Pages

Sunday, 29 July 2012

Hikmah disebalik kesakitan.


Salam uolls.

Tuhan tak kan uji kita dengan ujian yang tak termampu untuk kita tempuhi. Kan. Sebenarnya makin sakit ujian yang Tuhan turunkan makin kuat untuk kita tempuh dari aspek fizikal dan mental. Secara psikologi kalau kita diserang deman dan sering bersungut sakitnya, panasnya badan saya, sakitnya kepala saya dan seumpamanya, rasa sakit itu makin menyucuk-nyucuk diri kita. Kesakitan yang kita sebut-sebut itulah menjadi makin sakit buat kita.

Cuba kalau apabila demam kita berdiam diri dan bersyukur Tuhan uji kita dengan sakit yang sedikit berbanding orang lain yang terlantar di hospital berhari-hari, berbulan-bulan. Tentunya kesakitan kecil yang kita alami tidak akan berkesan pada diri. Sedar-sedar dah sembuh dari demam.

Seseorang yang miskin harta sebenarnya adalah seorang yang paling kuat jiwanya. Seseorang yang miskin sentiasa menerima ujian kemiskinan. Tidak ada beras untuk masak nasi, tidak cukup duit untuk beli keperluan dapur inikan pula untuk baiki atap rumah yang bocor. Tidak ada baju yang baru untuk bertukar ganti setiap kali tiba Aidilfitri. Semuanya ditempuh sabar. Andai suatu hari Tuhan uji dengan rumah terbakar sekalipun, semestinya seseorang yang miskin masih mampu membiasakan diri membina kembali rumah sementara walaupun cuma sebesar reban ayam.

Sedangkan seseorang yang kaya raya yang hanya makan nasi bersumberkan beras yang mahal-mahal, yang keperluan dapur memenuhi tiga peti ais, yang rumahnya tersergam dipenuhi 10 buah bilik tidur. Yang setiap kali ke majlis jemputan bajunya ditempah pereka fesyen artis. Mereka tak pernah rasa susah. Dan andai satu hari Tuhan uji dengan kemiskinan tentulah mereka akan rasa sangat SAKIT oleh ujian tersebut.

 Itulah hikmahnya Tuhan memberikan ujian kemiskinan buat seseorang. Supaya mereka sukar merasa SAKIT dengan ujian kesusahan yang Tuhan turunkan.

Bagi pasangan berkasih, tentunya merasa amat sakit apabila pertama kali hati disakiti, ditinggalkan atau dikecewakan. Tentunya kekecewaan kali pertama itu mengundang air mata berhari-hari malah berminggu-minggu untuk kering. Namun, kesakitan itu sebenarnya kekuatan untuk kita menempuh kekecewaan akan datang. Dan seandainya Tuhan uji lagi dengan kekecewaan tentunya rasa sakit itu akan berkurangan dan akhirnya langsung tidak meninggalkan kesan. Jadi seandainya Tuhan uji kita kehilangan seseorang yang kita sayang, sebenarnya Tuhan menguatkan diri kita supaya hati semakin tabah untuk kehilangan yang lebih besar.

Semasa kecil saya akui saya sangat benci ke sekolah. Masa tahun satu hampir setiap hari saya menangis sebelum ke sekolah. Kadangkala sebab tak jumpa sikat pun saya menangis. Saya benci ke sekolah berjalan kaki. Masa tu saya pernah terfikir kan bagus kalau ayah ada kereta supaya saya boleh ke sekolah naik kereta. Sampai sekolah menengah pun saya masih terfikir perkara yang sama. Saya ke sekolah naik basikal. Malah pergi mengaji yang jauhnya 1 km pun naik basikal. Tak pernah dihantar ayah. Bila dah besar mengalah barulah saya faham erti hikmat yang Tuhan berikan. Syukur. Selepas SPM saya sempat bekerja sementara menunggu keputusan SPM. Saya puas dapat bekerja walaupun dengan gaji yang tak seberapa. Berulang-alik menaiki bas. Saya seronok dapat berdikari sebegitu. Kalaulah saya dilahirkan dalam suasana senang dan kemana pergi dihantar ayah tentunya ayah tak kan lepaskan saya berulang-alik menaiki bas sendirian. Sehingga belajar di matrikulasi dan USM pun hanya dua kali keluarga datang iaitu masa pendaftaran dan semasa konvo. Saya rasa lagi bagus saya boleh berdikari supaya tak menyusahkan sesiapa. Saya tabik lah kepada ibu bapa yang mampu melepaskan anak mereka sendirian pergi kemana-mana kerana kepayahan yang berterusan itu akhirnya akan menyenangkan anak mereka pada masa akan datang. Siapa tahu??

4 comments:

  1. anda ditaggg.. maseh....

    http://hafizhafizol.blogspot.com/2012/07/segmen-nt-kenangan-ramadhan-saya.html

    ReplyDelete
  2. HH : kenangan ramadhan saya?ok.nanti sy fikir...

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:52 pm

    hehe..sy masih teringat kenangan pergi sekolah dgn awk yg suke mengamuk..pernah sekali, dh smpai sekolah awk masih meraung2..n jumpe pakcik (ayah kwn awk)sy suh dia hntr awk lik umah..bile akak farhana ngamuk sy teringat awk yg suke ngamuk ms kecik..hehe..lucu plk..tak sangka adik sy yg suke ngamuk dulu akhirnya jd cikgu..

    ReplyDelete
  4. sis : haha..tau xpe..sy xkan lupe kes sy nangis sebab tak dang nk sikat rambut.smpai sikat rmbut umah che ngah.kuangkuang..

    ReplyDelete