Pages

Saturday, 9 March 2013

Aplikasi Al-Quran dalam henfon.

Salam uoollss..

Ari tu masa beli henfon owner kedai tu bagi satu folder application macam-macam ada. So, godek-godek jumpa lah aplikasi untuk bacaan Al-Quran. Ai is teruja sangat. Terus install dat application.
Nama iQuran Pro. Musti korang pon ada kan.

Ada senarai surah-surah. Touch je mana satu yang nak baca kan.

Ok. Kalau tak paham arabic atau nak cari surah dengan lebih cepat dengan huruf rumi boleh pergi dekat setting dan enable Use Arabic.

Ok. Now senang skit nak cari kan. Pilih mana nak baca.

Sekali pakej dengan translate. Tapi in English version la.

Kemudian tiba-tiba rungsing dan kepala penuh tanda soal.
"Eh, boleh ke nak bawak henfon masuk tandas?"
"Nak kena ambil wuduk ke sebelum touch ayat-ayat Al-Quran via mobile neh?"

Google punya google jumpa ini..

SOALAN :

1. Assalamualaikum ustaz,sefaham saya, untuk membaca Al-Quran perlu berwudhu. tetapi seandainya membaca Al-Quran besertakan terjemahan tidak wajib berwudhu. yang menjadi persoalan saya ialah bagaiamana pula situasinya dengan Al-Quran digital (yg tiada terjemahan) yang digunakan didalam PDA, handphone, ipod touch dll. perlukah berwudhu? persoalan kedua ialah, apa pula hukumnya PDA/handphone berkenaan dibawa masuk ke tandas?



2. Assalamualaikum ustaz,adakah perlunya kita memelihara handphone yg mempunyai 30 juzuk al quran seperti mana kita memelihara naskhah al quran yg sebenar seperti mempunyai wudhu dan tidak meletakkan di bawah atau membawanya ke tandas dan sebagainya?

PETIKAN JAWAPAN :

Tidak syak lagi al-Quran yang kita dengar dari CD merupakan al-Quran yang diturunkan oleh Allah swt. Namun ia tidak mengambil hukum mashaf al-Quran dari sudut tidak boleh disentuh kecuali dalam keadaan berwudhu' menurut pandangan kebanyakan ahli ilmu. Adalah harus menyentuh CD kerana al-quran yang terdapat di dalamnya tidak disimpan dalam bentuk huruf-huruf al-Quran tetapi ia disimpan dalam bentuk sistem binari. Iaitu satu sistem yang menggunakan kod tertentu.

Walaubagaimanapun tidak harus membawa handphone ke dalam tandas dalam keadaan ayat-ayat al-Quran tertera di paparan skrin handphone tersebut kerana ia dikira menghina al-Quran. Namun tidak mengapa membawa masuk handphone tersebut ke dalam tandas dalam keadaan paparan skrin tidak mengandungi ayat-ayat al-Quran (setelah ditutup program al-Quran).



“Barangsiapa membaca satu huruf Kitab Allah, maka dia mendapat pahala satu kebaikan sedangkan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf, tetapi Alif, satu huruf dan Lam satu huruf serta Mim satu huruf.” (Riwayat Abu Isa Muhammad bin Isa At-Tirmidzi dan katanya: hadits Hasan Shahih)





 


No comments:

Post a Comment