Pages

Saturday, 7 February 2015

Resepi Bihun Sup pun bolehlah..

Salam uollss..

Malam ni teringin sangat nak makan mee sup. Teringat Khamis lepas kita pergi beli barang dapur ngan asben. Beli mee sebungkus. Konfident sangat mee ada bersilat lah kita kat dapur masak sup. Kali ni sup resepi durhaka skit. Cedok situ sini sana nasib baik masih rasa sup. Dah masak sup nak celur mee carik mee tak jumpa. Habis tempat geledah. Macam besar sangat je dapur kita tu. Yakin sangat kita memang beli mee. Tak taulah tertinggal kat pasaraya ke, dalam kereta asben ke atau kita memang tak beli pun mee tu. Adeh. Faktor usia ni, takpe boleh dimaafkan. Heheh. Nasib baik ada bihun. So makan bihun je la.

Resepi bihun/mee sup semudah ABC

Bawang merah 10 biji yang kecik-kecik tu
Bawang putih 7 biji
Halia 1 inci (ketuk)
Bunga lawang, kayu manis & buah pelaga. Kita biasa beli sepeket dah campur siap-siap.
Serbuk sup Adabi (2 sudu)
Serbuk kurma (1 sudu)
Ayam potong kecik-kecik
Taugeh
Bawang goreng
Garam dan perasa

Okey, mula-mula hiris bawang merah dan putih kemudian tumis dengan halia yang diketuk tadi. Buh skali rempah tiga sekawan tu (bunga lawang dll). Serbuk sup dan kurma bancuh dalam air skit pastu buh dalam periuk.

Masukkan ayam dan air. Sukati la nak banyak mana. Pastu letak la serbuk perasa. Dah ok secukup rasa tu buh la bawang goreng. Ok. Siap.

Saya suka makan pedas jadi buat lah sambal kicap.

Cili 7 biji
Garam
Gula
Kicap manis.

Tumbuk cili, garam dan gula sampai lumat. Kemudian letak kicap.

Celur mihun or mee dan jugak taugeh. Taugeh celur kejap je nanti layu tak sedap.

Okey. Selamat menjamu selera!!


No comments:

Post a Comment