photogenik bukan bermakna korang perlu seorang yang hensem atau seorang yang cun melecun. Cuma korang perlu tahu mengawal riak wajah. Bersederhana. Senyum jangan over. Jangan tak senyum langsung pulak. Saya pernah ambil gambar pengantin tapi pengapit 'tido'. Adohai. Terus kensel nak upload kat FB. haha.

TAK PATUT  pilih pengapit yang photogedik. Ada orang gedik semulajadi kan. Tak nak komen la. Ini gedik dibuat-buat. Kau bayangkan kau sedang senyum tersipu masa OP tengah snap gambar boleh plak pengapit buat aksi pelik-pelik like buat tanduk kat kepala kau, atau buat peace melampau-lampau [macam ambik gambo guna hp sendiri lagaknya], atau lain-lain aksi yang tak berapa manis dipandang. Kecuali la korang dah diarahkan OP .'Ok, pandang atap tengok cicak' dan semua pandang atas..

PATUT pilih pengapit yang rapat dengan korang. Macam kawan rapat atau adik beradik. Sebab kita tak tahu perasan apa muncul masa atas pelamin kan. Jadi kita perlukan peneman di sebelah yang buat kita rasa selesa. Yang buat kita rasa 'nasib baik awak ada, nanti jantung saya luruh awak tolong sambut tau' [bff katakan]

TAK PATUT pilih pengapit yang korang tak kenal sangat. Kenal dalam laman muka buku. Tengok cantik macam model terus pinang 'awak, kita nak upah awak jadi pengapit kita tau' [upah tak tahan tu..]

PATUT pilih pengapit yang bergaya sedang-sedang saja. Seelok-eloknya korang yang pilih baju untuk pengapit. Segala penampilan pengapit janganlah sampai melampaui penampilan pengantin. Baik dari segi pemilihan pakaian, makeup dan aksesori lain.


TAK PATUT pilih pengapit yang bergaya melampau-melampau. Pakai baju bling-bling mengalahkan pengantin. Makeup pulak macam model majalah busana pengantin. Terus konpius siapa pengantin siapa pengapit.
 
PATUT pilih pengapit yang bertanggungjawab. Err..bertanggungjawab ke ha? Maksudnya sentiasa menjaga kebajikan pengantin. Pengantin berpeluh sikit terus lap. Kibaskan pengantin kalau panas. Payungkan pengantin bukan payungkan diri sendiri dan seumpama dengannya.

Ada lagi ke? Haku dah penat nak membebel. Kalau ada lagi sila share dengan saya juga.

P/s : Siapa nak jadi pengapit saya angkat tangan??!



16 comments:

  1. *angkat hidung* kehkeh

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:09 pm

    saye....!!!!!!!


    ~cik ida akmal

    ReplyDelete
  3. saya setuju dengan semua point awak! *tulis penuh tanpa shortform*.ahahaha

    ReplyDelete
  4. eyda : angkat hidung tak kira eh.haha.

    ReplyDelete
  5. cik ida akmal : u ada kriteria atas tu dak?haha.

    ReplyDelete
  6. cik dida : kan kan.heee..

    ReplyDelete
  7. saya saya sayaaaaaaa!!!!!!!!

    ReplyDelete
  8. Hafiz hafizol : okeh okeh.sila isi borang dgn lengkap yer.

    ReplyDelete
  9. Anonymous1:58 am

    saya baek..xdop ketegori di ats..lepas kalu nk wat jadi pengapit..tp mslh sy gtu lah..hot chick..pyh kekgi..cameraman fokus ke sy..lalalla..~cik ida

    ReplyDelete
  10. yes yes.. rupa tak penting kan ?? ( tak hensem pun )

    ReplyDelete
  11. cik Ida : ok.saya buat satu lagi .PATUT cari pengapit yang baek-baek.ok.setuju.hee.TAK PATUT pilih pengapit yang hot chick seperti syapida.fine.heee.

    ReplyDelete
  12. HH : haha.ok.pengapit bukan sekadar rupa.rupa tak penting,asal pandai kibas saja.haha.

    ReplyDelete
  13. melati3:01 pm

    saye!! =p

    ReplyDelete
  14. Melati : Halamak.kalau majlis bertembung mcmmana?wakaka.

    ReplyDelete
  15. BungaMelati11:37 am

    Bertembung???teeetttt...mcm x je??hehehe..=p

    ReplyDelete
  16. Melati : Tetttttt!

    ReplyDelete