Pages

Sunday, 7 October 2012

Petang-petang hari.

Salam uolls.

Dah takdak idea hebak nak bagi tajuk biar gempaQ skit kan.

Weekend kelmarin balik rumah mertua lagi. Tapi sebab mertua pulak balik kampung kat Kelate so tido rumah tok en.beliau. Kesian jugak tok sorang-sorang kat rumah. Best sebab boleh masak macam rumah sendiri. Lalalala. En.beliau request nak makan mee kari. So dah terbayang-bayang kerang dan udang tergolek-golek dalam periuk kari. Jadi gigih suami isteri terjah Pasaraya Nirvana. (dasyat tol nama pasaraya) untuk cari bahan-bahan buat mee. =)

Sempat lagi pusing-pusing ambik angin kat pantai. Aktiviti kecintaan. Lalu sepanjang pantai-tengok ombak-tengok pokok nyior-tengok orang datim-Ehemehemehem.

Sebab minggu lepas makan ABC ditepi pantai sambil hirup udara angin petang sangatlah super sedap. Jadi terjah lagi gerai minum ABC. En.beliau seperti biasalah minuman kecintaan dia nescafe o suam.

Errr kejapp..makan ABC or minum ABC???

Kecintaan saya.

ABC + aiskrem + jagung

Kemudian intai-intai makanan bergoreng bosan asyik makan kopok-goreng pisang-kopok-goreng pisang jadi terus order sotong celup tepung. Besar jugak la. Kenyang kami makan dua orang.
Sangat menikmati.
^_____________^

ABC = RM2.50
Nescafe o suam = RM1.30
Sotong celup tepung = RM8.00
Total minum petang = RM11.80


Ok. Dah kenyang semua baru pergi Pasaraya Nirvana. Lama jugak pilih itu, pilih ini, touch n go situ, touch n go sini. En.beliau sampai duk mengantuk tengok saya duk pilih bawang merah. Haha. Siap tersandar kat rak mihun lagi. Nak buat macam mana dah bawang situ tak berapa nak cantek sangat kan.
 Haruslah pilih hati-hati.

Alhamdulillah dapat laksanakan hajat en.beliau nak makan mee kari =)






*******






Kalau fikiran sedang kusut..
Kalau masalah sedang menimpa-nimpa..
Kalau serabut sangat dengan keja menimbun-nimbun..
Kalau  rimas dengan sesiapa yang kita tak suka..
Apa kata pergi ke tempat yang penuh dengan kehijauan
dan renung warna-warna alam ciptaan Tuhan.
InsyaAllah kita pasti akan tenang


=)







En.beliau dah malas layan jadi ambik gambo sendirik la. Wuuuu..


TESTIMONI :
Dulu berat saya 90kg.
Sekarang dengan mengamalkan makan tidak henti-henti
berat saya turun mendadak menjadi 49kg. =)
*Sila percaya bulat-bulat.

4 comments:

  1. peh, slim melim.! i jeles...

    ReplyDelete
  2. slim river.hukhuk..

    ReplyDelete
  3. wahh..bestnyerr makann...abc air jagung!! awalalaalalaaaa

    ReplyDelete
  4. best2..mkn semangkuk pon xcukup..over tau.hehe..

    ReplyDelete