Pages

Thursday, 26 July 2012

Menang explorace!!

Salam uolls.

Muahaha. Kemain tajuk kan. Macam menang peraduan Akar Kayu Berkuasa (Power Root) je lagaknya. Ok. Sebenarnya hari Rabu lepas saya mengiringi anak-anak main explorace. (Cerita dah basi. Asyik tertangguh dalam draft). Mula-mula memang ingatkan iring je. Tup-tup dah kena join skali dah. Best jugak. Lama dah rasa tak berexplorace berkereta. Dah la dengan anak-anak. Suka lah dapat tengok diorang eksaited nak selesaikan task. (Macam tak jer. Rasanya macam saya jer yang terlebih eksaited. Muahaha)

*********

Ok. Mari saya perkenalkan ahli kumpulan RIMA BEKENG (HARIMAU GARANG). Lima orang termasuk saya (Saya dibelakang camera. Bye)


Jadi explorace berkereta haruslah ada kereta kan. Nak bawak lori susah pulak nak menyelit-nyelit. Theheehe. Then sebab saya kan pemandu berhemah bawak kereta kalah mak-mak yang tampal stiker ‘baby on board’ so saya paksa Nurul bawak kereta dia dan pandu sendiri. Kejam tak. Haha. Tapi serius tak sia-sia sebab Nurul bawak kereta macam bawak motor. Fine Nurul. Nasib baik saya tak pengsan ketakutan. Dasyatnya metafora. Haha.


Acara menampal sticker pun bermula. Owner kereta ragu-ragu nak tampal kat mana sticker tu takut melekat tak leh nak cabut. Muahaha.

Peewittt.

Task pertama adalah di A&W. Ceh. Mati-mati ingatkan kena breakfast kat A&W hingga licin. Haruslah tak sampai 1 minit dah settle task sebab perut lapar sangat. Rupanya penjaga checkpoint duk belakang bangunan A&W dekat dengan pantai. Dan rupa-rupanya lagi kami kena bikin wau dan terbangkan wau. Wah. Jam 9.30 pagi nak terbangkan wau. Ada angin ke tak ahkak oiiii.


Peeewitt. Teknik buat wau adalah ekor harus panjang. Siap jer wau Intan si kecik molek berlari naikkan wau. Ewah-ewah, elok-elok je angin sepoi-sepoi datang. Wau terbang dengan bergaya (sori tiada gambar sebagai bukti. Heeee). Alhamdulillah. Lega.

Kemudian task kedua kena menuju ke Kay Tee Craft. Owhh. Bayangkan explorace seluruh Bandar Kuala Terengganu berapa kedai craft yang ada ha? Lepas call gps bergerak dapatla agak kat area Pasar Payang. Jadi kami pun menerjah. Nurul bawak slow jer coz nak toleh kiri kanan. Rupanya Kay Tee Craft tu sebelah Bazaar Warisan. Dekat Bukit Puteri tu ha. Dah acap kali lalu jalan batu bata tu tapi tak perasan la pulak nama kedai tu. Task kat sini kami perlu create nama program explorace ni pada kraftangan yang diberi. Ni serah pada anak-anak la buat. Cik jadi pemerhati ok. Ewah-ewah. CIK hokeh. Ulangi CIK.




Task ketiga paling menarik. Naik bot nambang menuju Seberang Takir untuk ke kedai kerepok Hajah Kamariah. Masa kecil-kecil dulu selalu jugak naik bot penambang. Lama dah tak naik. Masa tu bayar 50sen aje. Sekarang murah jugak.

Jeti bot penambang bersebelahan Pasar Payang.

Dalam sampul checkpoint terdapat RM10. Tambang bot RM1 seorang untuk satu hala. Ngam-ngam la duit poket yang diberi. Nak beli gula-gula tak dapat larh. =p

Peeewit. Yang baju oren dan tudung oren tu ahli kumpulan jugak. Tapi sesat pakai baju tak ikut tema.
Jangan merokok. Pakai life jacket.

Anak panah menunjukkan jeti tempat kami nak tuju. Jeti Seberang Takir.

Finally dah sampai. Baik naik bot la dari naik kereta. Sekejap yang amat.

Hye Mak Cik Kamariah. Yer yer je Mak Cik ni nama Kamariah.

Pengalaman pertama buat kopok. Ceh. Bukan buat sangat kot. Sebenarnya just 'gentel' kepok.


Lama jugak tunggu kopok siap direbus. Sebab kena bawak kopok sebagai bukti kami berjaya settle kan task ni. Dah tentulah tak boleh makan lagi kopok tu.

Bawah : Yang berasap-asap tu tempat rebus kopok.


Kedai keropok Hajah Kamariah. Best keropok ni. Korang try la. Pegi ke alamat yang tertera. Kalau melalui jalan darat konpem saya sesat sebab tak kenal jalan. Kalau melalui bot penambang senang saja. Dari jeti pun dah nampak kedai mak cik Kamariah ni. 




Ahli-ahli kumpulan Rima Bekeng. Tapi sorang sesat pakai baju tema kelaut.

Kopok-kopok. Sape nak beli!!


Cari benda tersembunyi : Seorang mak cik

Kombang idung bila abg yang keje situ cakap kopok group kami comel-comel. Thehehe.
Ada jugak kopok comel kan. 

Kopok Rima Bekeng. Muahaha.

Dah masak kopok bergegas la kami kembali ke jeti. Tapi hampa tengok takde pun bot menanti. Terpaksa la tunggu bot yang sampai ke seberang tu patah balik. Sambil-sambil tu sempat lagi kami makan nugget goreng yang saya bawak. Tunggu bot penambang sambil makan nugget. Kherlas gitu.

Tengok. Seluar kat bahagian lutut tu dah comot sangat duk mengetel kopok punya pasal.

Next checkpoint adalah di Kompleks Nor Arfa Batik. Dah tentulah kena mengecat batik kan. Nasib baik kecik je yang nak dicat tu. Nasib la diorang tak suruh cat kain sepanjang 4 meter.

Peralatan-peralatan untuk mengecat.


Dengar dulu penerangan dari abang Apis yang jaga situ.


Theee. Suka sangat. Berebut masing-masing nak mengecat.


Dan hasilnya...





Taraaaaaa...






*





*




*








Kemudian kena lap-lap pulak biar kering sikit.


Kemudian kena keringkan guna hair dryer pulak.


Seterusnya kena carik tempat bedil diletupkan untuk menandakan waktu berbuka. Kalau korang pernah datang Terengganu time Ramadhan mesti biasa dengar bunyi bedil kan. Tambah-tambah kalau berada area bandar Kuala Terengganu. Lokasinya adalah Bukit Puteri. Semput hokeh naik tangga. Task atas ni mudah je. Just kena jawab beberapa soalan yang jawapannya kena cari di sekitar Bukit Puteri.


Ok. Cuba teka mana next check point?


Masjid Kristal

Ni pintu masuk ke Taman Tamadun Islam.


Parking betul-betul depan Masjid Kristal cari orang pakai baju biru.


Checkpoint ni pun mudah je. Kena cantumkan puzzle kemudian kena tahu masjid yg dicantumkan tu apa nama dan berada di negara mana.




Finally!!!!!


Bawak puzzle yang dh siap carik sesiapa yang confirm tahu nama masjid tu. ok.

" Ini Masjid Muhammad Ali terletak di Mesir"

Dapat next checkpoint. Badan dah penat sangat dah nie. Berlari-lari anak sambil baca checkpoint.


YEAYYYYY!!


Rupa-rupanya ni adalah last checkpoint. Bergegas-gegas balik untuk serahkan semua task yang dibuat tadik. Dada dah berdebar-debar takut kami kumpulan last sampai. Tapi berserah je la. Walaupun kalau kami kalah kami syukur banyak sangat pengalaman kami tempuhi. Ewah-ewahhhhh.


Dah sampai serahkan semua task tadi dan tunggu majlis penyampaian hadiah..


Dan...




Wahh.. Sungguh tak sangka..







Kami dapat jugak nombor!!!!








Saja nak kasi suspens kan.





Mula-mula emcee dah announce semua saguhati. Wah!Wah kembang semangkuk kejap takde lagi group kami neh.







Kemudian tinggal hadiah Johan dan Naib Johan.






Dan emcee announce kumpulan Johan dulu iaitu kumpulan...








RIMA BEKENG!!!aummmmmm..



Eksaited sangat. Walaupun semua peserta bidan terjun. Last minute join. Tak sangka jadik JOHAN.

Tahniah semua peserta Rima Bekeng. Tahniah diri sendiri. Ehemmm.

Alhamdulillah =)


3 comments:

  1. seronaknye....
    cantik la batik tu!
    tahniah akak..

    ReplyDelete
  2. bestnyer explorace...hehe...dulu penah join tressure hunt je pu

    ReplyDelete
  3. asma : heee..maceh sayam =)


    oneyy : heee.. tu la yang.kita suka gak =)

    ReplyDelete