Pages

Sunday, 14 July 2013

Ramadhan ke-5 dah.

Salam uollss..

Wah. Sekejap masa berlalu. Dah 5 Ramadhan pun hari ni. Dah lima hari dah berpuasa. Alhamdulillah masih diberi kesihatan dan kekuatan kan. Hari pertama Ramadhan berbuka dirumah mak. Semua abang-abang yang keje Terengganu ni ada kat rumah. Meriah uolls. Tu tak campur yang duk jauh-jauh lagi. Kalau jauh maunya tak muat dapur tu kan. Kang ada yang terpaksa makan kat ruang tamu. Hehheh. Biasanya kalau kat rumah mak beliau akan masak dua makanan utama. Nasi adalah kewajiban dan akan disertakan dengan makanan utama lain macam bubur lambuk, mee rebus atau lain-lain (Motif sampai sertakan contoh kan) Tapi jarangla buka puasa dengan nasi. Biasanya makan menu utama kedua tu plus kuih-muih. Balik tarawih baru bedal nasi pulak. Sahur biasanya makan nasi jer.

Kat rumah mak penuh dengan kuih muih jer. Bayangkan adik dan abang yang ada time weekend sekarang tiga orang. Setiap orang mesti akan beli sekurang-kurangnya dua jenis kuih. Pastu ayah pulak bawak balik tiga-empat kuih. Kalau akak dan anak-anak nya buka sekali mesti anak buah tu pun beli kuih jugak. Aduhaiii. Boleh bukak gerai jual kuih pulak kita kannnn. kadang-kadang bukan beli pun, tapi orang bagi jer kan. Alhamdulillah la. Tapi banyak-banyak jadi membazir pulak. Okey. Sukanya membebel dia ni kan. Sampai ke blog pun boleh lagi membebel. Haha.

2 Ramadhan.

Puasa kedua puasa kat rumah la pulak kita. Kat opis lagi dah buntu nak masak apa kan. Kalau tanya en.beliau lagi la buntu dia neh. Tiba-tiba ting mentol lampu atas kepala ni menyala. Plan la nak buat Kuew Tiaw Ladna (macam tu ke eja?). Dalam peti ais ada ayam, bunga kobis, sawi. Balik je terus singgah kedai bawah nak beli kuew tiaw. Carrot pulak takde. So, kita campak je sayur yang ada kan.

En.beliau keluar beli kuih-muih. Boleh plak dia beli dua jenis kuih bernilai RM2 setiap satu. Orang laki kan. Asal beli jer. Kita ni kalau beli mesti duk berkira-kira habis ke tak. Makan ke tak. Beli seringgit tu pun kadang-kadang tak makan.
Kuih ni tak tahu apa nama. Seringgit 3 bijik. Dapat la 6 bijik. Besar gabak pulak tuh. Sedap rasanya. Dua bijik je berjaya habiskan. Takpelah hari 1st beli kuih kan. Eksaited katanya. Haha.
Yang sebelah kiri tu saya beli kat sebelah opis. Yang sebelah kanan tu en.beliau beli. Ok. Dia nie sukati jer nak beli. Kuih tu dah tak macam rupa kuih gulung dah. Nasib baik rasa tak kelaut. Separuh je habis kan.

Inilah dia kuew tiaw ladna versi tak cukup bahan. Tapi habis jugak sebungkus kuew tiaw tuh kan. Bertambah gak masing-masing makan.

3 Ramadhan

Petang tu berbuka di rumah mak lagi. Sekali lagi mak masak bubur lambuk. Terbaek la mak. Baru lima hari dah makan dua kali bubur lambuk.  Hehe.
4 Ramadhan

Sahur tu makan udang goreng kunyit. Saya kan tak boleh sangat makan udang kan. Jadi ini goreng 6 ekor jer untuk en.beliau.

Sardin. Teringin nak makan sardin kan. Singgah pasaraya beli sardin. En.beliau pulak tak makan. Jadi ai makan sorang je okeyy.
Sayur wajib la ada kan. Ini kobis goreng sos tiram iaitu sayur goreng paling simple di abad ini. Haha. Masa kecik saya kurang makan sayur. Dah besar ni suka pulak. Kadang-kadang ratah sayur macam tu jer.

5 Ramadhan

Pon seperti selalunya masak dulu siap-siap sebelum tido. Udang ada lagi, jadi jom kita buat udang masak lemak cili padi. Saya suka masak lemak udang. Mungkin rasa kuahnya yang manis. Tapi tulah. Nak makan udang takut sakit menyerang kembali kan. Kadang-kadang kalau teringin makan jugak sakit pon. AAK.

Kemudian en.beliau datang dengan lenggang lenggoknya. Belek-belek kat dapur jumpa tiga ekor ikan masin. Terus dia cakap nak makan sambal ikan masin. Tapi agaknya kesian tengok aiolls duk mengacau masak lemak udang tu terus dia ambik kuali goreng ikan dan tumbuk. Gud job asben. Terima kasih kerana meringankan beban saya. Hehe. sambal ikan masin ni resepi en.beliau. Tak tahu la dia dapat sumber inspirasi dari mana kan. Senang jer uolls.

Goreng ikan masin kemudian tumbuk la ikan masin tu bersama cili padi. Weolls suka pedas jadi taruk banyak sikit.Tak payah letak garam sebab dah masin kan. Cuma tambah gula sikit.

Sedapnya!!

Dua-dua resepi kat atas tu masak pada malam hari. Esoknya bangun jam 4.30 pagi goreng ikan pulak. Ikan takleh goreng awal-awal. Nanti rasanya dah tak best. Tak fresh kan.

Rasa macam tak lengkap kalau takde sayur kan. Goreng la sedikit sawi. Banyak-banyak kang tak habis pulak kan.

Ok. Sekejap kan masa berlalu. Tadi buka puasa kat bandar kat Taman Shahbandar. Beli makanan untuk buka kat bazaar kemudian makan kat taman.

Alhamdulillah. Semoga Tuhan terus kurniakan kita kesihatan untuk meneruskan puasa pada kali ini. Amin.

6 comments:

  1. tu yang seronok bile blek kg dan semua adik beradik ada kan.. meriah sangat.. pastu byklah pilihan makanan.. antara larat dengan tak je untuk abeskan.. hihihi

    ReplyDelete
  2. Kayyana : Tau xpe kan. makan ramai2 meriah =). Kalau ramai mesti boleh habiskan punya. Hikss.

    ReplyDelete
  3. Kat rumah Arol, yang penting ada nasi dan lauk. Kami memang buka puasa makan nasi. Tak pandang makanan lain. :D

    ReplyDelete
  4. Arol : Akak ni spesis wajib makan nasi jugak. Kalau tak jumpa masa buka puasa masa sahur kang mesti ada nasi =)

    ReplyDelete
  5. rindunyaa nak buat air ... hehehe

    ReplyDelete
  6. HH : Pliss la balik cepat. Kitorang malas okey nak buat air kecuali awak yg rajin kan. Ngeee.

    ReplyDelete