Pages

Wednesday, 12 December 2012

Pertama kali.

Salam uolss..


Wah. Wah. Lama tak update entri kan. Tup tup terus keluar tajuk yang menjadi tanda tanya. Pertama kali apa wei? Hiks. Ok. Kesian korang kan sebab lama tak membaca coretan saya. Ewah. Bajet ramai kan orang nak baca coretan saya. Eh. Eh. Peminat setia saya Hafiz Hafizol siap tanya okeh bila nak up entri baru. Sori peminat setia. I bizi lately okeh.

Haha. Berbalik pasal tajuk entri. Sebenarnya minggu lepas saya dan kawan-kawan opismate seramai 4 orang termasuk saya gamble ke KL. Pertama kali drive sendiri tanpa en.beliau. Dan itu kali ke-3 TAY ke KL. Gud job sayang. Awal-awal lagi kitorang plan dah nak gamble ngan kereta sebab senang nak kesana kemari. Dan boleh spent time banyak masa sikit untuk jalan-jalan cuci mata.

Mula-mula en.beliau macam berat hati jugak nak lepaskan TAY dan tuan TAY ke KL. Dahlah semua perempuan. Tapi lepas pujuk-pujuk sikit. Dia rela lepaskan kami pergi berempat. Hiks. Saya sentiasa percaya pada hati saya. Kalau saya rasa berdebar-debar mesti ada yang tak kena dan akan membuatkan saya berfikir beberapa kali untuk buat sesuatu perkara. Tapi untuk perkara ini hati langsung tidak berdebar. Terima kasih hati.

Kami bertolak lepas Subuh hari Selasa.

Berenti Masjid Geliga kat Kemaman untuk breakfast. Dila dah beli roti canai, Yani goreng nugget dan saya goreng keropok.

Sesiapa yang membuat kebajikan sekalipun sebesar zarah akan diperlihatkan.

Nuget paling laris. Lepas ni kalo nak travel bolehlah bawak nuget.

Mekasih Dila belikan roti canai. Kenyang sampai Shah Alam tau.



Peewit. Makan kenyang-kenyang. Lepas ni tak payah berenti RnR dah. Jimat masa. Konon la kan.


Hujan lebat. Langit gelap.


Yeay. Dah sampai hotel walaupun sesat jugak. Hee. Biasalah kan. Dah namapun gamble. Sesat tu perkara biasa la (sedapkan hati)

Hotel tempat kami menginap. Good Hope. Kami sewa satu bilik je. Muat la kami yang kecik-kecik ni tido untuk satu katil tu.




Kami tido Good Hope untuk dua malam jer. Sebab time training opis book Hotel Laman Seri. Hotel ni luas gilew. Ada dua katil besar gabak.


Selesa sangat tido sini. Sebab tido lewat dan bangun awal jadi rasa tiada utiliti tido yang sebenarnya. Nak beli comforter yang lembut macam tu jugakkkkk.

Luas..Nak bawak famili tido memang sesuai.

Kami training sampai hari Jumaat. Malam Jumaat saya follow abang pegi umah akak di Putrajaya. Tido di Putrajaya satu malam. Hari Sabtu tolak balik Terengganu.



Alhamdulillah. Sampai Terengganu jam 5.00 petang. Terima kasih Tuhan selamatkan perjalanan kami.

^____________^



No comments:

Post a Comment