Pages

Friday, 21 September 2012

Tour to Vietnam - Part 5 (Belum Finale lagi hokeh)

Salam uollss..

Mak oiii. Lamanya entri ini terperam dalam draf. Haha. Maafkan saya mengabaikan kamu. Tapi maklumlah sebagai seorang penulis belog yang agak rajin sangat untuk menulis jadi mungkin 2-3 bulan lagi baru saya akan update next entri pasal trip ke Vietnam neh. Auwww. Sangat terserlah kerajinan i kannn.


*ENTRI PENUH DENGAN GAMBAR*


31 May 2012

Ok. Aktiviti pertama untuk hari ni adalah seperti biasa gambo enterprem. Huahaha.


Abaikan sepah-sepah atas katil tuh. Al-maklumlah rushing nak bersiap bersepah-sepah la.
*Tapi sempat lagi posing. Haha.
Mood nak pergi berjalan-jalan kan. Haruslah muka i ceria memanjang. =)

Aktiviti hari ni ialah menerjah Sungai Mekong. Mesti korang pernah dengan nama Sungai Mekong kan. Kalo tak pernah dengar sure asyik tidur masa kelas geografi. Hiks.
Ok. Sebelum tu kami singgah di tempat pemprosesan kraf menggunakan kulit itik.


Sangat teruja tengok diorang khusyuk duk tempek kulit itik tu. Teliti dan kreatif. Ni memerlukan tahap kesabaran setinggi langit neh.


******
Sungai Mekong!!

Sampai kat pengkalan ada sorang amoi yang guide kitorang sepanjang perjalanan ke sana. Kat pengkalan tu pun banyak kedai kiri-kanan jual sourvenir. Masing-masing duk panggil kitorang yang lalu lalang neh. Tapi sebab nak beli masa balik nanti so kitorang hold dulu. Sabor yer incik wallet *yang semakin menipis*


Dalam bot macam-macam yang amoi tu citer. Tapi sebab duk leka tengok kiambang hanyut satu cerita pun tak masuk dalam kepala. Cuma saya ingat dia cakap sungai Mekong ni luas dan dalam sampaikan kapal-kapal besar ilek jer boleh berlabuh dengan mudah dek kerana kedalaman sungai tersebut. Tapi tak pasti la pulak berapa kaki dalamnya.

Bot penambang. Besar sikit dari bot penambang kat Kuala Terengganu tu.

Kiambang bertaut.
Jambatan yang menghubungkan bandar. Tapi kami tak lalu jambatan tu tadi.


Dah sampai ke perkampungan tu takde la menarik sangat pun. Macam kat kampung kita jugak. Tapi sini betul-betul kampung style lah. Macam-macam buah-buahan dan tanaman dan ternakan ada. Lebah pun ada uolls.

Mencari queen bee =)


Singgah minum madu +asam limau. Sedap. Rasa segar je.
 Badan yang penat dan letih terus segar bugar.


Amoi sini ada yang cantik tu comel sangat. Mengalahkan patung.






Kemudian ada sorang pak cik datang bawak sang menjalar.
Hokeh. Ini muka 1st time pegang sang menjalar. Kental hokeh even dalam hati berdegup kencang lepas 30 minit baru hilang debaran. Hover kau.
 *Errrr.konpius kejap. Apesal muka nampak sangat eksaited dan teruja??



Haha. Ok. Dah2. Simpan balik. Simpan balik. Geliiii eeeeuuuu..

Kemudian jalan-jalan dalam kawasan yang tenang sebab kiri kanan ada pokok then kejap bau cempedak datang, kemudia bau manis rambutan, kemudian bau air sungai silih berganti.

Sampai satu kedai kecik jual menda alah comel-comel tau.
Kretip!!!

Kretip!!
Puji lagi. Nak buat macam mana walaupun saya suka menda alah kretip-kretip macam neh tapi kewangan sangat tak mengizinkan. Jadi snap gambo sebagai kenangan. Bye pok cik!

Bergambar dengan pok cik dulu.

Ini pun sama. Hati merayu-rayu berkata 'Owh cantiknya. Lagi cantik kalau saya membawanya' beg pink tu pulak merayu-rayu 'belilah saya,saya mau ke malaysia' Hampeh punya dialog. Sejukkan hati. Sabar. Sabar. Akhirnya tak beli dan handbeg berhantu tu mengekori sampai ke dalam mimpi. Danggg!!


Tapi beli jugak sebenarnya. Cuma color dia dark pink. Thehee. Tapi tetap rasa nyesal tak beli handbag atas tuh. Sob.sob.

Berenti makan bekalan yang ditapau - nasi ayam Halal Saigon


Diorang hidangkan buah fresh from the oven lagik. Semuanya sedap-sedap. Rambutan yang super manis. Nanas yang rasa sweet sour gitu. Tembikai pun manis. Pendek kata semua buah-buahan diorang menjadi. Pakai baja apa agaknya. 

Kemudian sampai la kat jeti kecik. Naik perahu kecik. Menyusuri alur kecik. Adoi. Macam-macam mainan emosi berlegar-legar dalam kepala. Dah la air tu keruh semacam kan. Ntah apa la ada dalam tu. Doa banyak-banyak semoga semua selamat. Amin.


Phewwww. Akhirnya sampai jugak ke jeti. Lega hokeh.

Kemudian balik seberang Sungai Mekong semula. Bukan dengan perahu atas tu hoi. Agak-agak la nak seberang sungai mekong yang dalam dan luas tu dengan perahu kecik cinonet tuh. Muahaha.


*******

Sebelum balik hotel kami singgah ke War Museum. Takdelah menarik sangat pun. Cuma teruja la jugak tengok kapal perang mereka zaman dulu-dulu.





86???Pewwiittttt.



Ok. Tutup cerita 31 haribulan. Malam pun ada cerita di sebaliknya. Tapi den malas dah naik taip panjang-panjang. Penat weiii.

Next time saya cerita entri hari terakhir pulak.
**Next time tu tak semestinya seminggu-dua akan datang hokeh. Mungkin sebulan-dua akan datang. Muahaha.

Bye korang!!








No comments:

Post a Comment