Pages

Wednesday, 30 January 2013

P/S : Random..

Salam uolsss..

SIBUK

Selamat hari sibuk buat tuan punya blog.

Pasni saya akan tak update kamu untuk beberapa hari atau beberapa minggu hokeh. Sila jaga diri baik-baik dan pastikan ramai orang view kamu. Hikss. Saya sangat membizikan diri dan menyibukkan diri dengan bermacam perkara disekeliling pinggang.

P/S : Sebab sibuk dan stress makan pun dah tak selera sangat. Uwaaa..

TUNANG

Ma mertua tersayang call bagitau adik ipar akan dirisik dan bertunang dalam masa terdekat. Dan ma mintak saya jadi tukang gubah watsoever. Sangat hepi dapat mengimbau kenangan gubah-gubah hantaran dulu.

Ermmm..tapi bila tengok balik kalendar alangkah sadisnya ianya terjadi pada tarikh-tarikh kesibukan ini. Waaaaa....Macam mana menantu ma nak balik ni ma. Masa dan keadaan sila berbaik-baik dengan saya tau. Nasib baik la Dungun tu satu jam jer.

P/S: Ma, syg akan usaha untuk balik tau, walaupun untuk malam sahaja. Sob. Sob.

KAWIN

Cuti raya cina dan cuti sekolah bulan tiga dah ada jemputan tak rasmi dari kawan-kawan. Owhhh. Sangat hepi bila kawan-kawan satu unibersiti sama-sama makan megi time duit ptptn tak masuk, sama-sama hangout pegi shooting kat kedai mamak, kat lorong gelap, kat kedah, atas feri dan kat mana-mana tempat shooting yang memberikan pelbagai kenangan pahit manis. Rindu semua. Harap rancangan untuk datang Terengganu berjalan dengan lancar. Amin.
Rindu. Rindu. Rindu.
 Maaf. Tak cukup kot untuk terjemahkan ke dalam perkataan kan.

P/S: Dalam kepala tengah merancang nak bawak kekawan pegi jalan mana ntah??

INTERNET

Eh..tiga minggu duk rumah sewa tak tahu pun ada satu wifi tu kita dapat access secara free. Owhh. Alangkah baiknya JKKK kampung saya kan. Ehem. Kalau JKKK la yang empunya wifi free tu. Dah tiga minggu duk umah sewa tu baru dapat tau boleh online. Satu malam tu secara tak puas hati kami berdua suami isteri godek-godek wifi yang ada. Kena register dulu. Ehem. Tup-tup dapat on9. Excellent pulak tuhhhh..Tapi yelah. Balik keje terus on-kitchen kan. So, masa manalah nak online kan. Takpelah. Sekurang-kurangnya kalau masa internet diperlukan ianya ada dihujung jari. Ewaaahhh. 

P/S: Kena bersedia kalo tetiba suami sendiri add untuk jadi kawan kat FB. Muahahaha.


Ok. Bye blog. Nak start menyibukkan diri dah. Daaaaa...


Monday, 28 January 2013

Teringin sangat..

Salam uollss..

Maaplah. Akhir-akhir ni uollss akan sidikit meluat dengan entri saya. Sebab penuh dengan aktiviti makan. Apekah??

Semalam balik keje agak lewat. Sampai rumah dekat nak maghrib dah. Pastu perut dah berkreuk-kreuk tanda perlu topup makanan. Paham-pahamlah akhir bulan dalam peti ais takde pun stok-stok makanan yang boleh digoreng dengan kadar segera atau secepatnya. En.beliau pulak keluar ke rumah kawan dia. So, dia call suh saya jugak pegi ke rumah kawan dia makan malam kat sana.
Tapi saya penat sangat. Walhal rumah beliau dekat je. Tak sampai pun 1km. Sebenarnya saya malas nak bersiap-siap keluar. Dan sebenarnya yang paling utama saya TERINGIN  SANGAT nak makan nasi berlauk masak lemak pucuk paku. Teringin yang membuak-buak. Eh, overnya..

Setiap kali balik rumah mak saya akan kidnap apa-apa tanaman yang ada di sekeliling rumah. Lengkuas, daun pandan, daun kari, daun limau purut, limau nipis dan apa-apa je la yang ada. Senang in case nak masak kari tak perlu terhegeh-hegeh start enjin balik rumah mak semata-mata nak amik daun kari. or macam tak berbaloi nak beli daun kari padahal kat rumah mak berlambak.
Eh, apesal bagi contoh daun kari pulek??

Jadi hujung minggu lepas saya kidnap pucuk ubi, daun kesom jugak ada satu pucuk tu tak tahu apa nama saintifik dia. Kami panggil daun 'kadok'. Serius. Sebab plan nak masak lemak pucuk paku la. En.beliau pulak nak cari pucuk paku di sepanjang perjalanan ke rumah kawan dia. Alih-alih sebab balik malam dia tak berani la berenti sorang-sorang tepi semak samun nak kutip pucuk paku. Sob. Sob. Keciwa. Jadi pucuk ubi tersadai je dalam peti ais sehinggalah malam tadikkk...


Jadi sebab teringin sangat kan tetap gigih masak lemak pucuk ubi. Makan dengan ikan kukus goreng garing cicah budu. Sangat terasa diri ini kampung style kan.

^________^



Sunday, 27 January 2013

Hujung Minggu ke-3

Salam uollss..

Maapkan empunya blog yer. Asal hujung minggu jer nak up entri kan. Maklumlah hari-hari yang saya lalui sama je takde perkara yang menarik sangat pun. Just hujung minggu je la kalau ada aktiviti yang len sikit dari kebiasaan kan. Ofkos la aktiviti yang kelainan tu adalah masak dan makan kan. Selamat menggemuk dengan jayanya larh.



Sape tak kenal tu daun apa? Ko tak kenal baik pegi jauh-jauh duk Uganda sana. Daun pandan ambik kat rumah mak. Dah tahu rumah takde laman gedik nak jugak tanam pokok pandan. Sudahnya kita taruk dalam bekas berair yer. Dah seminggu dah masih subur lagi. So, mari kita buat eksperimen sampai berapa hari pokok pandan tu mampu bertahan hanya dengan air dan matahari.

Kemudian en.beliau rekues nak makan pudding gula hangus. Lama dah dia duk sebut-sebut. Tapi sebab saya asyik lupa beli esen vanilla, so hari Khamis turun beli esen vanilla kat kedai runcit bawah. Owhh. Seyes semua barang kedai mak cik mahal la mak cik. Mee kuning kat Pasaraya Sabasun cuma harga RM0.99. Kedai mak cik RM1.50. Brand sama pulek tuh. Tapi nak buat macam mana. Tak kan nak beli sebungkus mee kuning sampai perlu hidupkan enjin pegi Pasaraya Sabasun. Saya dah bajet nak beli 4-5 jenis barang dalam RM7 je saya kira. Tup-tup dekat RM9. Takpelah mak cik. Rezeki mak cik la tuh.

Ok. Saya takde steamer pun. Tapi masa kawin dapat periuk letrik yang dapat sekali alat steamer. Sebenarnya masa baru-baru pindah saya bawak periuk letrik besar tuh. Plan boleh masak nasi plus kukus apa-apa. Kemudian rasa macam ‘eh, nak masak nasi 2 pot pun pakai periuk besau tu. Buat penat cuci periuk je’. Kemudian balik rumah mak ambik periuk yang junior sikit. Alhamdulillah masa kawin dapat banyak periuk nasi. Kawan-kawan opismate yang bagi kot. Kan. Kan. Kan. Mekasih korang.


Itulah. Atas tu adalah steamer. Yes. Material plastik. Tak reti sangat pun nak kukus pakai periuk letrik neh kan. Tapi hentam jela. Asalkan masak dan sedap. Ngehngeh.

Saya try guna 3 biji telur jer. Takut melimpah pulak loyang tuh. Ehem. Loyang RM2 beli kedai Dua Ringgit. Tupun nak bagitahu eh. Yelah. Dengan loyang harga RM2 pun mampu membikin pudding gula hangus taw. Tak perlu beli yang mahal-mahal. Eh. Gambar Loyang takdelah.

Ingatkan penuhlah loyang rupanya tak penuh pun, separuh loyang je. So, paham-paham je la bila tengok pudding saya nipis jer. Ingatkan tak nak buat banyak-banyak takut tak habis. Rupanya tak cukup. En.beliau tak makan nasi waktu malam sekarang. So makan pudding banyaklah sebab lapar. Fine. Lepas tu sebelum tido kukus sekali lagi. Kalah orang buat bisnes pudding. Fuhh!!kibas-kibas rambut.

Comot gilew kan. Haha. Lantaklah. Walaupun rupamu sangat comot dan tak kemas langsung kamu tetap direbut sampai licin. Hehe..



Dua kali buat pudding neh so dah tau sukatan yang betul untuk saiz loyang. Next time saya akan buat tebal sikit. Entah bila next time tu kan.



*********


Hari Khamis Maulidur Rasul pergi habiskan masa di rumah mak. So hari Jumaat masa untuk habiskan masa di dapur sendiri. En.beliau dah mula jeles dengan dapur umah. Hehe. Trademark ‘dapur adalah segala-galanya bagi saya’. Ecehh. Macam la dapur kau serba-serbi ada kan. Padahal serba-serbi tak cukup. Nak buat kuah kari pun turun beli rempah ratus kat bawah. Fine. ^____^

Petang Jumaat itu..

Adik pulak call bagitau bubur lambuk dah masak. Tapi saya rasa macam tak larat nak drive. En.beliau pulak keluar. Takde driver la jawabnya kan. Sebab batuk tak henti-henti sampai lenguh satu badan. Over betul batuk neh. Jadi saya cakap makan la habis pun bubur lambuk tu coz tak larat nak balik. Ehem..Tapi masih larat menari-nari di dapur. Sebenarnya dalam kepala menerawang bubur lambuk enak masakan mak, letak cili yang ditumbuk hancur. Bagi pedas sikit kan. Nyumnyum..
Kemudian msj en.beliau tanya dia kat mana. Dia cakap ada kat bengkel. So, msj dia suh carikan saya limau nipis. Sebab ubat batuk saya adalah perahan limau nipis + garam. Korang try la. Berhasil tau.
‘Ok. Nanti singgah ambik limau umah mak la eh’(msj diubahsuai sikit)
Yeay. Senyum pada msj yang dibalas. Dengan harapan dapat rasa bubur lambuk mak. Harap mak bekalkan bubur lambuk bagi menantu dia untuk anak dia yang mengidam. Ehem. Mengidam nak gemuk la kan.
Dengar en.beliau bagi salam. Terus terkam pintu dan tangan dihulur plastik berisi tupperware berisi bubur lambuk. Yeayyy.. Heaven betul...
Mekasih mak. Siap add on cili sekali. Sebab tahu saya suka makan taruk cili bagi pedas sikit. En.beliau dah makan kat rumah mak. So, saya makan sorang-sorang.

Bubur lambuk + Cili ditumbuk + Tea o panas = Nyummnyummy..



Monday, 21 January 2013

Cake yang mengujakan.

Salam uolsss..

Nila femili kecik kami.
^__-__^

Mekasih kawan-kawan opismate. Bagi kejutan sempena bufday saya. Kek yang sangat mengiurkan. Eh. Seyes cinta sangat pada kek tau. Tambah-tambah kalau kek chocolate. Nyumnyum.
Lambat en.beliau belikan oven. Nak belajo buat kek pulak. Bolehlah mengepam lemak hari-hari dengan bantuan kek. Nyummmmyy..



Ada buah-buahan atas kek. Sedap sangat. Yang sedapnya pada krim tuh. Sweet-sweet gitu rasanya.

Bufday gurl. Ehceh. Tiba-tiba jer jadil gurl. Gurl tu macam khusus untuk remaja-remaja je kan. Owhhh lupa. I kan sweet 17. Auwww.

Sedap sangat. Ada kek lebih bawak balik rumah pulak. Apakan daya en.beliau tak suka makan kek. So i mengemuk sorang-sorang la jawabnya.

Daaaaaaa...



Hujung minggu dan mihun goreng.

Salam uolls.

Weekend yang lalu. Biasalah. Weekend adalah masa untuk berehat sepuas hati setelah seminggu bekerja. Tapi bagi kaum isteri weekend adalah keje untuk part time pulak kan. Maksudnya tak sah kalau weekend tu adalah masa untuk menjadi buaya berjemur jer tanpa buat apa-apa. Tapi weekend la hari maha sibuk. Ehceh. Sibuk la sangat kan.

Ofcos la breakfast akan jadik brunch. Sebab en.beliau tak breakfast. So, saya pun malas la nak makan sorang-sorang macam bujang la pulak kalau makan sorang-sorang kan. Takde feel. Sementara tunggu tengahhari mari kita mengerjakan rumah.

Mak dah call siap-siap suh g masak kat rumah dia. Sebab mak ngan ayah pegi Kelantan. Jadik saya pakat dengan akak untuk masak n makan tengahhari rumah mak ramai-ramai. Sebelum ke rumah mak mari kita brunch dulu.

Eh. Eh. Bukan ke tadi nak sembang pasal mihun goreng kan? Ada orang panggil bihun goreng kan. Saya kureng sikit makan mihun goreng. Seyes kurang menggemari. Maksudnya kalau ada beberapa menu termasuk mihun goreng, ia tak kan jadi pilihan pertama saya. Maapkan saya mihun goreng.

Rasanya masa kecik-kecik dulu saya makan jer. Cuma mungkin bila dah besar ni nafsu makan berubah kot. Muahaha. Pertukaran hormon la konon-konon. Tapi dah en.beliau pulak dia suka mihun goreng. Nak tak nak goreng la jugak. Tapi perasaan goreng mihun tu tak sama macam goreng mee goreng. Haha. Kurang feel di situ ya. Kalau mee goreng pulak masakan kesukaan jugak la kan.

Hujung minggu tak tahu nak masak pe. So en.beliau cakap goreng mihun je la. Kang nak g makan nasi rumah mak pulak (ewahhh. makan aje yer. gudbye selim). Pastu tilik dalam peti ais ada lebihan mee. So kita bikin mee+mihun goreng. Baru adil dan saksama. 


Eh. Tapi kalau makan mihun rebus or mihun sup or mihun tomyam saya suka jer. Pelik betul kan.

Ok. Kul 12 gerak ke rumah mak. Masak kat sana dan makan lagi. Siap bertambah-tambah lagi. Dah lama kan tak makan ramai-ramai macam tu..
^_________^


Sunday, 20 January 2013

19 JANUARI

Salam uolls..

Mekasih yang wish epi bufday buat saya. Tru real life, msj, fb, emel and so on.

Yang doakan saya panjang umur.
Doakan saya murah rezeki.
Doakan saya berbahagia sampai ke akhir hayat bersama suami terchenta.

Ehem. Ehem. Ehem...

Tak lupa yang doakan saya dapat cahaya mata.
Amin.Amin.Amin.

Semoga Tuhan kabulkan doa kalian.

Petikan dari msj anak-anak saya (student selaku mentee saya). Dah la mesej masuk serentak. Pastu kandungan msj adalah pertanyaan yang sangat comel..Hehehe.

1. Hpy bday ummi!ble nk dpt adk ni?hehe
2.Happy bday puan..yg ke berape?hehe..semoga pjg umor muroh rezeki..bila ambe nk dpt 'adik' nims?haha
3.Happy birthday puan, semoga pnjg umur,murah rezeki.semoga nhgia hngge keakhirnye.ble nk bulih adik?hehe.

Hehe..Kelakar. Ni konpem berpakat hantar msj serentak kan.kan.

So jawapannya adalah "Adik cakap sabo.." ^_______^


Tuesday, 15 January 2013

Setelah tiga tahun berlalu...

Salam uolsss.

Sekejap sangat masa berlalu kan. Rasa macam baru lagi saya start bersua dengan korang. Rasa macam baru je lagi sama-sama gali ilmu dengan kalian.

Now sorang demi sorang nak meninggalkan kami. Meninggalkan kenangan demi kenangan. Harap kalian teruskan menuntut ilmu. Kalau bleh sampai negara China. *Apa takde negara lain ke selain China?

Harap korang jadi insan berguna terutama kepada ibu bapak dan kepada diri korang sendiri.



Maafkan saya selama mendidik korang saya pernah termarah..
*marah bukan kebencian tapi tanda sayang.Hiks.
Maafkan saya kalau tergurau yang kasar-kasar.
Yang tak diterima fikiran..
Maafkan saya kalau pernah mengabaikan kalian.
Dan maafkan atas semua salah silap saya.

Terima kasih atas segala suka dan duka yang kalian beri. Semoga menjadi ingatan sampai bila-bila.

Psst..Tak sabar tunggu korang pakai jubah pegang skroll. =)



Sunday, 13 January 2013

Masak di hujung minggu.

Salam uollss..

Weekend pertama sebagai suami-isteri yang baru belajar hidup berdikari. Ewahhh. Berdikari la sangat la kan. Alhamdulillah en.beliau sangat tak berkira bab makan-makan neh. Tapi ada jugak pantangnya. Ayam kampung, ikan keli, ikan haruan, belut semua dia tak sentuh. Tekak BANDAR konon..

Kalau hari-hari masak kicap pon dia tak kesah. Senang kak jah!!

Hari Khamis balik keje saya ke rumah mak. Tengahhari tu call mak siap-siap nak mintak nyior. Hari Jumaat buat nasi lemak. Makan untuk breakfast plus lunch = Brunch. Jimat hokehh. Petang Jumaat ke rumah mak. Setiap hari balik rumah mak kan. Al-maklumlah 10minit je jaraknya. Ayah beli laksa. So,prepare buat kuah laksa. Makan malam kat rumah mak..Errr..Tapi balik rumah makan nasi lemak lagi. En.beliau dah risau dah tu. Takut badan naik. Ngehngeh.. 

Eh. Apesal blog neh dah jadik blog resepi ke ha??Takdelah. Saya tempek gambar je. Nak resepi pegi terjah blog-blog resepi yang lain. Theheee. Saya suka blog Cik Mat Gebu, blog Aku Bukan Cheff pon suka jugak. Satu lagi blog Secubit Garam.

Ok. Hari Sabtu barulah masak berlauk. En.beliau jarang breakfast. Dia memang tak breakfast sebenarnya. Takut sakit perut. Biasa dia akan minum air jer. So, saya goreng jemput ikan untuk saya makan sorang jer.
^___________^


Budu dan sambal belacan.

Belacan tu untuk en.beliau. Dan budu tu untuk saya. Kan dah cakap tadi en.beliau ni tekak BANDAR. Tak layanlah dia makan budu. Sebenarnya dia fobia kat budu. Katanya kalau makan budu konpem bertambah nasi. Takut kembali gemuk macam dulu. So, dia dah tak sentuh budu.


Resepi orang bujang. Eh, rumah bujang. Rumah bujang konon means rumah yang hanya dihuni oleh isteri dan suami tanpa penyeri anak-anak atau ahli keluarga yang lain.

Sambal ikan bilis tu yang baki sambal nasi lemak. Sambal ni makin lama makin sedap kan. (puji sambal sendiri) Maksudnya makin lama kita panaskan rasa dia makin ummmphh.

Ikan goreng berlada. Yer? Nak bagi rasa dia pedas-pedas skit kena gaul dengan bawang + lada. Ikan goreng tu kalau makan gitu jer tanpa lauk yang lain ok i ok jer. Makan ngan nasi panas-panas.

Gulai ayam pencen. Gulai tu mak bagi. Hari Jumaat kan balik rumah mak. Siap dapat bekal lagi. Tapi en.beliau tak makan spesis ayam pencen. So, saya kena habiskan. Gemuk sorang-soranglah jawabnya.

Budu dan sambal belacan. Dah mention atas tadi kan. Eh, balik rumah mak pon dapat tempoyak. Heaven betol. Makan budu ngan tempoyak.

Ok. Tu je masak simple di hujung minggu. Hafiz Hafizol nanti awak datang saya masak kuah singgang dah la yerrr.. =)


Thursday, 10 January 2013

Sambutan Hari Kejadian.

Salam uollsss..

Hari tu dapat jemputan jamuan besday dari member en.beliau. Besday wife member dia. So, pergi la. Mula-mula keluar tu pergi makan dulu. Budjet kat jamuan tu ada makanan ringan-ringan jer..Sekali siap ada bakar sate lagi. Oh!Sangat la heaven bagi en.hantu sate..

Sampai je umah tuan rumah tak sempat menyempat terus g terjah tempat bakar sate. Suka makan sate, so harusla suka bakar sate kan. Hiks..


Ewah, ewah...eh, jom kita bukak gerai bakar sate nak. Hehe..

Sampai je, tuan rumah bagi number cabutan bertuah. Banyak jugak hadiah kecik comel tersedia. Bertuah ke tak ni ha??



Budak-budak. Apalah nasib jumpa budak-budak yang addict sangat dengan camera. Habis mau di snapnya.

Ebi and Amna =)

Tetamu ke 30 dan 31.

Dup dap tunggu hadiah cabutan bertuah.

Kemudian acara tiup belon untuk kanak-kanak perempuan. Belon paling besar dapat hadiah.

Kanak-kanak laki pulak. Semangat hokeh sorang-sorang..


lelaki dewasa pulak. eh, sebelum tu ada jugak tuan rumah announce perempuan dewasa untuk tiup belon..tiba-tiba semua perempuan dewasa tak ngaku status dewasa. Malu kot tiup belon. Dah lama tak tiup belon..


En.beliau pun nak tiup belon jugakk..Ramai penyokong cilik nampaknya...

Masa ni tengok dah risau dah. Ni 2-3 saat konpem pecah belon neh..

Yeayyy!!Padan muka. Sape suh semangat sangat tiup sampai pecah belon.

Disqualified..Haha.



Dapat jugak hadiah cabutan bertuah. Cawan kecik yang comel.

^________^


Terima kasih tuan rumah atas undangan-nya. Syukur dikelilingi sahabat-sahabat yang baik budi. =)


Tuesday, 8 January 2013

Suka duka di tahun 2012 (Gambar)

Salam uollss..

Jom mengimbau kenangan sepanjang 2012. Eh. Hari ni dah 8 hari dah di tahun 2013. Aci tak baru nak review neh. Aci tak??

Alhamdulillah.
2012 meninggalkan kenangan yang suwet-suwet buat saya. Walaupun ada jugak kenangan yang agak pahit. Namun semua tu jadikan pengajaran.
InsyaAllah.

2012 jugak adalah tahun paling banyak berjalan-jalan. Paling banyak duit keluar.

Januari - Februari

Bulan pertama dan kedua di tahun 2012 merupakan bulan yang maha sibuk buat saya. Membuat persiapan untuk bertukar status. Ewaaahhh. Bulan ni jugak emosi sering tak stabil, masa tido dah tak bersistematik. Kadang-kala bertukar jadik kelawar dan burung hantu.

Ke Cowboy di Kuantan untuk beli menda alah doorgift dan barang-barang untuk gubahan. Penuh satu kereta. Terima kasih bf ke2 yang sangat berbakti pada saya.


Bulan ni jugak sibuk dengan kad kawin. Pos kad situ sini. Hantar kad situ sini.


Mac

Bulan yang paling memberi makna sepanjang bulan-bulan yang dilalui seusia hidup. Alhamdulillah. Bergelar isteri kepada Mohd Zulriduwan bin Othman pada 9hb Mac 2012. Setelah bertahun-tahun kami menempuh alam perchentaan. Cheewahh.

Dengan sekali lafaz telah selamat bergelar isteri. Alhamdulillah.



Kemudian kami ke Cameron Highland. Tempat yang dari sejak kecik nak pergi tapi tak pernah berpeluang untuk pergi. Dapat jugak mencium bunga rose dari puncak bukit. Dapat jugak memetik daun teh yang diminum hari-hari dari ladang teh.



April

Preparation untuk ke Vietnam. Siapkan passport dengan muka sememeh baru balik kerja. Mata kuyu macam nak tido jer. Haha.

Bulan April ada duka sedikit. Saya dan en.beliau kemalangan. Kereta bergesel dengan lori kecik. Alhamdulillah Tuhan masih bagi kesempatan untuk meneruskan hidup bersama orang tersayang. bf ke2 masuk workshop. Saya menumpang opismate ke tempat kerja.

Mei - Jun

Mengikuti lawatan ke Vietnam. Seronok dapat kenal negara orang. Dapat timba banyak pengalaman.







Dapat jumpa en.beliau sebulan sekali jer. Jadi masa yang ada dipenuhi dengan sebaiknya.


Julai - Ogos - September


Ramadhan dan Syawal pertama sebagai isteri. Ceewahh. Tapi sebab pjj tak banyak sangat masa untuk berbuka dan bersahur bersama. Sempat jugak saya kental naik bas ke Kuantan untuk berpuasa bersama en.beliau. Kental la sangat kan...







Harap Ramadhan dan Syawal tahun 2013 kami raya bertiga pulak. Ameen..

September bulan bertuah bagi kami bilamana en.beliau pindah keje di KT. Jadi kami tidak PJJ lagi. Hureyyyy..

Oktober

Sambutan Aidiladha di rumah mertua.



Hari raya pegi mandi air terjun!!!


Ada Team Building untuk staff opis. Best jugak sebab aktiviti yang diadakan tu kreatif. Lain dari yang lain. Langsung tak membosankan.

=)





November

Lawatan bersama student ke KL. Antaranya yang best adalah menziarah upin ipin. Betol betol betol..



Disember

Ke KL lagi. Kali ni atas urusan dinner dan bengkel. Bersama opismate sebuah kereta gamble bersama-sama. Alhamdulillah selamat pergi dan balik.







 Disember jugak bulan yang maha sibuk. Sebab buat persiapan untuk pindah rumah sewa.
Alhamdulillah..semuanya mengikut perancangan. Semoga perancangan lain di masa akan datang berjalan dengan lancar..Ameen..