Pages

Monday, 30 April 2012

Chemerong Part Two

Salam uolls.

Saat yang paling menggembirakan ialah BALIK KAMPUNG.Yahoo...Macamla kampung tu jauh sangat negeri sebelah ke kan. Padahal sebelah daerah sebelah je kot. Naik kereta dalam 1 jam dah sampai. Tapi suka sebab konpem en.beliau mesti akan bawak pergi jalan mana-mana. Dah jenis kaki suka berjalan kan.

Balik kampung pulak kebetulan ada sepupu en.beliau kat rumah ma. So, we all decide la nak pergi mandi air terjun. AGAIN ok. Tapi kali ni pergi konvoi dua buah kereta dan bbq kat sana. Suka suka suka. 

*HafizHafizol sila jangan jeles.

Punyalah kental bawak barang-barang penuh dua bonet kereta. Siap bawak rice cooker berisi nasi lemak lagi. Terima kasih ma. Terkilan jugak mak mertua tak dapat ikut sebab kena jaga kedai. Sob. Kalau ma ada mesti lagi meriah.

Itu hari kami pergi mandi kat atas (yang ada arrow tuh). Tapi nak ke situ terpaksa meniti atas batu-batu. So, dis time cari port lain pulak. Nasib baik tengok area ni takde orang. So kami parking cepat-cepat. Tapi air sini agak dalam dan arus kuat skit. Maklumlah i kan ringan. Asyik kena tarik dek arus jer. Sobsob.

Kaum laki awal-awal dah terjun mandi. Kami yang pompuan ni duk bbq dulu. Dah settle baru nak turun. Plez la. Padahal takut sejuk.

Nasi lemak + ayam bakar.


Damai.
Duk termenung sorang-sorang terus terpikir hebatnya kuasa Tuhan menjadikan air terjun.

Peace.
Serius. Dia ni memang klik dengan air terjun gamaknya. Duk berendam dalam tu sampai tak nak naik.
Agak-agak sejuk sampai menggigil barulah semua naik. Tu pun rasa tak puas lagi mandi. Tapi nak buat macam mana petang tu nak balik Kuala Terengganu dah.

So, bye-bye Chemerong. Lain kali kami datang lagi.
=)

4 comments:

  1. sian ko.sila balik cepat2.abg awan kata ada lg satu tempat best nk mndi...=)

    ReplyDelete
  2. pergh..air dia. terbaek la~

    ReplyDelete
  3. dhiera : hehe.tula dira.rasa tak mau naek da berendam dalam tuh =)

    ReplyDelete