Pages

Wednesday, 30 October 2013

Merasmikan...

Salam uollsss..

Eksaited hari ni tau korang. Hari tu saya ada kirim pemanggang ajaib kat husband opismate yang pegi Langkawi. Tadi dah dapat dah pemanggang tuh. Suka ahkak!!Hehehe.

So tadi dah selamat dah bawak balik pemanggang ajaib. Eh, rasa dah lama tau teringin nak beli tapi asyik tak kesampaian jer kan. Bila opismate bagitahu husben dia ke Langkawi terus ai gedik kirim jugak. Haha. Kira reward untuk diri sendiri la eh.

Balik rumah tadi asben eksaited gilew. Siap cakap kenapa tak kirim dua bijik, boleh bagi kat ma satu. Thehehe. Takpelah asben. Next time kita beli kat ma okeyy.


Semalam shopping barang dapur semua, tapi sedihnya pasar raya tu barang basah langsung tak menyegarkan. Jadi segala sayur halia cili ayam ikan tak beli pon semalam. Malam ni mengagau tak tahu nak makan apa. Nasib baik ada lagi belen ayam. Jadi kita buat la nasi goreng orang bujang dengan merasmikan pemanggang ajaib kita. Eh, bukan goreng nasi guna pemanggang ni okeyyy. 


Hahaha. First time merasmikan pemanggang ajaib. Heyyy ayam tu bukan hangit okeyy. Tapi sebab terlebih sos bbq agaknya sampai melimpah ruah. Heee. Ayam tu perap dengan sos bbq dan lada sulah sikit.

Makan dengan nasi goreng bujang. Sayur takde, cili pon takde, nasib baik ayam ada jugak sikit kan. Nasib baik rasa boleh lah kan. Hehehehe.


Okey. Kenyang dah. Pasni kena google apa lagi bleh masak dengan pemanggang ajaib. Haha. Kemain google kan.


4 comments:

  1. Bestnya..sya nk bli2..x dpt2 lg ni...nk masak crepe,ayam pnggang..nyum2..

    ReplyDelete
  2. nok pnjam pemanggang ajaib kali. nak panggang daging ae haha

    ReplyDelete
  3. Sya : Hehe. Tula. Baru dapat. Tak tahu apa lg boleh masak yer?hehe..

    ReplyDelete
  4. ApihApijo : Meh le nak pinjam ponggggg...kita sewa RM5 je sehari.haha..

    ReplyDelete