Pages

Thursday, 27 March 2014

Kenduri sepupu di Felda Lepar Hilir 4

Salam uollss.

Hai lah, lama betul tak update belog. Bersawang dah ni. Rasa macam bizi sangat sekarang sampai belog pon terabai. Maapkan saya belog. Weekend lepas saya pegi Lepar Hilir 4 umah mak sedara yang bongsu belah mak. Sepupu aiolls Amy kawin. Seumur hidup tak pernah jejak kaki pon ke rumah Su. Su je yang selalu datang umah kitorang, kalau ada kenduri jer 2-3 hari berkampung kat umah kitorang, Pok Su siap tebar roti canai kat umah kitorang. Pok Su memang jual roti canai. Sedapnyer...

Kitorang bertolak pagi Jumaat pegi sebuah kereta - mak, adik ngan anak buah sorang. Sampai Dungun ambik en.beliau. Tapi biasalah aiolls la yang kena drive, alasan nak suh bini berani skit drive jauh-jauh. Padahal dia nak tido.. Grrrrrrr.

Sampai Kuantan roger Amat sepupu en.beliau suruh dia tunjuk jalan ke Lepar. Mak pernah pegi sekali je tu pun tak ingat jalan dah. Sampai je kat Lepar konfius tengok ada khemah siap ada ramai orang duk makan. Eh, bukan kenduri esok ke. Rupanya kat sana kenduri 3 hari. Suka tengok. Siap ada jadual lagi ko bahagian ini, aku bahagian ini. Sangat bekerjasama. Kitorang tetamu vip ni tau rehat-rehat, makan, santai jer. Kihkihkih.

okey. Malas nak story banyak-banyak. Tengok gambar saja okey.
Tema pink + biru. Suka-suka. 


Masa kenduri hari Sabtu Pok Su bizi takde sempatnya nak tebar roti canai. Ni kawan dia kot. Pagi-pagi kitorang sampai makan roti canai dulu sementara tunggu nasi minyak masak.


Sepupu-sepupu-anak-sepupu


Bagus betul cameraman dia. Banyak gambar dia shot. Kat luar rumah masa kitorang anak beranak duk salam-salam peluk-peluk lama tak jumpa dia shot jugak. 


Pengantin laki dah sampai. Akad nikah pagi dalam kul 11pg macam tu la. Then pengantin tukar baju terus sanding.





 





My kazen Zaliha ni kazen yang paling rapat la dengan aiollss. Dulu masa kecik kitorang kan jarang jumpa, selalu duk main utus surat la, citer pasal x-bf la. Kihkihkih. Hari raya je mesti pos kad raya, birthday jer pon mesti buat kad. Heeee.


Pok su sayu sangat menyerahkan tanggungjawab jaga  anak sulong dia pada menantu. Dua-dua nangis masa ni. Ai is sebak, mengalir air mata, tapi gigih jugak nak snap gambo.

Selfie lagi. Takdak orang ambik gambo kita. Selfie je la. Hehehehhe.





Dah siap nikah acara sanding pulak.





Alisha comey sangat. Anak buah weolls yang paling bongsu.



With the pengantin. Ramai sangat cakap muka kitorang ada iras, mak sedara dia, sepupu dia, mak cik felda..eh, en.beliau pon cakap ada iras. Heee..

 Hehe. En.beliau suka sangat dukung Alisha. Budak Alisha ni tak banyak ragam. Pulak tu suka ngan kaum laki. Asyik kena gomol dek en.beliau. Heeee. 

Pok Su sewa homestay. Family kitorang tido homestay, family Chik tido umah Su. Dua orang abang aiolls dari Putrajaya n Klang pun turun sekali.

Hari Ahad nak g kenduri belah laki kat Felda Lepar Hilir 3.

Duk sebelah anak-anak buah yang masing-masing dah besor terus rasa diriku sebaya diorang. Ngehngehngeh.





Uihhh. Apesal diriku nampak macam kalut sangat tu. Haha.













With sepupu-sepupu. Tak ramai sangat masa ni. Coz ada yang datang masa kenduri umah Pok Su jer.



Nak citer jugak, handbeg tu mak mertua bagi. Besar sangat ruang dalam beg. Pastu en.beliau bersuara..
"Untung syg ada beg besar, boleh b letak macam-macam"

Pastu disumbatnya dua-dua bijik henpon, ngan powerband lagi, ngan rokok dia lagi. Huaawaaa. Ma, aiolls dibuli. Pastu boleh tak dia sumbat sekali ngan bunga2 telur ngan doorgift yang kitorang dapat. Adoiiiii.

Plisss awak, kita rasa kena handbeg yang lebih besar lagi. Kan. Kan. Kan.


1 comment: