Pages

Tuesday, 24 April 2012

Entri tentang STRESS

Yeah. Sangat STRESS. STRESS ini ditujukan pada awak.

Dah enam tahun awak bersama saya.
Dah enam tahun saya kongsi segala-galanya dengan awak.
Saat gembira,
Saat sedih,
Saat marah,
Saat sibuk, saat senang-lenang.
Dan jugak semua kerja-kerja saya.
Awak simpan erat.
Tak pernah merungut.
Tak pernah mengeluh.
Awak terima dengan senang hati. Kan.

Awak tahu yang saya sangat sayangkan awak.
Tak pernah berpisah dengan awak.
Kemana pergi awak sentiasa ada.
Menemani saya ibarat pengawal peribadi.

Tapi semalam awak berubah.
Sampai hati awak.
Tak pernah terlintas sekalipun dihati saya untuk cari pengganti awak.
Malam tadi sampai rasa sebak bila tahu yang awak tak kan dapat kembalikan semua memori itu pada saya.
Awak simpan dan kuburkan.

Namun apakan daya.
Awak bukan ada suara untuk memujuk saya supaya bersabar.
Bukan ada hati untuk sama-sama merasai perasaan saya yang kehilangan.
Bukan ada mata dan telinga untuk mendengar keluhan dan kesedihan saya.

Hanya pada Tuhan mampu saya berdoa.
Agar kembalikan awak pada saya.
Kerana saya sayangkan awak.
SANGAT.
=(

5 comments:

  1. laptop ? kereta ? errr

    ReplyDelete
  2. salam kenal.hai si cantik manais.i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D

    ReplyDelete
  3. cik dida : sedey kehilangan wak.

    eyda : kena tgk status FB la sayang.heee

    Sherwieyna : Wah.Kamu lagi manis. Nama pun manis sgt. Nati sy terjah balik =)

    ReplyDelete
  4. Alamak zimie. Kita cakap pasal stress awk ckp pasal header pulak.hehe.anyway thankx. Hehe.

    ReplyDelete