Pages

Monday, 2 June 2014

Hari minggu.

Salam uollss..
Petang Khamis dapat miskol dan msj dari en.beliau cakap dah ondeway. Eh, jarang sangat dia ni nak gerak awal-awal. Tak plan pun nak balik. Tup-tup msj dah gerak. Ni kes rindu melampau ke hape #muntahpatbelaskalimuahahaha 
Rushing jugak la balik kerja nak singgah Giant. Kita beli monopod so nak c.o.d kt Giant. Terkejar-kejar nak sampai dulu sebelum husband. 
Sebenarnya asben balik semata-mata nak beli barang spare part. Kecik hati ai ollss. Penat je perasan tadi. Muahaha. So, pagi Jumaat teman asben pegi beli barang dia opkos la kat kedai barang-barang kereta tu. Dia biasa sangat pegi kedai ni. Dah kenal baik dengan tokey ni. Macam-macam la dibelinya. Kita ni tukang tengok, tukang senyum jer.


Yang kita kenal minyak hitam je. Hahaha. Tu pun baru tau rupanya ada banyak jenis yang pekat number lain, yang kurang pekat number lain. Heeee. Ilmu baru neh.

Tokey baik sangat. Bagi asben t-shirt selai.

Kira jangan tak kira. Hasben dah bertongkat dagu tu mikirkan duit kuar. Heeee.

Tetiba beli wiper myvi. Ingatkan untuk customer dia. Rupanya untuk isteri dia. Hehehehe. Tengkiu asben, harapkan isteri awak nak beli wiper memang tak la kan. 

Pastu perut dah lapar jom cari kedai makan. Hari Jumaat banyak kedai tutup, tapi kat tengah bandar ada kedai yang bukak Restoren Mart Cafe. Macam tu ke eja. Tak ingat dah. Heee. Sini best ada ayam goreng macam KFC tu. Tau la kita bawak hantu ayam kan. Suka sangatlah.
  

Ambik setongkol je. Nanti nak makan nasi lagi.
  

Peewit. Aiollss pakai baju kurung. Kan hari Jumaat. Hehe. Padahal ada kenduri. Pakai siap-siap baju kurung kang terus balik rumah mak ambik mak bawak pegi kenduri sekali.

Asben order nasi goreng tom yam. Ok lah. Boleh tahan la rasa tuh. Yang penting pedas ai suka sangat.
  

Saya order nasi goreng cili padi + sotong goreng kunyit. Nasi goreng tak sempat ambik gambo, sampai je terus makan dengan rakus. Haha.
  

Nescafe o suam untuk yang tak minum ais.
  

Fresh orange untuk penggemar minuman berkhasiat. Kahkah. Sebenarnya nak minum juice apple tapi epal dah habis.

4 comments:

  1. Haha..bese la..org prmpuan mmg centu. Akak ana pun, naek kete pastu bwk je tahu. Yg laen2 tu bkn pro sgt. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana : kiki.ada geng rupanya..

      Delete
  2. restoren mat cafe eh? situ memang sedap. ayam goreng bapak besar. puas ati makan situ. haha

    ReplyDelete
  3. Asma : Btol2. Makan setongkol dah kenyang. Heee..

    ReplyDelete