Pages

Wednesday, 23 January 2019

Resepi kek coklat moist sedap dan mudah.

Salam uollss..

Dah 2x percubaan baking cake. Yang 1st trial lupa nak simpan resepi. So kali kedua percubaan meh la tempek resepi sini supaya next time nak try lagi kita tengok kat blog sendiri je yer.

RESEPI KEK COKLAT MOIST


1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan air suam
2 biji telur (gred A atau B)

1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu besar gula (kisar halus)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu susu tepung
Garam sikit jer

Mula-mula kacau bahan-bahan bentuk cecair tu susu, minyak, air suam dan telur. Kacau sampai sebati.

Lepas tu masukkan bahan-bahan tepung pulak. Semua tu ayak yer supaya tak berketul-ketul.

Dah siap letak dalam loyang. Oles margerin dulu kat loyang tu supaya tak melekat kek nanti.

Kemudian bakar suhu 160° dalam 40 minit. Jangan lupa oven kena panaskan dulu yer.

Kemudian sementara oven bunyi ting ting boleh buat topping pulak.

1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu cair

Masak secara double boiler sehingga adunan sebati dan likat. Dah masak kek boleh curahkan atas kek lepas tu tabur hiasan yang disukai.


Seriously yummy n moist sangat resepi ni. Next time saya nak try kukus pulak.

4 comments:

  1. Look very tempting, and that much more appealing and delicious!
    Would you like to follow each other? If the answer is yes, please follow me on my blog & I'll follow you back.

    http://www.okcheori.com

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:12 am

    Howdy! This post could not be written any better! Reading this post reminds me of my previous
    room mate! He always kept talking about this. I will forward this post to him.
    Pretty sure he will have a good read. Many thanks for sharing!

    ReplyDelete
  3. salam. anda dijemput join GA saya,

    https://www.astraveller.com/2019/02/doodle-planner-2019-giveaway.html

    TQ :D

    ReplyDelete
  4. FOLLOW atau
    Kunjungi Juga Blog Aku Ya Di:
    www.iyablog.com

    ReplyDelete