Pages

Thursday, 27 March 2014

Kenduri sepupu di Felda Lepar Hilir 4

Salam uollss.

Hai lah, lama betul tak update belog. Bersawang dah ni. Rasa macam bizi sangat sekarang sampai belog pon terabai. Maapkan saya belog. Weekend lepas saya pegi Lepar Hilir 4 umah mak sedara yang bongsu belah mak. Sepupu aiolls Amy kawin. Seumur hidup tak pernah jejak kaki pon ke rumah Su. Su je yang selalu datang umah kitorang, kalau ada kenduri jer 2-3 hari berkampung kat umah kitorang, Pok Su siap tebar roti canai kat umah kitorang. Pok Su memang jual roti canai. Sedapnyer...

Kitorang bertolak pagi Jumaat pegi sebuah kereta - mak, adik ngan anak buah sorang. Sampai Dungun ambik en.beliau. Tapi biasalah aiolls la yang kena drive, alasan nak suh bini berani skit drive jauh-jauh. Padahal dia nak tido.. Grrrrrrr.

Sampai Kuantan roger Amat sepupu en.beliau suruh dia tunjuk jalan ke Lepar. Mak pernah pegi sekali je tu pun tak ingat jalan dah. Sampai je kat Lepar konfius tengok ada khemah siap ada ramai orang duk makan. Eh, bukan kenduri esok ke. Rupanya kat sana kenduri 3 hari. Suka tengok. Siap ada jadual lagi ko bahagian ini, aku bahagian ini. Sangat bekerjasama. Kitorang tetamu vip ni tau rehat-rehat, makan, santai jer. Kihkihkih.

okey. Malas nak story banyak-banyak. Tengok gambar saja okey.
Tema pink + biru. Suka-suka. 


Masa kenduri hari Sabtu Pok Su bizi takde sempatnya nak tebar roti canai. Ni kawan dia kot. Pagi-pagi kitorang sampai makan roti canai dulu sementara tunggu nasi minyak masak.


Sepupu-sepupu-anak-sepupu


Bagus betul cameraman dia. Banyak gambar dia shot. Kat luar rumah masa kitorang anak beranak duk salam-salam peluk-peluk lama tak jumpa dia shot jugak. 


Pengantin laki dah sampai. Akad nikah pagi dalam kul 11pg macam tu la. Then pengantin tukar baju terus sanding.





 





My kazen Zaliha ni kazen yang paling rapat la dengan aiollss. Dulu masa kecik kitorang kan jarang jumpa, selalu duk main utus surat la, citer pasal x-bf la. Kihkihkih. Hari raya je mesti pos kad raya, birthday jer pon mesti buat kad. Heeee.


Pok su sayu sangat menyerahkan tanggungjawab jaga  anak sulong dia pada menantu. Dua-dua nangis masa ni. Ai is sebak, mengalir air mata, tapi gigih jugak nak snap gambo.

Selfie lagi. Takdak orang ambik gambo kita. Selfie je la. Hehehehhe.





Dah siap nikah acara sanding pulak.





Alisha comey sangat. Anak buah weolls yang paling bongsu.



With the pengantin. Ramai sangat cakap muka kitorang ada iras, mak sedara dia, sepupu dia, mak cik felda..eh, en.beliau pon cakap ada iras. Heee..

 Hehe. En.beliau suka sangat dukung Alisha. Budak Alisha ni tak banyak ragam. Pulak tu suka ngan kaum laki. Asyik kena gomol dek en.beliau. Heeee. 

Pok Su sewa homestay. Family kitorang tido homestay, family Chik tido umah Su. Dua orang abang aiolls dari Putrajaya n Klang pun turun sekali.

Hari Ahad nak g kenduri belah laki kat Felda Lepar Hilir 3.

Duk sebelah anak-anak buah yang masing-masing dah besor terus rasa diriku sebaya diorang. Ngehngehngeh.





Uihhh. Apesal diriku nampak macam kalut sangat tu. Haha.













With sepupu-sepupu. Tak ramai sangat masa ni. Coz ada yang datang masa kenduri umah Pok Su jer.



Nak citer jugak, handbeg tu mak mertua bagi. Besar sangat ruang dalam beg. Pastu en.beliau bersuara..
"Untung syg ada beg besar, boleh b letak macam-macam"

Pastu disumbatnya dua-dua bijik henpon, ngan powerband lagi, ngan rokok dia lagi. Huaawaaa. Ma, aiolls dibuli. Pastu boleh tak dia sumbat sekali ngan bunga2 telur ngan doorgift yang kitorang dapat. Adoiiiii.

Plisss awak, kita rasa kena handbeg yang lebih besar lagi. Kan. Kan. Kan.


Thursday, 20 March 2014

Sunday, 16 March 2014

Resepi agar-agar pelangi.

Salam uollss..

Hurm..lama betol tak hapdet. Rasa macam mood ke laut je. Huhuhuhu. Weekend balik rumah mertua. Pastu mak mertua nak makan agar-agar. So aiolls ngan adik ipar plan nak buat. Tak tahu nak buat agar-agar apa. Godek-godek resepi jumpa la agar-agar ni. Tak ingat apa nama, kita kasi nama agar-agar pelangi okeyy. Kemain semangat. Lepas jumpa resepi terus keluar beli santan. Nak link entri asal tak dapat la, saya gugel guna hp xingat pulak link apa.

AGAR-AGAR PELANGI

Senang jer semudah abc, nanti nak buat pulak kat rumah. Hehhee.

Bahan-bahan adalah :

Bahan A
Telur 8 biji
Santan pekat 2 cawan
Gula 5 senduk
Garam sikit je
Esen vanilla satu sudu
Perisa pandan satu sudu
Pewarna (empat warna berbeza)

Mula-mula kacau telur  dalam bekas bersama dengan santan, gula, garam. esen vanilla dan perisa pandan. Kacau sampai sebati, sampai gula cair.

Kemudian bahagikan ia dalam empat bekas. Saya letak dalam tipuware je. Carik yang elok la nanti nak kukus jangan cair plak tipuware tu. Nak buh dalam loyang pun boleh. Sukati la.

Kemudian empat perwarna yang berbeza tu kacau la dalam bekas tu sampai warna sebati. Dah dapat empat warna kan, so masukkan dalam kukusan, kukus sampai masak.


Bahan B
Agar-agar (serbuk/yang macam tali)
Air
Gula 5 sudu

Kemudian dalam periuk yang lain pulak, masakkan agar-agar. Ikut je la arahan kat plastik agar-agar tu. Hehehe. Masukkan jugak gula. Kalau rasa nak kurang manis kurangkan gula. Tapi kitorang buat ni ngam-ngam betul. Tak manis sangat pon.


Okey, nanti bila Bahan A yang kita kukus tadi dah masak keluar kan la dari kukusan. Lepas tu dengan menggunakan sudu, ambik la Bahan A tu masukkan dalam bekas secara selang-seli. Susun cantik-cantik. Tapi kitorang ni malas. Nak tengok hasil jer macam mana, so buat laju-laju comot sekali hasilnya. Hahaha.

Dah habiskan semua empat warna tu curahkan agar-agar yang dah masak tadi atas Bahan A. Jangan bagi tebal sangat. Bagi tenggelam je Bahan A tu. Haku pon tak tahu apa nama sebab tu duk sebut Bahan A jer. Kahkahkah.


Dah siap biarkan diorang sejuk dulu, kemudian baru masukkan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk. Nyummmy sangat. Mak mertua lalu sebelah pon tak perasan. Hehehehe.


Selamat mencuba. 

Monday, 10 March 2014

Nasi goreng ayam kunyit

Salam uolls.

Saya kan ada habit kalo makan nasi goreng suka add on ayam goreng kunyit, takpun sotong goreng kunyit. Baik order di kedai ataupun masak sendiri di rumah.

Dulu en.beliau ada tak bleh sukati masak ikut selera kita. Kena tanya apa dia suka. Opkos la kontra kan. Dia suka ayam taruk dalam nasi goreng. Saya kureng suka. Tak tau la. Macam pelik je. Kalau makan masakan bergoreng saya tak suka makan ayam dalam masakan tu. Pelik sebab dulu tak pun habit macam ni. Dah sekarang ni faktor usia la kot. Bhahahaha.

Jadi, kalau ada ayam harusla kutip satu-satu letak dalam pinggan husben. Takpun awal-awal lagi ada garfu merayap dalam pinggan saya cari ayam. Ekeke. Nasib la kontra husbeng. Takdela membazir. Hehehe.