Pages

Tuesday, 24 September 2013

Niat dihati.

Salam uollss.

Hari tu sy dah pernah skali cash out pendapatan hasil berNuffnang. Alhamdulilah walaupun takde la lumayan sangat tapi dapat la jugak kan. At least ada hasil jugak saya duk membebel merapu dalam blog kan. Hehe. Pendapatan Nuffnang yang dulu saya langsung takde perancangan. Saya pun dah tak ingat saya beli apa kan. Rasanya belanja en.beliau makan eh. Lupa la. Jadi misi saya untuk cash out 2nd ni untuk beli oven atau blender. Haha.Gigih sangat nak beli guna pendapatan Nuffnang. Padahal guna duit gaji pun boleh kan.

 Sebabnye saya nak hasil berblog ni nampak dimata la. Nanti tengah baking termenung tengok oven terus terfikir kan " Ni la pendapatan aku sebagai seorang blogger cabuk" hakhak. Motif la berangan sangat kannn. Jadi saya bertahan lu jangan sampai terklik cash out kan. Pastu start 1hb Sept takde satu pn dpt CPUV. Sedih sangat. Padahal ada je iklan kuar kat header dan kat end of my entry. Ada la dalam dua minggu kot tak kuar. Jadi terus berfikir -ve. Macam mana kalau tetiba pendapatan yang dah ada tu zappp hilang. Haha. Kelaut betol fikiran. Terus tangan gatal pegi klik cash out. Jadi perancangan nak beli oven tak dapat dilaksanakan la. Beli blender lepas la. Takpe. Takpe.


 Kemudian lepas dua hari cash out terus masuk cpuv. Huuwaa. Kalaulah saya ni bersabar sikit kan. Takpe la. Kita tunggu taun depan pulak la simpan pendapatan banyak skit dapat beli oven so now tunggu cek sampai la. Lama jugak kan 30 hari lepas end of the month. Mudah- mudahan Allah permudahkan. Amin.

Tadi gigih duk mengira CPUV. Rupanya untuk tahun 2013 setakat hari ni belog ni dah dapat mengumpul 57 CPUV. Cuma CPC la tak berapa meriah sangat kan. Takpelah. Bersyukur dengan rezeki yang diperolehi kan. Mekasih Nuffnang. Mekasih semua. Hiksss.


Sedikit nasihat untuk diri sendiri :
Hermmm. Tanpa kita sedar kan kadangkala penulisan kita mungkin ada yang menguris hati sesiapa, atau lebih dasyat kita memfitnah tanpa kita sedar. dan kita pulak guna duit upah dari penulisan kita bagi makan keluarga atau beli pape yang kita guna atau menjadi darah daging kita dan keluarga kita kan. hurm. Nauzubilah. Jauhkanlah kami semua dari berbuat yang tidak-tidak ya Allah. Hope dapat sama- sama bagi teguran. eh.eh. Tetiba topik serius pulak kan. okey. bai.

4 comments:

  1. Woww dah cashput ! Saya punyer baru 35 kot.. Kengkonon nak tggu 100.. Berzaman looo. Hapdatd pon malasssss

    ReplyDelete
  2. Eh cashput lok.. Typing error looooo...cashout

    ReplyDelete
  3. Mamaiqy : hehe.takpela.iyad kan ada.cter pasal iyad pulak.hehe. Takpun review ipong ke.hewhew.

    ReplyDelete
  4. kite x pernah dpt cpuv . cpc je pahceroh. sedeh kan. wawawa.

    ReplyDelete