Pages

Saturday, 25 May 2013

Steamboat di Restoren Makan Sekak Sekak Nok

Salam uollss..

Malam tadi makan steamboat. Lama sangat dah tak makan steamboat neh. Rasanya last tahun 2010 kot. Masa training kat Kota Bharu. Hee. Masuk tiga tahun kot. haha. Mungkin en.beliau pun bukan addict sangat dengan steamboat neh. Time aiolss bagitau ada kedai steamboat situ sini beliau iyekan je tanpa tindakan kan.

Malam tadi rezeki kami student yang belanjew. Dah lama kot diorang nak belanja. Tapi aiolss asyik ada kekangan jew kan. Malam tadi berkesempatanlah kan.

Plan jumpa sana jam 8.30 malam. Kul 8.20 turun dari rumah. Tup-tup jammed pulak atas jambatan. Kul 9 lebih baru sampai restoren tuh. Sampai jer diorang dah bertungksu-lumus cedok segala bahan-bahan mentah masuk pinggan. Terus kami follow kan.


Makang sekak sekak nok..makanlah sepuas hati engkorang
biar se'eh perot baru bayor..biar penuh perut tu baru pegi bayar. haa..gitu la maksudnya lebih kurang. Theheee. Jadi alang-alang orang dah belanjew kat tempat makan yang tiada hadnya jadi mari kita penuhkan perut masing-masing.


Uishhh. Sampai bertongkat kepala bang oiii.. Lama benor ke nak masak tuh. Hehee. Hambik la awak hari ni turn jadi tukang masak pulak okeh. Saya nak makan jer.


Bagus jugak diorang neh pilih tingkat ats. So boleh la aiolls nak bersila, bersimpuh dan duduk  feeling macam orang Jepun tuh.



Weeollss. Eh, ada orang cakap muka kami berdua bulat? sapekah yang berani cakap sebegitu???Muka kami tak bolat pun cuma berbentuk bola sepak jer. hakhak. Rupa-rupanya selama ni berat semakin meningkat di muka. Eh, ada tak produk slimming untuk muka???Aiolls nak beli plisssss..

Ni memang tak dapat disangkal lagi. #Sorok muka bawah meja Jepun.


Syauqi bersama ibu ayahnya. Syauqi ni comel sangat tau. Kalau malu jer mata tu kelip-kelip pastu pejam rapat-rapat. Haha. Comel sangat gelagatnya.

Kenangan-kenangan yang dilalui bersama korang takkan dapat saya lupakan. Sobsob. Kesat air mata meleleh. 

Haaa kan. Geram Syauqi neh.


Alhamdulillah. Kenyang aiolls. Dah kenyang barulah angkat badan masing-masing yang tak terangkat dah dek kerana banyaknya makanan di perut.

******

Pastu plan nak pegi rumah kawan en.beliau. Lama dah tak bergosip dengan wife dia. So sad pegi tengok dorang takde kat rumah. Nak balik rumah bosan pulak. Pastu takde kerja patah balik ke bandar menuju ke Pantai batu Buruk. Ranjinlah sangat kan. Nasib baik naik kereta, kalau naik basikal konpem aiollss tak ikut kemahuan en.beliau neh.

Lepak-lepak sampai la jam 12.30 pagi barulah balik. En.beliau pulak dahaga. Singgah la kedai makan tepi jalan konon-kononnya nak minum jer. Eh, terjebak tengok abang tebar roti canai tu hensem sangat terus order roti planta. Sila salahkan abang menebar roti canai. Hakhak.


No wonder lah muka membulat dengan berjaya sekali kan.




No comments:

Post a Comment