Pages

Friday, 17 January 2020

Melawat Muzium Negeri Terengganu

Salam uollss..

Ni kisah dua minggu lepas. Sebelum saya straight kerja tiada weekend. Weekend ni pon kerja jugak. Waaaa. Tunggu cuti CNY nanti kita rest kan badan yer. Jangan mengeluh dengan kerja. Kerja tu kan ibadat. Tempat kita cari rezeki, dapat gaji untuk besarkan anak bagi didikan yang selayaknya. Ceewah. Nasihat untuk diri sendiri jer neh. Hehe.


Alkisahnya asben la ni berapa kali dah ajak pergi jalan kat muzium. Dia tak tahu ke saya ni setiap semester bawak student pergi muzium tau. Setahun tu 3,4 kali. Hahaha. Asben cakap lah 1st and last pergi muzium masa darjah 5 ada lawatan sekolah. Dah lama sangat tu. Hahaha. So jomlah kita buat lawatan sambil belajar ke Muzium Negeri Terengganu.





Buat yang belum tahu Muzium Negeri Terengganu ni terletak di Kampung Losong. Yer. Yang famous dengan kerepok Losong tu. Losong tu nama tempat okey. Kalau nak pergi ke Masjid Kristal akan lalu la depan Muzium Negeri Terengganu ni. Sepanjang tahun memang ada pameran kat dalam bangunan muzium ni. Masa kami pergi ni tengah berlangsung pameran persemadian. So macam tak sesuai pulak bawak Daniel masuk. Jadi kita bersiar-siar di sekitar muzium jer.


Kawasan muzium ni luas sangat. Ada dua kapal besar boleh naik dan tengok macam mana senibina kapal dulu-dulu. Pastu ada rumah traditional. Boleh naik jugak untuk tengok ukiran, hiasan dan macam-macam sejarah peninggalan zaman dahulu kala. Tapi kami sampai ni dekat pukul 5.30 petang. Rumah tu dah tutup untuk mengunjung. Sebelum ni saya memang selalu bawak student naik rumah ni. Bestnya terus berangan ada rumah hiasan traditional macam tu.



Banyak jugak perahu peninggalan dahulu kala yang pelbagai nama, hiasan dan bentuk. Tenang je jalan kawasan ni sebab teduh dengan pokok-pokok. Pastu lalu di tepian sungai sebab muzium ni terletak sebelah sungai.



Berjalan lagi sampai hujung pagar muzium ada lagi beberapa buah rumah traditional di sana. Cuma tak dibuka untuk pengunjung. Boleh tengok dan bergambar di sekitar rumah tu je la.



Daniel ni suka lari-lari jela. Suka boleh explore kawasan tu luas sangat. Sampai duduk kepenatan. 


Dah penat jalan pusing satu kawasan tu baru balik semula ke main point. Dah settle bawak diorang kenal muzium. Next time kita masuk masjid kristal pulak. Hehe.


Tq sudi singgah =)

8 comments:

  1. saya gemar ke muzium sbb dekat situ mcm-mcm kita boleh belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Macam2 ilmu boleh dapat. Boleh tambah pengetahuan.

      Delete
  2. bagusnyaa ada minat nak pegi museum.. kite suka gak tapi suka cari museum yang ada arca besar2.. puas hati tengok =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.itulah.kits suka menda2 traditional=)

      Delete
  3. pernah datang muzium terengganu masa darjah 6 lawatan hehe saya datang follow sini ye #572 mind followback if free :)

    https://sayesyadiya.blogspot.com/2020/01/pilihan-airport-transfer.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah tu.hehe.tq nanti sy singgah.

      Delete
  4. Tak pernah lagi masuk sini walau dah berkali ke masjid kristal. Next time boleh ke sini pulak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawa boleh photoshot situ ana.

      Delete