Pages

Thursday, 23 January 2014

Fynn Jamal - Arjuna Beta

Salam uollss..

Korang kenal tak Fynn Jamal.  Tak kenal sila gugel okey. Kat IG saya suka sangat tengok pic n video anak beliau Ajuna. Ya Allah comel sangat. Setiap hari tak sah tak bukak ig semata-mata nak tengok keletah Juna. Kak Fynn punya gaya bahasa sangat puitis. Suka tau. Kadang-kadang aiolls pon dah terpengaruh bagi caption gambar siap ada perenggan demi perenggan. Haha. Tapi haruslah puitis saya kelaut. Dah lah kelaut, kelaut dalam pulak tuh. Heeee.

Lagu Arjuna Beta dah keudara ke radio. Tapi setakat ni saya tak berkesempatan dengar lagi. 

Arjuna Beta..sangat menyentuh naluri keibuan saya mendengar lagu ini.
Yer, saya takde anak pon lagi, belum dikurniakan rezeki rahim berisi lagi.
Tapi bila dengar suara lunak Kak Fynn dengan lirik yang menyentuh perasaan ini
terus saya terasa seperti saya seorang ibu.
Terima kasih kak Fynn..


Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar jengking dan ular bonda takkan berundur
Nyamanlah arjuna beta, mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda, tak jelas mata ambil yang sarat duri
Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda
Hiduplah arjuna beta, biarkan jasad yang lupa
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta, mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

3 comments:

  1. A'ah kan. Arjuna ni mmg comel sesangat.

    ReplyDelete
  2. Imah : Yup!!comel sangat kan =)

    ReplyDelete
  3. suka lagu ni, salah satu lagu Fynn Jamal yg terbaik :) selain Tahu dan Terbang Tunduk

    ReplyDelete