Pages

Thursday, 14 March 2013

Tea warisan turun temurun - Tea Cap Dua Pipe

Salam uollss..

Cer citer korang kat rumah minum teh brand apa? Saya sejak kecik lagi dah terbiasa minum teh cap pipe tuh. Mak memang akan beli teh brand tu saja. Kalo saya beli teh kat cameron tuh yang perisa stawberi whateva memang tak laku la kat rumah.

Alamatnya bawak pegi opis lah. Kalau terbeli teh brand lain kat kedai runcit sekitar pun memang tak kan minum. Terbiar macam tu saja. Bukan nak cakap brand ni bagus berbanding yang lain. Cuma mungkin lidah dah serasi sebati sejak kecik kan.

Saya tak pernah pulak soal selidik mak sejak bila mak guna brand tuh. Yang pastinya kalau dulu selalu beli teh tu dalam gelas kaca..sampai kat rumah saya ada bergelas-gelas gelas bercorak yang beli teh tuh. Eh, sampai pernah hari tu buat kenduri kawin abang guna gelas tu jer. Betapa lamanya kami setia dengan brand tu sampai berbakul-bakul gelas berisi teh tu ada kat rumah. Tapi rasanya sekarang tak jumpalah pulak dalam gelas kaca kan. Just dalam kotak ni jer. Dulu beli teh ni 40sen. Sekarang dah 70 sen. Esok lusa konfirm lah naik sampai seringgit kan.

Sekarang dah duk sendiri pun saya still beli brand ni. Eh, hari tu masa pegi beli teh ni kat kedai runcit bawah tu jumpa la sorang akak neh. Tiba-tiba jer dia beramah mesra dengan saya "Kak pun minum tea ni jugak. Kalau pegi kedai makan dia guna tea lain memang kak tak minum air tuh". GULP!! Rupanya ada lagi insan yang setia sampai tahap itu kan. Ai is ok je kalau minum tea brand apa pun kat kedai. Hikss..

Eh, panjang la pulak saya membebel hari ni kan.*Terrajin la pulak saya. Kuikui.






4 comments:

  1. serious dah 70 sen ? /: lama dah x beli teh nie.. haritu 50 sen lg hikhiks

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:09 pm

    huhu...saya pun suke teh wangi tu..tp kat ptrajaya..xde brand tu awk..pakai teh boh plk sjk duk cni..huhu

    ReplyDelete
  3. Jojo : tau xpe. esok lusa tanya dan seringgit kot.

    ReplyDelete
  4. Sis : nanti balik beli lah banyak-banyak. Thehehe..

    ReplyDelete