Pages

Tuesday, 13 November 2018

Kronologi TTC selama 3 tahun.

Salam uollss.

Entri tentang ttc paling mendapat view tertinggi sepanjang saya berblog dari 2006. Terutama untuk entri ini ; PERCUBAAN HAMIL DENGAN CLOMID.

Tengok draft rupanya ada saya tulis pasal ni tapi tak habis. Haha. Kita kasi highlight sikit. Sayang nak delete penat-penat saya perah idea nak membebel. Kahkah. So kita post balik la sebagai kenangan dan update mana yang patut. Ni saya taip tahun 2014.

Dah lama entri ni terperam dalam draft. Sikit-sikit saya menaip. Supaya apa yang ada dalam fikiran ni takkan terhapus. Nak buat macamne, nak masuk 3 series ni asyik jadik pelupa jer. Hehehehe.
Sekejap masa berlalu kan. Tinggal tak sampai dua bulan jer lagi nak masuk tahun kedua perkahwinan. Hurmm. Kalau korang seusia perkahwinan dan senasib dengan saya haruslah penat dah telinga ni mendengar soalan demi soalan. Haruslah mulut ni penat menjawab dan menjawab. 
Sampai ada masanya saya menangis depan orang yang bertanyakan soalah tuh. Yang tanya dengan berhemah ok lah. Yang main redah je tanya macam kita ni takde hati dan perasaan haruslah terluka hati ini. Ewahhh. Kau dah kenapa.
Tapi hidup kena kuat. Kena sabar. Saya yakin dengan rezeki yang Allah kurniakan. Kena bersabar dan berusaha dan berdoa. Selebihnya berserah jer dengan ketentuannya.

*****

2012
Tahun pertama kahwin. Saya kawin Mac 2012. Lepastu suami kerja Kuantan saya kat Kuala Terengganu. Pjj la. Selang dua minggu suami balik takpun saya kesana. Masa tu baru-baru kawin kan kami memang tak pernah merancang atau berusaha menangguhkan. Cuma takdelah berusaha makan apa-apa or cuba any kaedah untuk mengesan kesuburan ke apa. Just berpandukan pengetahuan sendirilah dan kita pon boleh kira sendiri. Normallah manusia, terutama mak cik-mak cik kepoh, lepas 2-3 bulan kahwin pun dah sibuk tanya dah ada isi ke, dah melekat ke. Senang sangat haihh mulut mak cik. Kita cilikan nak?? Tahun ni berPJJ dengan asben. So pasrah je lah jumpa time bukan 'waktu sepatutnya'.

2013
Tahun paling menggembirakan. Dapat duk sekali ngan asben. Barulah saya start try itu ini. Masa ni kami start menyewa. Memang struggle sikit dengan komitmen yang banyak dan suami baru kerja dan ada masalah kat tempat kerja tu, tukar kerja pulak and so on..

Tahun ni saya baru start nak mencuba. Bulan Januari 2013, saya start makan vitamin set untuk kesuburan untuk sebuah produk. Tapi saya sempat habiskan satu botol jer. Sebab saya rasa kitaran saya makin lama makin panjang. Sampai satu tahap tu cycle sampai 40 hari. Kemudian saya stop makan. Tak salahkan vitamin tu lah. Mungkin cara saya makan salah ke. Atau mungkin tak sebati dengan tubuh badan saya kot. Entahlah. Bila stop makan vitamin kitaran kembali normal.

Kemudian opismate kirimkan kat saya buah zuriat dari Mekah. Saya minum air rebusan buah zuriat jugak. Setiap hari minum sampai habis sebiji. Sebiji jer. Asben pun sama-sama minum. Cuma dia boleh minum seteguk jer. Terus mual nak keluar segala isi perut katanya. Haha. Pastu tak rebus lagi dah. Hehe. Tak konsisten betul.

Pernah jugak ke klinik dan doktor bagi ubat untuk hormon. Masa tu kebetulan period saya datang 2x sebulan. Yang kali pertama tu ok lah ikut betul aturan apps woman log tu. Tup-tup lepas seminggu habis period datang balik. Cuak lah kita. Pergi klinik jumpa doktor dia bagi ubat hormon. Barulah kembali stabil. Saya rasa pertambahan berat bermula lepas makan ubat tu. Berat bagai di pam-pam.

Kemudian pertengahan tahun 2013 saya pegi mengurut. Pergi mengurut dua kali jugak la. Nenek tu cakap rahim ok, cantik takde masalah. Mungkin belum sampai rezeki katanya. Baik nenek.

Then saya jugak minum jus delima je. Kat pasaran macam-macam ubat kan. Tapi bila saya tengok tak terdetik pun hati nak cuba. Takut jugak kesan sampingan. Jus delima dherbs tu macam ok lah. Minum tu rasa lah macam bertenaga skit. Kuikuikui.

Sepanjang setahun tu macam-macam la saya cuba. Tapi takdelah makan produk macam-macam jenis kat pasaran tu. Saya banyak google kebaikan dan keburukan. Apa-apa makanan perubatan nak masuk perut saya tak kan dengar dari mulut orang elok ke tak. Sebab dah banyak kes terjadi kan. Produk tu bila elok untuk orang lain tak semestinya elok untuk kita. Penerimaan badan berbeza.

2014

Masuk tahun 2014 saya pindah rumah. Masih lagi menyewa dan start tahun ni kembali pjj dengan asben. Tapi tak jauh la. Kuala Terengganu-Dungun. Dalam satu jam lebih. Setiap minggu asben akan balik. Tahun ni saya dah tak mencuba apa-apa. Hanya berserah dengan rezeki yang belum sampai masa yang tepat.

Sebenarnya tahun 2012,2013 dan 2014 setiap tahun tu saya mengalami kemalangan jalan raya. Bila fikir balik mungkin asbabnya Allah tangguhkan dulu rezeki zuriat. Kalau saya accident sewaktu hamil atau dah ada anak tentu lebih perit nak menanggungnya.

2015

Kebetulan saya balik kampung rumah mil dan saya demam. Pastu saya ke klinik jumpa doc. Sembang punya sembang keluar cerita pasal zuriat pasal asid folic dan clomid. Doktor Raihan ni sangat baik dan sangat positif. Saya terus nekad untuk try makan clomid. Alhamdulillah percubaan clomid untuk satu cycle berjaya. Namun kita hanya mencuba kan. Allah yang mengatur keberhasilannya.

Rezeki zuriat datang lepas tu rezeki saya dapat pindah rumah sewa lagi. Memang penat kali ke3 pindah dengan masa tu saya baru preggy. Tapi syukur sangat pindah kali ni dekat sangat dengan rumah mak. Rumah pun lebih selesa.

Sepanjang kehamilan saya takde langsung alahan, pening kepala or muntah. Saya deliver baby Disember 2015. Alhamdulillah sekarang anak saya dah 2 tahun 10bulan++.

Okey. Sampai sini je cerita. Tq sudi baca sampai habis perjalanan ttc saya. Kepada yang masih menanti kehadiran zuriat bersabar, teruskan berdoa dan berusaha. Allah akan kurniaan pada saat yang dirasakan tepat untuk kita.


8 comments:

  1. anak adalah anugerah Allah... Kita hanya mampu berusaha... Namun, Allah yang menentukan segalanya...
    hanya orang yang pernah mengalami saja faham hati dan perasaan mereka yang diberi dugaan sebegini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul izni. Kena bersangka baik dengan perancangan Allah.

      Delete
  2. Tahniah dik..akk sendiri pun 5tahun lepas kahwin baru Allah beri rezeki hamil..Alhamdulillah 😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah akak. Sekejap atau lambat allah bg pada waktu yang tepat kan.

      Delete
  3. Alhamdullilah. Tahniah Iza. Berkat usaha dan kesabaran, berbuah hasil. Siqah juga turut percaya dengan perancangan Allah. Inshallah, usaha, doa, dan tawakkal sentiasa.

    ReplyDelete
  4. Assalam sis.. Sis mkn clomid just for 1 cycle jeke? Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Yup. 1 cycle je mkn. 2nd tu ambik ubat tak sempat mkn lagi dah lekat.Alhamdulillah

      Delete