Pages

Wednesday, 25 January 2012

Update : 25 Januari

Salam uollls.

Rasa masa sangat mencemburui saya. Boleh tak saya nak 48 jam sehari? Errr. Tapi tu pun tak tahu la cukup ke tak. Rasa macam nak klonkan diri sendiri bahagikan tugas IzaFiza original berada di opis. IzaFiza klon berada dirumah menyiapkan apa-apa yang patut. Adoi. Tengokla. Sampai kesitu fikirnya. 

Sekarang dah jarang menjengah di group b2b 2012 sebab saya tahu kalau buka facebook masa akan berlari macam kijang (okey. Kenapa kijang mendapat nama?). Jadi kurangkan kegiatan di FB. Tapi blog tetap kena update (kalo berpeluang) kerana ini ibarat diari. Nanti anak nak tanya "Mama, dalam blog mama takde pon cerita pasal mama gubah bunga telur. Tiba-tiba siap. Mama tipu ey" (Okey. Berhalusinasi lagi). Abaikan saya.

1. Sekarang ni saya baru mula mengubah bunga telur. Mula-mula try buat bunga ntah apa-apa. Sampai mak cakap. Beli yang siap jela. Haha. Tapi tak give up. Orang cakap usaha tangga kejayaan kan. Perghhhh. Cakap macam nak start bisnes kan. Target bunga telur = sehari 2 pcs. 

2. Tengah hari tadi kedai cetak kad kahwin call bagitahu master atau dummy dah siap. Jadi dia suh datang cek ejaan nama tarikh semua betul ke tak. Alhamdulillah semua ok. Hari Sabtu dah boleh ambik 100pcs dulu. Sebab mak nak bagi ke sedara mara jauh-jauh yang kebetulan nak datang Sabtu ni. Jadi tak payah susah payah bermadah bertandang ke rumah mereka.

3. Paper bag dah beli. Cuma beli untuk satu versi dulu. Versi kedua kena beli yang tahan lasak skit. Maklumlah nak masukkan glass jar. Aspek keselamatan kena jaga. Ceewah. Sebab saya pernah tengok budak kecik hayun-hayun door gift yang dibawa sampai terpelanting kuih bahulu. Adoi.

****

Wah. Kembar tarikh lahir sama dah tunang. Dah ikut jejak langkah saya. Kau jangan kawin dulu dari aku tau Nani. Jangan langkah bendul wei. Haha. Selamat bertunang sayang. Semoga bersabar dan sentiasa cool sepanjang menjalani tempoh bertunang. =)






6 comments:

  1. cntik plamin ur kembar tu!

    ReplyDelete
  2. cntik plamin kmbar awk tu! hehe. btw, tu yusnani kan? lame x jupe die..

    ReplyDelete
  3. skang, saya pun bukak2 FB terus ke group b2b 2012~ lepas tu dah tak boleh buat keje dah

    ReplyDelete
  4. Dida : pelamin anjung rias asenya =)

    dhiera : tahu xpe..adeh.kita dh xaktif sgt dah.jenguk jarang2 jer.btol2 sibuk skrg.

    ReplyDelete
  5. pelamin yuni kt paloh tu..dan jgk cik fizah g mjlis tu..sy xberkesempatan

    ReplyDelete
  6. lavender : yup.kdai yuni.sy g ptg dh.rombongn blk dos.

    ReplyDelete