Pages

Sunday, 9 March 2014

Suprise Wedding Anniversary for husband.

Salam uollss..
Sekejap betul masa berlalu. Eh, rasa macam baru dua tiga bulan lepas kita tengok muka pucat husband salam ngan tok kadi. Now dah dua tahun dah. 9hb Mac genap la dua tahun. Alhamdulilah. Syukur sangat dengan anugerah ini.

Sepanjang dua tahun ni kami dah merasa hidup dengan my famili, kemudian pjj, kemudian dapat duk sebumbung berdua, setahun lepas tu kembali pjj. Tapi pjj yang ini sejam drive dah sampai. Kadang-kadang best jugak pjj ni, dia macam perasaan teruja nak jumpa tu lain macam jer. Kahkahkah.

Okey, sebenarnya nak story pasal seprais annivesari. Opkos la saya yang buat seprais. Eh,my husband ni agaknya dia ingat ke tak tarikh penting ni. Tapi memang husband jarang sangat nak ingat tarikh-tarikh keramat ni, dulu masa awal-awal kapel selalu aiols merajuk dia lupa wish besday ngan tarikh kapel. Ko gile tak merajuk. Pastu konon nak merajuk sampai pagi besok, sampai dua tiga hari sebab dia lupa tarikh penting kita kan. Tup-tup lepas letak hp terus msj..
"Hari ni 14 Jun genap kita kapel 5 tahun, saya harap hubungan kita kekal sampai naik pelamin, sampai anak cucu sampai akhir hayat" taip msj sambil meneleh-neleh air mata. Bukan sebab terharu tapi sebab pakwe lupa tarikh kapel.

Hahahahaha. Gelakkan diri sendiri. Pastu jari standby tekan button hijau sebab tak sampai 2 saat dia akan call mintak maap. Hahahaha. Tak payah nak gelakkan saya sangat lah. Korang pun sama kan.

Tapi lama-lama aiols dah biasa dah. Kadang-kadang tak sambut pun. Tapi ucapan tu wajib la dengan taktik di atas kalau dia lupa wish. Hahaha.

Ok. Enibesari ni last minit jugak saya plan. Husband balik 27hb Feb hari Khamis lepas magrib. Mungkin tak balik dah weekend sebelum enibesari tu, jadi saya pun buat je 27hb tu. Kira awal seminggu la. Masa tu dah berkira-kira nak buat ke tak coz kebetulan gaji tak masuk lagi masa tu. Macam-macam benda yang dirancang nak beli ni. Huwaaa. Tapi husband ni macam tau tau je. Dia msj cakap bank in duit. Lompat bintang la kita. Harhar.

Petang Rabu balik keje dh la lewat sebab siapkan dokumentasi penting, jalan sorang-sorang ke hulu hilir tengah bandar tu.

Mula-mula cari lilin bulat-bulat ni, jumpa kat kedai jual barangan pengantin.
Kemudian carik glass jar ngan bunga plastik untuk hias atas meja.
Nak carik alas meja penat dah, so balik rumah carik shawl yang tak pakai jadikan alas meja. Recycle je. Hias skit frame gambar. Gambar kawin ada yang custom je, nak cuci tak sempat dah jadi buh gambar tunang je la. Pun boleh. Frame tu dua-dua hadiah, yang putih hadiah kawin, yang hijau hadiah besday.

 Hari Khamis yang ditunggu tiba jua. Petang balik kerja saya pegi ambik kek yang ditempah dengan sis mieyza. Lama sangat dah terliur tengok kek dia buat.


Husband tak makan pun kek, tak suka katanya. Jadi sengaja la aiols beli perisa coklat kegemaran aiols. Winkwink. Dalam perjalanan saya balik rumah husband call cakap dah bertolak dari Dungun. Jadi saya kena bersiap dalam sejam lebih la. Berdebar kemain. Macam blind date gamaknya. Yela. Ni 1st kot sepraiskan beliau.


Dalam 9.00 lebih beliau call. Saya tanya ada kat mana.
 "Ada kat Rantau Abang".
 "Jauh lagi la eh".
 Saya ni serba salah la. Nak pasang lilin bayangkan la kena tutup kipas. Dahla panas dengan nyamuk lagi. En.beliau ni bukan bleh caya. Kata kat Rantau Abang,ntah-ntah dah nak sampai. Saya bercakap dengan diri sendiri. Kemudian 5 minit lepas tu bunyi kereta yang sangat saya cam. Ya Allah, dah agak dah. Saya yang seprais. Kalut la saya ni keluarkan kek, nak nyalakan lilin lagi. En.beliau pun dah bagi salam ketuk pintu terpaksa la aci aci buka pintu. Hahahaha.

Akhirnya beliau sendiri yang tukang nyalakan lilin. Itulah cerita seprais saya yang tak berapa nak seprais. Ceewah, dah macam esei sambung cerita la pulak. Kikikiki.

Buat husbandku Mohd Zulriduwan bin Othman (walaupun awak tak baca belog saya) terima kasih banyak-banyak menerima segala kekurangan saya, perbetulkan salah silap saya, menjaga saya sebaiknya, menyayangi saya setulusnya, menasihati saya sentiasa, memberi semangat pada saya,menjadi penyelamat saya dan segala kebaikan awak pada saya.

 Semoga awak sentiasa dibawah lindungan Allah. Terima kasih Allah panjangkan jodoh kami sampai seusia ini dan semoga jodoh ini kekal hingga penghujung nyawa kami.

Aamiin..


4 comments:

  1. sweet teh hok nie 2 org pun

    ReplyDelete
  2. xciter pun gane reaksi iwan dpt seprais kek aniveseri..hehe..

    hepi aniveseri awk berdua.. smoga bahagia hingga hujung nyawa..

    ReplyDelete
  3. HH : Suwet kan. Macam gula2 kan. Hehe

    ReplyDelete
  4. My sis : Hehehe.biasa je.Terharu jugak la 10sen.Kikikiki

    ReplyDelete