Pages

Friday, 30 August 2013

Hari hari hari raya

Salam uolls. 

Marilah kita menyambung cerita raya sementara kita masih dalam mood Syawal neh. Ok. Sebelum raya hari tu kawan satu sekolah yang kamcing dari form 1 paksa datang raya umah dia. Tapi siap bagi syarat dia ada kat umah raya ke4 je kan. Memandangkan masa dia deliver baby itu hari pun saya tak sempat pegi jenguk. Si Adam pon dah besar dah ha. Jadi hari ke4 terus la plan ngan en.beliau.

Pagi tu kami melepak kat rumah je. Penat open house semalam tak hilang lagi. Lepas zohor gerak ke rumah mak dulu sebab jiran sebelah rumah buat open house plus majlis tunang anak beliau. Lepas dah kenyang-kenyang tu terus gerak ke rumah kawan saya Nani. Lama sungguh tak jumpa. Padahal rumah bukannya jauh pun kan. Geram aku tengok anak mu ni Nani. Rasa nak culik kejap bawak balik rumah boley? Hakhak. Si Adam ni kalau orang sua camera bulat je mata tuh tengok camera. Mama masa mengandung suka photogedik eh dik. Haha. Lama jugak raya rumah Nani. Yang sembang kencangnya bukan kami berdua tapi en.beliau dengan hasben si Nani ngan abang Nani yang duk sembang pasal kereta kan. Kami yang pompuan ni tadah telinga je la kan.



Auntie tak boleh tengok la dik renungan matamu. Heheehee.

Malam hari pulak beraya ke rumah kawan en.beliau. Bukan raya sangat pon kan. Sesi mengeteh dan melepak je la sampai lewat malam. Aiolss dah menguap dah. Dalam kereta odw balik tido krohhh dah sampai rumah baru en.beliau kejut. Pasrah je la takde orang teman masa awak drive eh.

Keesokannya pagi  5 Syawal tu kawan satu sekolah menengah msj cakap nak datang raya kat rumah lepas Zohor. Okey. Bersorak riang lah. Lagipun en.beliau keluar beraya dengan kawan-kawan beliau. Aiolls tak ikut la jadi duk rumah bosan sangat. Sukalah kawan nak datang raya kan. Lama tak jumpa geng satu sekolah. Dua tahun lepas kot kitorang konvoi raya. Bila masing-masing dah kawin agak sukar la kan. Ada yang balik kampung mertua dulu la, ada yang merantau keje di Kolumpur la. Jadi kita beraya dengan mana yang ada je la eh. 

Saya sempat la buat puding karamel untuk kawan. 


Kemudian, pegi rumah  Edah pulak. Satu kampung je ngan saya. Hari-hari lalu depan rumah Edah tapi raya baru nak singgah kan. Heee. Roger pulak Hani suruh datang sekali. Yelah jumpa setahun sekali kan. Padahal masing-masing bukan duk jauh pon. Nak buat camno, masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. Yang penting raya kita leh kumpul =)



Pastu pegi rumah Kak Di pulak. Masa ni nak maghrib dah pun. Keluar dari rumah Kak Di dah gelap dah. Tapi tetap nak pegi jugak. Kata jumpa setahun sekali kan.

Keesokannya dah keje. Hari Selasa. Selasa dan Rabu je kerja. Khamis cuti balik. Petang balik kerja sempat lagi singgah beraya rumah Fauziah. Semua ni kawan-kawan masa sekolah menengah. Kitorang budak akaun. Dua kelas akaun Al-Furqan dan As-Saff. Dua-dua kelas memang kamcing. Budak laki pon tak ramai. Dalam lima orang je kot eh.

 Okey. Hari Rabu pegi kerja. Bosan oii. Parking banyak kosong. Ramai lagi yang bercuti. Jadi time rehat kitorang keluar raya rumah Yana. Best lepak-lepak rumah Yana. Tak henti-henti makan biskut raya oii. Kat rumah sendiri tak makan. Hehe.

Mekasih Yana koktail yang sedap sampai ai makan dua mangkuk kan. Eh, ai memang dasar tak tahu malu. Bab makan malu tolak tepi la kan.

Macam dah jadi acara wajib kan. Tiap kali pegi beraya konfirm ambik gambar semua beramai-ramai kan.



Malam tu saya masak rendang. First time kot masak rendang sendiri. Biasanya setiap tahun time raya tolong kakak saya masak rendang. Alhamdulillah. Tukang kritik masakan kat rumah tu cakap sedap. Thehehe. Bangga aiolss percubaan pertama menjadi. Masuk kuali angkat sendiri pon boley kan.

Sebenarnya hari Jumaat tu ada kawan saya nak datang. Jauh dari KB uollss. Jadi dah masak rendang tu untuk dia. Tapi sebab dia datang pagi opkos la nak breakfast kat rumah saya kan Ani. Jadi masak jugak nasi himpit dan kuah kacang. Pon pertama kali percubaan. Oiii nasi himpit toksah bangga sangat okey. Masak pejam mata pon boley. Haha. Maaplah aiolss. korang mungkin rasa eleh setakat masam kuah kacang tu pon nak kecohhh kan. Korang tak tahu kat rumah saya tu ada pengkritik masakan yang cerewet amat. Chef Joe pon kalah kan. Jadi kalau beliau puji itu adalah satu kejayaan besar untuk saya walaupun bukan jadi peserta masterchef kan. Hakhak.


Gambar atas tu si Ani yang snap. Saya duk dapur masa ni duk buat air. Dia snap attach kat grup whatapps geng gedik kami. Hehe. Ani ni kawan dari USM coursemate dulu. Dia jela kawan dari Terengganu, yang lain negeri jauh-jauh so time raya susahlah nak hang out sekali kan. Tunggu kita wat reunion yer sayang-sayang sekalian.

Petang tu pulak ada kawan satu sekolah menengah dulu jemput ke rumahnya. Ada open house. Baiklah. Kami laki bini bab makan free laju la bersetuju kan. Haha.

Masa sekolah dulu saya pernah la duk hostel zaman exam besar PMR dan SPM. So, kamcing la dengan Diyana ni. Selalu jugak ikut dia balik rumah dia time weekend. Mak dia ingat lagi saya. Hee. Dah 10 tahun berlalu dah sebenarnya. Cepat masa berlalu. Huhu.


Okeyyy..Penat dah entri ni duk dalam draf katanya.  Raya tahun ni agak meriah la. Pertama sebab raya kampung mertua, kemudian rumah mak buat open house pulak kemudian banyak raya rumah kawan-kawan dan yang pasti raya di rumah sendiri. InsyaAllah tahun depan boleh buat open house pulak. Amin.

Eh, hari tu kat opis ada jugak buat open house. Nanti la kalau mood raya masih segar saya update la. Kalau malas simpan tahun depan la boley? Hakhak.

Okey..daaaa..

2 comments:

  1. meriahhnya akak! heehehe

    ReplyDelete
  2. Asma : Heee..Takdelah meriah sangat ponggg..=)

    ReplyDelete