Pages

Tuesday, 18 June 2019

Throwback Pre-Eidulfitri 2019

Salam uollss..

Salam Aidilfitri semua. Masih terasa Aidilfitri lagi ke. Hehe. Kita baru nak update pasal Aidilfitri hari tu. Kemain sibuk yer ko beraya. Kah. 

Tahun ni raya pertama di rumah fil. so kita #teamrayarumahmentua. Kemain saya insaf tak nak buat biskut raya banyak-banyak. Sudahnya buat dua-tiga jenis jer pastu tak cukup la pulak. Campur tak semangat la buat biskut raya.


 Minggu last sebelum cuti raya tu baru terhegeh-hegeh buat. Nasib baik ada adik dan anak-anak buah tolong sekali.Kalau sorang lagilah tak semangat. So kita beli kerepek dan kacang jer. Lepas raya duk tengok tv ngadap balang kerepek jela sampai habis. 

Biskut kacang (Mazola)



Cornflake madu


Biskut Peanut Butter


Biskut kacang lagi habiskan kacang yang ada.


Tahun ni raya jatuh hari Rabu kan. So minggu tu hari Ahad dah start cuti. Jadi Terengganu ni lagi lah dari Jumaat dah cuti. Hureyyy. So Jumaat, Sabtu dan Ahad saya duk kat rumah settlekan apa yang patut. Malam Ahad tu baru tolak balik Dungun rumah fil.

Pagi raya ma masak nasi beriani ayam goreng berempah. Tapi sibuk benor beraya takde langsung gambar. Haha. Tapai ni buat sehari sebelum raya. Lama sangat tak buat tapai. Siap kena gelak sebab kita bungkus tapai tu macam hape. Takpelah pengalaman mendewasakan. Ai pun bukan peminat tapai. Tak makan tapai pun tak heran. Kalau ada makan jugak seketul. Kiki.


Malam raya iron baju raya siap-siap. Rumah mil tak ramai sangat. So takde pun giliran bernombor untuk iron baju. Haha. Tahun ni tema grey. Sukati nak corak ke plain asalkan grey. 


Ok. Done story pre raya. Nanti kita update gambar raya pulak untuk memori akan datang. Kiki.

1 comment:

  1. dapnye saya dok rase sutir pun kuih2 diatas hahaha ..sedih em

    ReplyDelete