Pages

Monday, 28 January 2013

Teringin sangat..

Salam uollss..

Maaplah. Akhir-akhir ni uollss akan sidikit meluat dengan entri saya. Sebab penuh dengan aktiviti makan. Apekah??

Semalam balik keje agak lewat. Sampai rumah dekat nak maghrib dah. Pastu perut dah berkreuk-kreuk tanda perlu topup makanan. Paham-pahamlah akhir bulan dalam peti ais takde pun stok-stok makanan yang boleh digoreng dengan kadar segera atau secepatnya. En.beliau pulak keluar ke rumah kawan dia. So, dia call suh saya jugak pegi ke rumah kawan dia makan malam kat sana.
Tapi saya penat sangat. Walhal rumah beliau dekat je. Tak sampai pun 1km. Sebenarnya saya malas nak bersiap-siap keluar. Dan sebenarnya yang paling utama saya TERINGIN  SANGAT nak makan nasi berlauk masak lemak pucuk paku. Teringin yang membuak-buak. Eh, overnya..

Setiap kali balik rumah mak saya akan kidnap apa-apa tanaman yang ada di sekeliling rumah. Lengkuas, daun pandan, daun kari, daun limau purut, limau nipis dan apa-apa je la yang ada. Senang in case nak masak kari tak perlu terhegeh-hegeh start enjin balik rumah mak semata-mata nak amik daun kari. or macam tak berbaloi nak beli daun kari padahal kat rumah mak berlambak.
Eh, apesal bagi contoh daun kari pulek??

Jadi hujung minggu lepas saya kidnap pucuk ubi, daun kesom jugak ada satu pucuk tu tak tahu apa nama saintifik dia. Kami panggil daun 'kadok'. Serius. Sebab plan nak masak lemak pucuk paku la. En.beliau pulak nak cari pucuk paku di sepanjang perjalanan ke rumah kawan dia. Alih-alih sebab balik malam dia tak berani la berenti sorang-sorang tepi semak samun nak kutip pucuk paku. Sob. Sob. Keciwa. Jadi pucuk ubi tersadai je dalam peti ais sehinggalah malam tadikkk...


Jadi sebab teringin sangat kan tetap gigih masak lemak pucuk ubi. Makan dengan ikan kukus goreng garing cicah budu. Sangat terasa diri ini kampung style kan.

^________^



No comments:

Post a Comment