Pages

Tuesday, 2 December 2014

Warkah buat sahabat.

 
Andainya kamu membaca ini...
 
 
Ketahuilah bahawa aku dah pernah rasa sakitnya ditinggalkan. Dek kerana keakraban dan indahnya memori bersama sampai adakalanya menjadi kelat dan tercalar oleh kerana kedengkian manusia lain.
 
Kerana ini aku tak akan ulangi perkara-perkara yang akhirnya akan membuat aku terseksa mengingati segala memori indah bila kau tiada.
 
Cukuplah Allah tahu betapa aku hargai persahabatan ini, kenangan ini, dan segala sifat baikmu pada aku. Aku hargai itu.
 
Maaf andai aku tak bisa jadi kenangan terindah dalam ingatan kamu. Cukuplah kamu tahu doaku sentiasa mengiringi perjalananmu sahabatku.
 
2/12/2014.

3 comments: