Pages

Wednesday, 7 January 2015

Alfatihah.

Salam uollss.
 
Tadi dapat panggilan dari mak. Mak bagitahu tuan rumah saya dah takde. Mak pun tak tahu sangat pun bila dia meninggal, jam berapa, bila kebumikan. Mak pun tak kenal informer yang datang tu. Tapi tuan rumah memang ada bau-bau bacang jugak dengan ayah.
 
Terkejut jugak sebenarnya. Baru hari Isnin saya pegi rumah beliau. Niatnya nak bayar duit sewa rumah. Masa tu beliau baring je. Menantu beliau cakap tok (tuan rumah) tak boleh bercakap dah, tapi dengar lagi apa kita cakap, paham lagi apa kita cakap. Tak makan dah. Minum pun sikit.
Masa kita salam tu pun rasa lain macam jugak. Perasaan yang sama masa salam dengan arwah nenek (belah mak) sebelum arwah pergi. Tapi kita abaikan perasaan tu. Tak nak fikir bukan-bukan.
 
Arwah tok (tuan rumah) baik hati sangat. Kita start menyewa bln januari 2014. So dah setahun dah menyewa situ. Tiap kali pegi bayar sewa rumah mesti dia ajak masuk minum air hidangkan kuih ke biskut ke. Kalau tak masuk dia beria-ria jugak masuk. Dengar dia bercerita. Biasanya pasal penyakit dia la, kena pegi spital, kena makan ubat. Tapi kita dengar je la. Angguk-angguk kadang mencelah jugak.  Kalau bayar sewa awal skit mesti dia cakap tak payah gaduh2 la, tak cukup bulan pun lg.
 
Huhu. Baiknya beliau..
Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan insan beriman dan beramal soleh..aamiin..

2 comments: