Pages

Thursday, 25 April 2013

Entri membuang rasa bosan

Salam uollss.

Malam ni bosan duk sorang-sorang. En.beliau lepas makan tadi keluar dengan kawan dia. Selepas beberapa malam dia tak keluar kemana-mana, eh tup-tup tadi kawan dia ajak kuar. Sebenarnya kawan dia yang bosan ajak asben kita kuar kita lak bosan sorang-sorang takde orang nak gaduh kan. Gaduh??Gulpp..Ehemm..tukar tajuk plissss..

Sebenarnya kawan dia ramai ke KL. Ada urusan di sana. Jadi sumbak la takde orang nak ajak keluar kan. Malam ni dia qada la keluar lepak untuk malam-malam sebelumnya. Fine asben. Silakan dengan segala hormatnya...

Semalam odw balik ke rumah dari opis weolls sembang pasal makan-makan neh. Opkos la kalau tanya beliau nak makan apa konpem takde jawapan "masak je la apa pun"..Tup-tup bila kita masak dia pulak komen itu ini. Kata panel Masterchef tak bertauliah kan. Ahaakkzzz. Jadi kami decide nak pegi beli ikan aye (ikan tongkol). Ikan ini setahu saya ada dua jenis. Setahu saya la kan. Setahu korang mungkin ada 3-4 jenis. Kihkih. Ada jenis Aye Kurik dan Aye Hitam. Saya suka Aye Hitam. Eh, sebenarnya saya bukan pandai sangat pun nak beza kedua-dua ni kan. Tapi sebab dari kecik lidah ni dah terbiasa makan Aye Hitam kat rumah mak kan. Jadi teruskan tradisi Aye Hitam. Tradisi??overnya penggunaan tatabahasa kau mek.

Ikan Aye ni masak kuah singgang sedap jugak kan. Jadi masaklah kuah singgang. Even en.beliau ni kureng sikit masak air-air simple macam tu kan. Tapi apakah daya kenalah belajar suka jugak. Muahaha.

Nah! Masing-masing suka pedas kan. Isteri buh dua biji cili padi, suami pulak tambah lagi tiga biji cili dihiris. Baru terasa pedasnya kata beliau. Hambik. Berasap la telinga memasing kann..

Eh, sori ikan tu tak sempat rasmi dengan nasi pun lagi dah tinggal separuh. Senyap-senyap ada yang curik masa kita tengah mandi. Biasa dia neh!!

Sambal belacan untuk en.beliau. Nama je sambal belacan..tapi takde buh belacan pon. Sebab dia alah dengan belacan. Jadi sila nyahkan rupa belacan dalam dapur iteww.

Saya bangga berdarah Terengganu. Sebab tu tak pernah tinggal budu. Sape sokong angkat keybod!!!


Ok. Itu cerita semalam kan.

******


Malam ni pulak balik kerja tadi tiba-tiba beliau cakap nak makan 'sambal ikan masin'. Pliss la asben. Takde ke resepi yang senang sikit. Terus keliru dengan resepi iteww.
"Sambal yang mana? yang merah tu ke?" Saya maksudkan sambal seperti sambal ikan, ayam dsb.
"Taklah, sambal letak cili pastu tumbuk"

Eh, pliss lah. Tak pernah pun buat sambal macam gitu. Guna ikan masin pulak tuh. Konpius sangat kita tau asben.

"Alah, sambal yang mak biasa buat tu. mak letak ikan dengan nyior. Awak ganti dengan ikan masin"



fine.fiNE.FINE!! 


Ini resepi pertama kot dari mulut asben. Kan bagus resepi ni dari tangan awak kan asben. Boleh saya berehat-rehat sandar atas kusyen sambil tengok tv#Ayat mintak penampo tu sentiasa ada kan??

Lalu isteri mithali bergegas ke dapur.
Ktung ktang ktung ktang..Eh, paku dinding roboh ke ahkak oiii..hakhak..


Kan dah cakap saya memang pelupa, dah sah-sah la sambal tu masin sebab nanti nak letak ikan masin kan. Apa jadah nak buh garam pulak. Nak darah jadik masin ke hape? Cepat-cepat keluarkan cili+garam yang dah ditumbuk tu ganti dengan cili semata-mata.

Kemudian masuk je la ikan masin yang dah diasingkan tulangnya dan digoreng. Tumbuk sampai lumat. Letak gula sikit.  En.beliau cakap tak cukup ikan masin ni. Yelah. Tinggal dua je kot. Nanti nak kena beli lagi la jawabnya. Saya biasa beli kat pasar sebab sana ikan masinnya segar. Rasanya ikan ni dah sebulan lebih kot simpan dalam peti ais.


Tadaaa. Inilah dia. Rasa masin-masin pedas gitu. Sedap jugak makan dengan nasi panas-panas. Theehee..


Semalam goreng ikan aye berlada. Hari ni goreng biasa-biasa jer. Tapi ikan aye ni tak best kalau lumur dengan garam + kunyit jer kan. Jadi tumbuk cili + garam + bawang putih +bawang merah+kunyit pastu lumur.




Tak sempat goreng sampai garing pon kawan en.beliau dah call ajak kuar. Cepat-cepat hidangkan nasi. Eh, malam ni takde buat kuah kan. Sebabnya panaskan kuah singgang semalam jer kan. Theheehe..

6 comments:

  1. bestnyerr jah awak goreng ikan aya berlada.Tak pernah try pon lagik..nak cube gak la...ala,tapi umah sy mane ade lesung !!!!! percaya takkkk?? Umah i takde lesung,okayyyyyyyyyy!!!

    ReplyDelete
  2. Mama Iqy : Hahaha..sangat tak percaya okeyyyyy!!!saya takde blender..jom bertukar..hahaha..

    ReplyDelete
  3. lapaq ok tengok makanan pepagi ni.huh.lambat lagi pukul 1.huaaaaa.

    ReplyDelete
  4. Anonymous2:18 pm

    mcm sdp je smbal ikan masin..tetiba rindu sambal nyior makk..oh makkk ,..yg sebenarnya..rindu sgt kat makk.. :(

    ReplyDelete
  5. Echa : Hikss..sori buat echa lapar..heee

    ReplyDelete
  6. Sis : Sedap jugak wak. Try lah =)

    ReplyDelete