Pages

Saturday, 14 December 2013

Jom sembang.

Salam uollss.

Minggu lepas sungguh penat. Rumah tak sempat nak kemas-kemas sangat pon. Hukhuk.
Hari Jumaat dan Sabtu kan berada kat rumah mil. Kemudian, duk kat rumah dua hari Isnin malam bertolak ke KL untuk #annualdinner2013. Sampai rumah hari Rabu pagi tu asben ajak balik umah mil pulak sampai la ke hari Jumaat. Sabtu (hari ni) dah kerja.

Hari ni nak sembang pasal banjir. Agak terlewat kan. Masa pegi umah mil weekend yang lepas tu ujan tengah lebat gak time tu. Matahari pon tak keluar. Sampai je umah mil dah lewat dalam kul 11.00 lebih la. Penat sangat terus tido. Kul 1.00 am asben kejut ajak pegi tengok air banjir. Huwaaaa.. aiolls muka baru bangun tido ikut jer kan.

Tengok air banjir yang memenuhi longkang besar. Sampai melimpah atas jalan dan halaman rumah sekitar. Ada jugak yang kena berpindah. Kesiannya.

Petang Jumaat keluar tengok air lagi. Hujan lebat sangat masa ni.


Pegi kat jambatan dungun. Takut tengok air yang deras. 


Taku-takut pon beranikan diri jugak duk kat pangkalan. Lepak situ ngan en.beliau dan adik ipar.

 Adik ngan abang gossip apa tuh.


Thehehe. Kemain ko posing macam gambo pre-wed jer. Asben tak mo layan gambar-gambar cenggini, nasib baik adik ipor layankan jer. haha.


Eh, suka sangat shawl ni. Sebab lebar dan panjang. Beli kat tapak ekspo Dungun. Harga RM10 jer. Muahaha. 
Lepas tu asben ajak naik kat jambatan plak. Jambatan ni masa tengah-tengah dalam pembikinan tak siap 100% lagi kami pernah gak lepak atas neh. Hehe. Dating konon kan. Masa tu ada budak-budak duk main kereta kontrol tuh.

Siap ada signboard bercahaya tu ha kat atas bukit. Baru pasang kot. Bulan lepas lalu macam tak perasan pon.

  

  

Pastu, macam biasa la asal keluar je kan mesti nak makan ABC, hujan-hujan plak tuh.  

Hari Sabtu pulak keluar ngan mak mertua dan adik pegi umah tok en.beliau. Eh, malasnya nak menaip. Tempek gambar je la aci tak.




Kesiannya tengok mangsa banjir terutama di Kuantan dan Kemaman. Macam mana dengan perabut barang letrik dalam rumah semua tu kan. Tengok kat fb my fren sedih dia sebab tak dapat selamatkan gambar-gambar dari zaman kanak-kanak sampai dah kawin dengan gambar anak dari umor sehari. 

Ada yang baru sebulan menetap rumah baru habis tenggelam semua perabut baru dalam rumah. Hukhuk. Ada yang tenggelam semua persiapan hantaran. Ya Allah kuatnya ujianMu.

Ya Allah. Sebak tengok kemusnahan akhibat banjir tu kat blog dan fb. Takpelah. Sabar semua yer sahabat-sahabat sekalian. Semua ni ujian dari Allah. Allah kan sebaik-baik perancang. Semua yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Semoga tebus bersabar dan bertabah kalian =)

No comments:

Post a Comment