Pages

Sunday, 1 December 2013

Bajet beli di pasar minggu.











Salam uollss..

Dah nak masuk setahun duk rumah sewa ni tak pernah sekali pun pegi terjah pasar minggu. Kat kampung ni ada pasar minggu setiap hari Jumaat pagi. Malam Khamis dah plan awal-awal nak pegi beli barang basah.Punyalah semangat jam 7.30 pagi Jumaat dah keluar. Hehheh.

Beli itu beli ini tup-tup tengok dah RM60 ringgit plus-plus dah. Heyyy. Budjet nak beli RM30 jerrrr. So kira-kira balik apa yang dibeli. Ape lah yang mahal sangat tuh.

 Mula-mula beli IKAN BILIS = RM5.00. Ingatkan banyak la RM5 tu. Rupanya secotet jer. Next time kena beli RM10 la. Kitorang ni kerap jugak makan ikan bilis. Cepat jer habisnya. 

Tengok ikan masin ni teringat gulai ikan masin. Sedapnya gulai ikan masin. Lama tak makan. Beli ikan ni hope ada masa terluang dan kerajinan untuk masak gulai ikan masin.
IKAN MASIN 1= RM2.00
 
Kemudian en.beliau la ni sempat jugak dia beli ikan ni. Dia cakap sedap goreng garing makan ngan nasi. Ratah macam tu pun sedap. Saya tak ingat la. Macam pernah makan ikan neh. Tak tau apa nama ntah. So beli ikan ni. IKAN MASIN II = RM3.00
  
Ni cili boh. Kat rumah kan takde blender, susahlah kalau beli lada kering. Nak senang beli je cili boh ni. Tapi yang ni orang kampung buat. Biasa kalau beli yang cop kilang tu rasa masin. Nak buat sambal pun tak sedap sangat. Ni takde lah masin sangat. Rasa lada asli gitu. Haha. Siap review.
CILI BOH = RM1.50 

Kemudian beli ikan. Saya tengok stail orang kampung ni beli diorang akan pegi dari satu gerai ke satu gerai tanya harga ikan per/kg kemudian lepas buat rumusan agaknya barulah pilih gerai yang paling murah. Macam tu kot. Sebab tengok akak tu sampai empat gerai dia tanya ikan selayang berapa sekilo. Tapi kitorang ni takde lah macam tu. Terjah gerai yang ramai orang jer. Haha. Boleh macam tuh?
IKAN SELAYANG = RM5.00
IKAN SELAR KUNING = RM6.00
IKAN TONGKOL = RM7.00 
 

Pastu pegi carik sayur-sayur. Gerai sayur paling banyak. Eh, takleh panggil gerai la, pasal ada yang ilek jer susun sayur atas guni atas alas jer tanpa meja.


Cili tu seringgit jer. So, beli dua ringgit cili besar dan kecil. Pastu asben tengok pelik jer "banyaknye beli!!". Heyy plislah. Awak yang suka sangat pedas kan.


Ok lah. Kalau beli kat pasaraya tak dapat kot banyak macam neh.
LADA BESAR = RM2.00
LADA KECIL = RM2.00

En.beliau tiba-tiba jer rekues nak makan nasi ayam. So, kita beli la sayur mayur untuk nasi ayam. 

TIMUN = RM2.00
TOMATO = RM1.00

KOBIS NASI AYAM = RM1.50
SERAI = RM1.00
SAWI = RM1.00
HALIA = RM1.00

Kemudian lalu pegi kedai ikan masin lain baru teringat nak beli BUDU = RM1.50


Saya tak sempat masak sarapan pagi pon. Beli nasi bungkus dan kuih muih jer.


NASI LEMAK = RM1.20x2 = RM2.40
KETUPAT UBI = RM1.00
KUIH CEK MEK = RM1.00
Kuih ni sedap sangat. Habiskan dalam kereta jer.

Sekarang musim tengkujuh. Ramai sangat gerai jual ubi-ubi. Macam-macam jenis ubi ada. Tapi kitorang tak beli pon. Ubi kayu yang mak bagi hari tu pon sebulan baru habis. Thehehe.


 Perangai en.beliau ni pantang tau kalau shopping, tak kira pasar raya atau pasar malam ke hape mesti singgah kedai jual perfume. Ni perfume kereta yang femes sekarang kan. Perisa vannila best sangat. Kena bebel sebab dalam kereta aiolls ni bau kurang menyenangkan katanya. Eh, hari-hari kita g keje ok jer. Takde bau pelik pon. Haha. Dasar hidung tersumbat.

Tengkiu asben, nanti habis tolong belikan lg. Haha.
PERFUME = RM10.00
  

Hambik kau. Tak menang tangan bawak. Kat tangan saya pon penuh dah.  

 Pastu kat parking kereta nampak ada abang tu jual sabun. Pemes jugak sekarang. Ambik jugak sebotol yang bau lavender. 

CECAIR PENCUCI=RM10.00


So total belanja di pasar minggu hari ini adalah :
IKAN BILIS = RM5.00
IKAN MASIN 1= RM2.00
 IKAN MASIN II = RM3.00
CILI BOH = RM1.50 
= RM11.50

IKAN SELAYANG = RM5.00
IKAN SELAR KUNING = RM6.00
IKAN TONGKOL = RM7.00 
= RM18.00

LADA BESAR = RM2.00
LADA KECIL = RM2.00
TIMUN = RM2.00
TOMATO = RM1.00
KOBIS = RM1.50
SERAI = RM1.00
SAWI = RM1.00
HALIA = RM1.00 
=RM11.50

BUDU = RM1.50 
=RM1.50

NASI LEMAK = RM1.20x2 = RM2.40
KETUPAT UBI = RM1.00
KUIH CEK MEK = RM1.00 
=RM4.40

PERFUME = RM10.00
=RM10.00

CECAIR PENCUCI=RM10.00
=RM10.00 

TOTAL = RM66.90. 

 Fuhhhh. Tarik napas hembus. Beli dalam masa satu jam jer pon sampai RM60 lebih. Tapi takpelah. At least penuh jugak fridge dengan sayur ikan kan. Bosan jugak asyik makan ayam jer.


 


3 comments:

  1. Syu : Tau takpe Syu. pasni kena soping brg basah kt pasar la jawabnya =)

    ReplyDelete
  2. banyaknye memborong... kekeke

    ReplyDelete
  3. Asma : Hehe..sebulan sekali je Asma. Hehe..

    ReplyDelete