Pages

Thursday, 25 July 2019

Anak masukkan sesuatu dalam hidung. Adoila.

Salam uollss.

Panjang nau tajuk entri tak tahu nak pendekkan macamne. Haha. So kalau korang nak tahu cerita lagi panjang nya meh saya cerita. Supaya jadi pedoman kita kaum mak-mak. Kihkih.


Sebelum tu perkenalkan anak tunggal (setakat ni) kesayangan mami papa. Daniel. Umur 3y7m. 

Sebenarnya kejadian mami dapat detect ada sesuatu dalam hidung dia ni bila bau nafas dari hidung dia kuat dan busuk sangat baunya. Hidung sebelah kanan. Dalam 2 minggu yang lepas lagi sebenarnya bau tu. Lepas tu hidung dia keluar hingus je. Nak cakap selsema kan kadang-kadang belah kanan jer kuar hingus tu. Dan texture hingus tu melekit dan berbau. Bukan macam hingus selsema tu. Bila mami picit hidung dia tak sakit tak marah pulak. Dia pun tak reti la bagitahu ada sesuatu dalam hidung. 

Ahad-21/7/19

Malam tu papa dan mami paksa dia nak suluh dalam hidung ada apa. Masa tu nampak something warna putih macam kapas atau tisu macam tu. Payah sebab Daniel mengamuk tak nak kena paksa macam tu. Dia pulak jenis penggeli. So memang tak boleh nak keluarkan.

Isnin-22/7/19
Pagi Isnin papa balik ke Dungun masuk kerja dah. So dia suruh mami bawak jugak Daniel pergi klinik malam kang. Mami dah risau sebab tahu memang payah. Kudrat dia tu kuat walaupun keding je anak mami. Then papa bagitahu dia balik jugak tapi takut lambat sampai dari Dungun. So mami bawak dulu pergi klinik swasta. Doctor suluh memang ada something la. Tapi doctor tak boleh keluarkan jugak sebab Daniel menggelupar tak bagi pegang. Adoilah stress mami. Doctor suruh pergi kat emegency HSNZ. Mami mintak surat refer dari doctor. Kebetulan settle tu papa sampai. Papa pulak bawak sekali adik ipar dan suami dia ajak teman. Sampai kat emergency diorang drop kami masuk dulu daftar. Parking kat hospital tau la macam mana kan.


Redha jela tunggu. Masa sampai tu dalam kul 10.00 lebih la. Dekat kul 12.00 malam tu baru settle jumpa doctor. Tapi doctor pun tak boleh keluarkan jugak. Dia menangis meronta. So doctor bagi surat refer suruh pergi bahagian ENT esok pagi. Dah settle kat hospital kami singgah kedai makan. Sebab tak sempat makan malam pun lagi. Kesian la asben. Malam tu jugak kena balik Dungun hantar adik ipar dan suaminya balik Dungun sebab diorang kerja esok.

Selasa-23/7/19
Sebelum subuh papa dah gerak dari Dungun. Sampai rumah dalam kul 6.30 pagi tak dapat tido dah dia takut tak terjaga pulak. Sianya tak cukup tido. Appointment kul 9.00 am. Kami gerak pergi hospital dalam kul 8.30. Nasib baik la papa ada. Boleh tolong cari parking sebab parking payah kan. Mami ngan Daniel tunggu kat lobi sementara papa cari parking.


Jomlah kita selfie dulu. Datang hospital orang pelik tengok sape yang sakit nampak budak ini aktif semacam. Haha.

Dah daftar naik bahagian ENT kat tingkat 1. Alhamdulillah sekejap je doctor panggil nama Muhammad Daniel Asyraf sebab dah dapat surat refer malam tadi kan. 

Bila doctor suluh guna alat dia nampak la benda alah tu. Rupanya bukan tisu atau kertas yang macam mami dan papa sangkakan. Rupanya ada something warna hitam. Adoilah anak mamiiiii. Bertungkus lumus doctor nak tarik keluar tak dapat sebab Daniel meronta-ronta. Dua orang misi, doctor, mami lagi pegang. Daniel duduk atas papa atas kerusi tu. 

Doctor 1st tu tak dapat buat. So tunggu sorang lagi doctor yang senior sikit. Tunggu punya tunggu lama jugak sebab dia tengah ada patient kan. Doctor yang kedua tu tarik barulah dapat wei. Mami tak sempat nak snap gambar mende alah tu.


Rupanya ia adalah kepingan mainan dia. Macam lori2 tu la. Tapi tak lah tajam. Macam plastik yang lembut macamtu. Saiz kecik sikit dari duit 5 sen. Tak tahu macam mana lah boleh duk dalam hidung dia. Bila doctor tarik je terus menitik-nitik darah keluar sebab luka la kot.

Apapun semua dah selamat. Tqvm misi2 dan doctor2 kat ENT HSNZ. Sangat baik, peramah, lembut dan penyabar. Mami doakan semoga dimurahkan rezeki semuanya. Aamiin.

Pasni kena extra care. Daniel ni memang suka gigit mainan dia. Yang tu mungkin kepingan hasil dia gigit. Ok lah tujelah. Korang macamne. Ada tak kisah anak masukkan sesuatu dalam hidung, telinga atau mulut? 

Apapun semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak kita dan dijauhkan dari sebarang bahaya. Aamiin.

No comments:

Post a Comment