Pages

Tuesday, 22 October 2013

Aidiladha 2013

Salam uollss. 

 Salam Aidiladha buat semua. Hehe. Tak beragak la kan baru nak update. Bizi bebenor la kononnya. Aidiladha tahun ni balik raya umah mertua. Lama kot tak balik. Last balik adalah pada Aidilfitri yang lalu. Sebulan lebih la kan.

Bertolak lewat sebab tunggu en.beliau siapkan baiki kereta kawan dia. Dalam kul 10.30 jugak balik. Masa tu hujan turun renyai-renyai. So bawak kereta pelan-pelan je. Sampai je tengok adik-adik ipar duk set up bara api untuk bakar sate. So, terus join diorang.




Ma dah tak sanggup menunggu. Kul 12.00 ma masuk tido tinggalkan kitorang adik-beradik. Lewat la jugak siap bakar sate sebab bekas bakar sate tu basah kena hujan. Jadi bara api hidup segan mati tak mahu je.
Pukul 3.00 lebih baru siap. Masuk rumah terus terkam katil.

Pagi esok awal-awal lagi adik bongsu masuk bilik tunjukkan pingat yang dia dapat. Dapat number empat merentas desa. Hehe. Eksaited sangat dia cerita cikgu panggil nama dia masa perhimpunan sekolah.  


Lepas salam dengan ayah, ma dan adik beradik makan-makan tengok tv jer. Tunggu orang datang hantar daging korban takde la pulakkk. Aidiladha ni takde la meriah macam aidilfitri kan. So takde pon gambar femili. Thehehe. 

Tengah hari keluar beraya rumah tok en.beliau yang kitorang panggil mak. Mesti korang perasan kan. Muka saya nampak pucat dan penat sangat. Huhu. Ramai jugak orang tegur muka pucat nampak tak sihat jer kan. Tapi saya rasa okey jer kot. Mungkin sebab malam tadi tido lewat bakar sate. Saya pulak lelah tak bleh kena asap sangat. Huhu.


Sampai je tengok ada Muslim budak comel anak sepupu en.beliau. Geram sangat Muslim ni tau. Tak nangis pon duk ngan sape-sape. Panas sangat Muslim pon pakai pempers jer. 



Kemudian bergerak ke rumah mak angkat kitorang pulak. Wajib lah kalau balik Dungun mesti kena balik jugak rumah ma ngan bak. Ma n bak ni ibu ayah kawan en.beliau. Kamcing sangat ngan kawan dia ni. So balik rumah bak harus lah aiolls di isteri tirikan. Huwaaaa.

Sampai rumah bak tengok pauh epal dah berbuah. Yeayyy. Saya suka. Saya suka.Mak pon tau saya ni suka makan colek dengan pelam. Terus buat colek. Sedapnya. Kecur air liur. Maafkan saya kawan-kawan yang preggy  kalau terbaca terlihat gambar pada entri neh. Thehehe.

Pokok pauh rendang sangat. Buah pulak rendah jer. Boleh petik ngan jari jemari jer.

Bawah pokok pulak bak buat gerai. Kitorang kalau datang mesti lepak atas gerai.





Elok je siap makan pauh hujan renyai-renyai turun. Terus masuk rumah. En.beliau ralit duk sembang dengan kawan dia. Lupakan terus isteri dan adik-adik. Kitorang ni duk melayan mak ngan bak sembang sampai mengantuk. Adik ipar berapa kali dah tersengguk-senguk. Sofa pulak empuk. Terlena diorang. Huhu.

Akhirnya lepas paksa rela en.beliau pun nak balik la. Haih. Sempat bergambar kat kereta.




Okey. Tu jer cerita Aidiladha kami.
 





4 comments:

  1. Bestnya bkumpul reramai bakar sate,,siap mncicah pelam pulak petang2..sgt best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.tula..jarang2 skali dpt wat aktiviti sama2.

      Delete
  2. comel nya nama dia, MUslim. mesti mak dia suka asraf muslim

    ReplyDelete
  3. Hafiz Hafizol : Hehe. Tu la. Dop ingat nak tanya dia. Hehehe.

    ReplyDelete