Pages

Monday, 13 May 2013

Penyelesaian masalah rambut

Salam uollss..

Perhatian semua. Ini bukan iklan promote syampoo okehh. Ini hanyalah pandangan dari perspektif saya sebagai seorang customer. Ewahhh.

Selama ni susahnya hai nak jumpa syampoo yang guna satu jenama dengan pelbagai kebagusan ada pada jenama yang satu itu. Saya selalu terpedaya dengan iklan tv okeh. Tengok je syampoo tu buat rambut cantik berkilau terus aim lepas habis je syampoo yang sedia ada nak tukar je jenama iklan berkilau tadi. Eh, sudahnya hanya omongan kosong kan.

Jadi sebagai seorang wanita berkerjaya berhijabista #hakhak.takbleybla# saya selalu idamkan rambut yang segar walaupun sehari berbungkus, rambut yang masih tak hilang bau-bauan semerbak mewangi untuk dua hari. Okeh. Sebelum ni masih tak jumpa. Jadi bila dah bersuami haruslah kena jaga semuanya kan. Setiap kali nak beli syampoo mesti tanya beliau dulu best tak bau. Hakhak. Korang pun kan. Sebab nanti yang nak menikmati bauan itu orang lain kan. Bukan diri sendiri kan. Orang lain means bantalmate. Eh. Eh. Sori. dah kelaut ni. Haha.

Jadi suatu hari tu tanpa terpedaya dengan mana-mana iklan tv saya telah men-try semua bau syampoo yang ada di pasaraya tu. Nasiblah asben aiolls ni cinta sangat ke tempat-tempat penjagaan diri neh. Test bau parfume lah, deodorant lah..okeh. Jadi kesempatan yang ada terus hulur botol syampo kat beliau satu persatu. Sebab bagi saya kekuatan syampoo adalah pada baunya kan. Kalau syampoo kau itu buat rambut lurus macam lebuhraya tapi bau tak best langsung baik tak payah kot. Ok. Itu pendapat saya.

Tiba-tiba sampai turn syampoo yang ini terus en.beliau cakap.. NI BEST BAU. WANGI SANGAT NEH.
Hehe. En.beliau awak telah menjadi model iklan yang buat saya terpengaruh untuk kali terakhir ini. Pasni takkan terpengaruh dengan mana-mana iklan tv dah.

Inilah syampoo bagi penyelesaian masalah rambut saya.
Anda pula bagaimana? #kibas hujung shawl#

2 comments:

  1. i tak pakai shawl.camno nak kibas????hahahhahaa....

    ReplyDelete
  2. MamaIqy : Haha.Kibas kain sudey..

    ReplyDelete