Pages

Wednesday, 8 May 2013

Tam Spider dapat anak lagi

Salam uollss..


Ewahhhh. Sejak bila berjinak-jinak dengan dunia kewartawanan pulak neh. Ahakz. Hehe. Semalam my sis (yang selalu jadik cik anon tukang komen tuh) dia post kat wall fb ai pasal kelahiran anak Abang Tam. Auwww. Abang??



Somel sangat. Somel sangat tawww.
 Ai is peminat setia Abang Tam kan. Haruslah meroyan je bila dengar pape berita pasal beliau kan. Dulu masa my brother beli cd cerita Gosok, sampai bercalar balar cd sebab asyik duk repeat tengok cerita tuh kan. Lepas tu kongsi duit dengan my brother beli CD lagu Spider. Masa tu kat rumah baru ada komputer. Jadi sambil-sambil duk menaip (ehem. dulukan hobi menulis) sambil dengar lagu-lagu Spider. Now pun siap burn cd lagu Spider. Tapi kalau naik kereta sorang-sorang boleh la dengar kan. Kalau naik ngan en.beliau geli telingan katanya dengar lagu tangkap leleh. Muahaha. Ai kan jiwang.

"Kau, kau didalam hatiku, kekal dalam ingatan, kau sebagai kasihku, kekal sepanjang zaman...."

Ewah..ewahh..termenyanyi pulak..Hehehe...


Tu je  la kenangan bergambar dengan Abg Tam masa dinner taun lepas.

Saya doakan semoga Abang Tam dan isteri dan anak-anak beliau sihat sentiasa dan bahagia sampai akhir hayat. Amin. =)


*******

Tahniah diucapkan buat vokalis Kumpulan Spider, Tam Mustafa apabila isterinya, Aida Mustafa selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara pembedahan di Damansara Damai Specialist pada 26 April lalu.


Bayi lelaki yang dilahirkan dengan berat 3.8kg itu diberi nama Muhammad Aqil Bin Rustam.

Cahaya mata yang baru dilahirkan itu merupakan anak lelaki kedua Tam bersama Aida selepas yang pertama juga seorang lelaki iaitu Muhammad Afiq yang kini berusia dua tahun lapan bulan.

Menurut Aida yang dihubungi MH Online, ketika proses bersalin suaminya tidak dapat menemaninya atas nasihat doktor. Dan itu membuatkan Tam berasa sedikit kecewa.

Sama seperti yang pertama dahulu, Aida sekali lagi akan berpantang sendiri di Kuala Lumpur dengan bantuan suaminya.

Untuk rekod, Tam yang pernah berkahwin sebelum ini juga dikurniakan seorang anak lelaki Aliff yang kini berusia 19 tahun.

Sumber : http://mediahiburan.karangkraf.com



No comments:

Post a Comment