Pages

Sunday, 7 January 2018

Azam 2018??

Salam uollss..

Alhamdulillah dah melangkah seminggu di tahun 2018. 2017 macam sebelum ni jugak, hidup sederhana namun bahagia dengan keluarga kecilku. Orang cakap 5 tahun pertama tu dugaan betulkan. Biasalah gaduh merajuk adat resam dalam rumahtangga. Tapi sejujurnya jarang sangat bergaduh. Bila dah kawin masing-masing memang jadi penyabar. Dah ada anak lagilah penyabar. Cuma saya la banyak marah anak. Haha. Sori Daniel. Mami marah sebab sayang tau. Tips dia dalam rumahtangga kena saling toleransi. Perkara kecil jangan perbesar-besarkan. Kami kalau bergaduh memang tak lama. Kalau kecik hati jauhkan diri jap dari dia. Masuk bilik kemas almari jap eh tuptup keluar bilik dah tak marah tak gaduh dah. Tapi tula saya pon tak leh nak sembang kencang sangat. Baru 5 tahun lebih kawin. Dah la pjj. Jumpa weekend je. Kalau pasangan yang duduk sebumbung hari-hari lagi lah macam-macam kesabaran perlu ditangani kan.

Eh. Rajin pulak saya nak sembang-sembang hari ni yer. Hahaha.

Cuma untuk tahun 2018 ni semoga terus sukses dalam kerjaya. Hurmm. Suskes dalam erti kata memberikan yang terbaik untuk diri sendiri, untuk kepuasan diri, buat setakat mana yang mampu dan terus bertahan walau apa jua task yang kena buat. Semoga terus kuat.

Ya itulah sebenarnya motif kita menulis. Just nak highlight ayat2 akhir je. Yang atas tu mukadimah je nak membebel.

Okey azam lain?? Semoga tahun ni dapat setelkan hutang-hutang. Dah setel hutang baru dapat fokus untuk simpan duit buat rumah. Semoga Allah permudahkan. Aamiin 😘😘

4 comments:

  1. W'salam Iza Fiza..
    Semoga segala impian Iza menjadi kenyataan dan segala urusan dipermudahkan..
    Amin...

    ReplyDelete
  2. Jom awak kita wak business sama. Business online ke. Jd agent ke. Tp x tau nak jual apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.jomlah awk.tapi nk jadi agent jual ape.huwaaaa.

      Delete